Selasa

Sawi Putih Kerinting Mekar Di KBR

Tags

Pelbagai jenis sayur yang cuba ditanam dalam kebun belakang rumah tanomkinotuan, sengaja mempelbagaikan tanaman dalam kebun tersebut agar tanomkinotuan dan seisi keluarga mendapat pelbagai zat nutrient daripada bermacam-macam jenis sayur. Lebih banyak jenis-jenis sayur yang ditanam lebih banyak info diperolehi berhubung sayur-sayuran ini. Tanomkinotuan ada menanam sawi putih atau bak choi di kebun belakang rumah. Pertumbuhan yang elok dan galak sayur ini telah memberikan tanomkinotuan satu terapi minda yang menyehatkan. 

Sawi putih atau bak choi yang ditanam oleh tanomkinotuan adalah beza dengan sawi putih berdaun lurus, Ia cepat membesar di batas yang disediakan oleh tanomkinotuan.



Salah satu cara pemulihan tanah pada batas ialah sukupan atau meletakkan mulsa (mulch), gambar di atas adalah menggunakan mulsa dari reputan batang kayu di kebun, tanom kinotuan carik-carikkan menggunakan tangan sahaja (manual) dan dikeringkan dibawah pancaran matahari untuk mematikan hama, atau organisma merbahaya yang hidup dalam kayu buruk tersebut. Jenis kayu buruk yang digunakan oleh tanomkinotuan ialah pokok acacia yang banyak tumbuh dikebun tanomkinotuan. Oleh kerana kebun itu dah ditanam pokok getah, pokok acacia ini harus ditebang/dimusnahkan agar pokok getah hidup dengan baik. Maka pokok acacia yang mati dan memburuk inilah tanomkinotuan gunakan sebagai mulch (mulsa) pada sawi putih itu.
 




Ini merupakan sawi putih yang ditanam pada batas kedua dan kelihatan hidup subur tanpa gangguan. Pada pemerhatian tanomkinotuan, sawi putih jarang diganggu oleh serangga perosak kecuali sawi putih berada dalam keadaan stress/tekanan. 




Rongak ditengah pada batas menandakan dua batang sawi putih (Bak Choi) telah pun di ambil untuk sajian malam. Nampak pokok arugula/togula juga nampak tumbuh dengan galak. 





Selepas seminggu dah besar macam ni... seperti salad jenis buttercrunch pula bila di zoom lebih dekat.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon