Selasa

SAWI KERINTING @ ONG KING

Tags

Salam ramadan Al-mubarak kepada pembaca sekalian, 

Selepas kejayaan menanam sawi kerinting atau sayur ong king pada musim lepas, tanomkinotuan telah menyemai lebihan benih sawi jenis ini. Maknanya ini adalah kali kedua tanomkinotuan menanam sayur ong king di kebun belakang rumah. Namun kelebihan ong king kali kedua ini ialah tanomkinotuan telah menyiramnya dengan kompos teh buatan sendiri selepas menggunakan khidmat pak google.



Sawi ong king berusia seminggu selepas dialihkan ke tapak atau batas yang disediakan. Tanomkinotuan telah memberikannya kompos teh buatan sendiri setiap satu minggu sekali.


Hasilnya pertumbuhan ong king cukup memberansangkan, untuk pengetahuan pembaca tanah atau batas tersebut adalah dari jenis tanah liat (clay), bila hujan tanahnya meleket manakala bila kering tanahnya seperti batu keras. Oleh itu, penyelesaian paling maksima ialah tanomkinotuan telah membekalkannya kompos teh untuk melihat sejauhmana keberkesanan baja beroksigen itu.


Selepas tiga minggu, tanomkinotuan cukup teruja dengan pertumbuhannya yang galak. Tanomkinotuan hanya membubuh tinja binatang dan baja kompos teh sebagai nutrient tambahan. Maka benarlah seperti yang diwar-warkan oleh blogger dan pengamal baja kompos teh ini.




Kerangupan pada batangnya dan sedikit rasa manis menyebabkan tanomkinotuan suka untuk memasaknya. Kelebihan sayur-sayuran organik berbanding sayur yang ditanam menggunakan baja kimia dan racun serangga ialah baunya memang bau sayuran dan bukannya bau racun.

Hanya separuh yang tinggal cukup untuk bekalan dalam bulan ramadan yang mulia ini. Selepas ini tanomkinotuan akan menyemai kali yang ketiga agar bekalan sayur ong king berterusan. Memakan sayuran organik adalah amalan sihat yang patut diamalkan oleh semua orang.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

4 komen

Begitu subur tanah di sana ya.

Tanah tu jenis tanah liat (clay), saya tambah dengan tanah hitam dan kompos kelapa sawit, serta siram kompos teh seminggu sekali jika tidak tak dapat seperti dlm gambar. Menanam sayur ong king kali pertama bantut jer... mengharapkan kompos kelapa sawit n tinja binatang tak jalan....

Terima kasih singgah ke blog tanomkinotuan, tiga hari selepas dipindahkan ada buat teduhan/ tutup guna jaring hitam than lepas tu biarkan ja open space....


EmoticonEmoticon