Rabu

SAWI BUNGA MANIS

Tags

Tanomkinotuan sangat menyukai sayur daun khususnya sawi bunga atau sayur bunga, berasal dari negara selatan China ini banyak ditanam di negara kita secara komersil. Daunnya yang rangup dan enak boleh saja dicampurkan ke dalam masakan nasi goreng atau mee goreng yang akan membekalkan vitamin dan serat serta rasa sedap pada masakan tersebut.  Ia bukan saja enak tetapi sihat kerana ditanam sendiri tanpa semburan dengan racun serangga.





Hobi menanam sayur-sayuran banyak manfaatnya selain dijadikan satu riadah bersama keluarga ia juga membekalkan bekalan sayur bebas racun untuk kita. Tanomkinotuan telah menyemai benih  jenis sawi bunga manis dan memindahkan ke batas yang telah disediakan. Selepas dua minggu lebih pertumbuhannya amat galak. 

Musuh utama sayur ini adalah belalang dan siput babi, kadang kala terdapat seekor dua lintah bulan merata daun anak pokok sawi  ketika masih kecil, tanomkinotuan hanya mengutip siput babi dan lintah bulan tersebut dan musnahkan ditempat lain, tidak pun tanomkinotuan lemparkan ke kolam berhampiran biar kerja-kerja pemusnahan dilakukan oleh ikan-ikan yang kelaparan dalam kolam tersebut kerana jarang diberi makan. 

Sayur sawi bunga ini perlukan air yang cukup serta cahaya matahari berterusan untuk pertumbuhan yang baik. seminggu selepas dipindahkan ke batas yang disediakan bubuh baja kompos atau NPK organik untuk pertumbuhan yang baik. Tanomkinotuan ada terbaca satu artikel berbahasa English di mana sekiranya sayuran mengalami tekanan/stress seperti kekurangan zat makanan, air dan suhu melampau. Serangga boleh kenalpasti sayuran yang mengalami tekanan dengan memakan daun serta membiakkan keturunan mereka pada daun-daun sayuran itu, ini menyebabkan sayuran akan dimamah oleh ulat-ulat hijau sehinggakan pokok sayuran yang ditanam akan layu dan mati. Oleh yang demikian, seharusnyalah menjaga unsur-unsur penting yang diperlukan oleh tumbuhan tersebut agar tidak mengalami tekanan atau stress melampau. (aikkk... macam manusia jugalah tumbuhan ini boleh stress gamaknya)

Sawi bunga juga boleh ditanam dalam polibag atau bekas-bekas buangan dari dapur misalnya kotak minuman yang bersaiz besar, tin-tin susu dan jika ada lebihan atau pasu bunga yang tidak digunakan elok ditanam sayur banyak faedahnya. Penjagaan adalah sama seperti menanam sayur di atas batas. Ini adalah cara bagi mereka yang mempunyai ruang halaman rumah yang sempit. Sebenarnya idea tersebut banyak dipraktikkan di kawasan perumahan kawasan bandar yang menjadikan hobi berkebun sebagai hobi sampingan sambil menunggu kepulangan suami dan anak-anak tercinta.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

3 komen

saya nak bertanya, biasanya bibit sayur sawi ini kena beli. kelihatan seperti biji2 kecil, kalau kita uda tanam sayur ini, bagaimana boleh dapat bibit sayur ini dari hasil tanaman kita tanpa beli di kedai lagi?

Terima kasih singgah ke sini.

Proses mendapatkan benih sawi bunga sama juga dgn sayuran lain. Bila anda tanam sawi bunga tinggalkan sepokok dua untuk pematangan benih.

Biarkan pokok tu membesar lagi dan berbunga. Tunggu bunga2 nya membentuk buah dan sehingga pokok sawi anda menjadi 70 hingga 90 pokoknya kering atau bertukar menjadi kekuningan pudar. Tuai buahnya dan keringkan dlm dulan besar serta cahayakan di bawah matahari terik selama 2 hingga 3 hari lagi.

Selepas itu. Anda hanya ramas-ramaskan buah sawi bunga tersebut utk mengasingkan benihnya. Bersihkan benih tersebut dari kulit/kelopak buah dan simpan dlm plastik berzip atau botol kedap udara.

Anda haruslah menjaga bunga sawi anda dari serangan makhluk perosak seperti ulat seribu, belalang dan sebagainya. Makhluk perosak sangat menyukai memakan/merosakkan bunga sawi anda. Boleh guna racun serangga yg boleh dibeli dari kedai pertanian tetapi tidak digalakkan jika anda mahukan mknn organik.

Anda sudah mempunyai benih sawi bunga yg dituai dari kebun anda dan bukan dibeli dari kedai.

Pastikan anda menanam pokok sawi bunga jenis heirloom (warisan) atau pokok sawi asli dan bukan pokok sawi bunga hibrid F1. Pokok bunga sawi hibrid lebih2 lagi hibrid F1 tidak menghasilkan benih seperti induknya.

Semoga bermanfaat.


EmoticonEmoticon