Mungkin apabila pembaca membaca tajuk pos ini, terbayang biji lada putih seperti biji lada hitam yang banyak ditanam di negeri Sarawak. Tetapi sebenarnya lada putih yang tanomkinotuan maksudkan ialah lada seperti lada yang kita selalu tanam atau beli. Cumanya ia berwarna putih ketika muda dan bertukar warna kepada merah jika sudah tua.
Jenis cili ini banyak ditanam di negeri Sabah dan Sarawak, selalunya lada putih ini dimasak bersama-sama daun bawang losun, ikan masin serta ramuan sampingan lain, memang sedap menjilat jari. Selain itu, lada putih juga digunakan dalam ramuan membuat serunding tuhau yang popular dikalangan kaum Kadazandusun di Sabah. Jom cuci mata melihat lada putih yang ditanam oleh tanomkinotuan di kebun belakang rumah.
![]() |
Pokok lada putih dengan buahnya |
buah yang cantik tanpa jangkitan |
Dijual RM2 setompok |
buah yang sudah matang |
![]() |
buah yang tua akan dijadikan benih untuk musim berikutnya |
Penanaman lada putih ini sama dengan jenis lada atau cili yang lainnya, media harus digaul bersama kompos atau tinja binatang. Musuh utama pokok ini ialah ulat buah, dan reput akar oleh sejenis bacteria. Pokok lada putih amat suka dengan pancaran matahari secara terus sekurang-kurangnya 6 jam atau lebih. Terdapat dua jenis lada putih iaitu jenis pedas dan langsung tidak mempunyai rasa pedas. Bagi Mereka yang tidak suka pedas tetapi mahu aroma lada ini dalam masakan mereka maka boleh memilih lada putih jenis tak pedas.
Selamat berkebun dan menuai hasil.
Ada nama lain ka ni lada putih?. Nama saintifik mungkin?
BalasPadamSy pun kurang pasti, try cek google hanya ada satu je gmr kuar tu pun dorg panggil white small chili di tanam di udupi india. jenis kecil mcm cili padi.
PadamThank you so much...
BalasPadamSama-sama
PadamBagaimana membezakan ada putih pedas dengan tidak pedas?
BalasPadamDari segi bentuk sama jer. Nak tau pedas ke tak kena rasa buah cili tu.
PadamDari segi bentuk sama jer. Nak tau pedas ke tak kena rasa buah cili tu.
Padamada tak benih lada putih n hitam (bukan cili ni) yang ditanam disarawak
BalasPadamkalau ada saya nak beli
Lada hitam sarawak ker maksud tuan? X ada tuan try tnya org2 sarawak.
PadamHelo..boleh tak jadi kan bibit lada putih klu blm matang?tq
BalasPadamHello juga... pastikan buah cili putih tu bertukar menjadi merah barulah diambil/dipetik dan dikeringkan.. slmt berjaya
Padamhai sir...kalau nak benih cili nie sir tahu ke mana boleh dapat..dan berapa lama proses sampai bebuah matang? thank you sir.
BalasPadamHai. Benih cili putih borneo ada dijual. Rm2 sepeket. Whatsapp atau sms ke 019-5320756 (jus)
Padamlada putih atau lada bedtek. hanya ada di sabah, 13 tahun saya di semenanjung dan 6 tahun di sarawak tidak pernah jumpa lada ni. asal usul dia kurang pasti, apa yang pasti ianya hanya ada disabah hahahaha. sebenarnya ada 3 variaty lada putih ni di sabah. size semua hampir sama, cuma variaty pertama yg sangat pedas putih kehijauan buahnya dan hujungnya membulat. lada putih jenis ini saya pernah beli di tamu kudat, di kota belud-kudat tidak pernah nampak dijual. lada putih jenis ini lebih pedas dari cili api@padi. variaty kedua jenis pemilik blogger tanam ni, jenis pedas pertengahan. warna putih susu dan menajam dihujung. variaty ke3 yg tidak pedas@ pedas sedikit sebenarnya :P warna putih kehijauan dan menajam di hujung. tapi jenis ini rasanya sudah lama tidak terdapat di pasar2 atau tamu kerana tiada sambutan langsung hehehe. lada jenis ini menaikkan selere jika dibuat sambal belacan dengan cara panggang dahulu sehingga agak kehitaman untuk mengeluarkan aromanya. maaf tuan rumah tumpang menerangkan :D
BalasPadamKalau etnik Lobu kasi nama ne DEDEUNG..
BalasPadamterima kasih infonya...
Padamsalam cikgu..cikgu ada group khas untuk yg minat bertanam kah..sy minat menanam2 ni..kalau ada kasi masuk saya.. tq 0136081384- Hani
BalasPadamMaaf group whatup belum diwujudkan buat masa skrg... In Sha Allah akan datang.
Padamterima kasih info. mohon share pic dengan kredit ya. tq
BalasPadamsilakan
PadamMcm mana dgn pasaran, laku mcm cili padi jg ka?
BalasPadamCili putih borneo ini sgt tinggi permintaan di Sabah khususnya Daerah Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom, Kota kinabalu dan daerah2 lain.
PadamCili putih borneo dimakan bukan seperti cili padi, ia dimakan dgn memasak buah cili tersebut dgn dibelah dua campur dalam sayur tumis atau masak dgn ikan masin atau bilis.
Yang dimakan adalah cili yg berwarna putih, warna merah dah tak dimkn, boleh dijadikan benih dah.