Selasa

TUTAN HIJAU

Tags

Sayur tutan (nama saintifik: Solanum nigrum) English: dikenali sebagai black nighshade: duscle, garden nighshade, hound's berry, petty morel, wonder berry, small-fruited black nightshade atau popolo adalah tergolong dalam genus solanum.


Tutan adalah sayur yang amat terkenal di Sabah khususnya suku kaum Kadazan & dusun. Sayur ini amat digemari kerana rasa dan struktur yang lembut setelah dimasak. Jenis pokok berbatang lembut, daun bulat bujur dan bercabang ini tumbuh meliar di kawasan kebun yang baru dibuka dan kawasan tanah subur yang kaya dengan kompos atau organan. Zaman dahulu semasa membuka ladang untuk menanam padi bukit sayur tutan inilah yang menjadi rumput menghalang pertumbuhan padi yang ditanam. Ia terpaksa dimusnahkan oleh petani untuk memberi laluan kepada padi bukit tersebut membesar dengan baik. Kawasan pertumbuhan sayur tutan paling tinggi di Sabah ialah dari kawasan  Banjaran Crocer di daerah Keningau merentas ke daerah Tambunan hingga ke daerah Ranau.

Kini sayur ini bukan sahaja digemari oleh kaun Kadazandusun malah kaum cina di Sabah khususnya menyukai sayur ini yang mempunyai rasa sedikit pahit kerana mempunyai khasiat yang baik untuk tubuh badan manusia. Rata-rata tamu (pasar minggu) menjual sayur ini dengan harga RM2 ringgit seikat. Di Sabah terdapat 3 variati utama sayur tutan yang dapat diketahui iaitu tutan hitam dengan keseluruhan batangnya berwarna hitam, tutan hijau tanpa duri dan tutan hijau berduri, berduri tidak bermaksud duri seperti bunga ros yang boleh melukakan, duri bagi sayur tutan amat lembut dan tidak mencederakan.

Sayur ini tidak ditanam tetapi ia tumbuh sendiri di kebun dan kawasan yang terbuka. Kadang-kadang petani akan membiarkan sahaja sayur ini tumbuh di kebunnya untuk dijadikan sayur tambahan selain sayuran yang di tanam oleh mereka. Tanomkinotuan perasaan di kebun belakang rumah terdapat satu pokok sayur tutan ini tumbuh berhampiran dengan radish franch breakfast jadi tanomkinotuan tidak membuangnya tetapi menjaganya hingga kini kerana ianya sedap untuk dibuat sayur.





Sayur tutan tidaklah popular seperti mana sayuran komersil tetapi pengemarnya tetap ada untuk merasa dan menikmati keenakan sayur ini. Jika tidak masakan setiap tamu di Sabah ada sahaja penjual menjual sayur ini hinggakan terciptanya soalan teka-teki lawak yang meniti di setiap bibir yang mengemari sayur ini iaitu teka-tekinya berbunyi begini "Sebanyak-banyak sayur, sayur apakah yang paling berat sekali?" Jawapannya adalah "sayur tutan" kerana bila bunyinya seakan-akan "two tan" di mana apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu menjadi "dua tan". Sayur kampung yang popular di Sabah.

Khasiat tutan ini adalah merebus keseluruhan pokoknya untuk dijadikan teh dan diminum untuk mengubati barah cervix, Ia juga boleh digunakan sebagai ubat tradisional pelbagai guna yang disapu untuk luaran, sayur tutan ini juga mempunyai keupayaan antivirus terpilih terhadap herpes simplex Jenis-1 virus (HSV-1),  Ekstrak metanol daripada sayur tutan mempunyai aktiviti antimikrob yang tinggi terhadap Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa, Staphylococcus aureus dan Aspergillus Niger. Selain itu, di Sabah  sayur tutan hitam pula boleh mengubati ketuat atau bintil yang tumbuh pada kaki dan tangan seseorang.



Ketuat yang tumbuh pada badan seseorang terutama kaki dan tangan boleh dihilangkan dengan menumbuk 6 helai daun tutan hitam (jika tidak ada boleh guna tutan hijau) hingga lumat dan sapukan ke tempat tubuhnya ketuat dua kali sehari iaitu pagi (selepas dibasahkan dengan air suam) dan sebelah petang (selepas mandi petang). Amalkan sehingga ketuat itu mengecil dan hilang. Lakukan dengan konsisten dan sabar.

Selamat berkebun dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

3 komen

Oh baru tau, saya orang keningau, sayur nie belambak di sini // visit kamarularnizam.blogspot.com

selain itu... yang saya perasaan sendiri. bagi pengetahuan pembaca saya serat mengandung sekerang dan seperti kebiasaan org mengdung ni akan bengkak kaki. Tapi saya tidk la bengkak teruk. Bengkak biasa2 ja. Then stiap kali ke klinik bila check kencing , kencing tu ada kuning sikit sbap mimng saya tidk suka minum air malas balik2 masuk tandas.. so kebetulan adik saya ada balik kampung dan ada bawa beberapa jenis sayur kampung. Saya teringin nak makan sayur tutan ni ja. Saya buat sup then makan sampai habis 1 ikat sayur tu. kebetulan bisuknya saya ke klinik. Bila ambil semple kencing tu hairan pula knapa kencing saya tak kuning. smpi tertanya2 sendiri kencing saya kena campur air ka? mustahil sbab tak da pun saya buka air. malam nya baru prasaa kaki yg bengkak tu langsung tida dan kembali seperti biasa. So saya rasa la kan mungkin sayur ni sengat sesuai di ambil atau di amalkan bagi sesiapa yg berpanyakit buah pinggang, Gout, kencing manis dan mungkin juga kolesterol.. Ada juga yg saya pernah dengar boleh merawat AIDS. dan yg paling penting boleh membuang kotoran/racun dalam badan (bandiasing badan)

Kepada Tanpa Nama 29 Julai 2015 11:49 PG

Terima kasih di atas perkongsian ilmu saudara/i. Sangat bermanfaat. Makan sayur kampung sangat tinggi khasiat.


EmoticonEmoticon