Ahad

CAPSICUM

Tags

Adakah anda seorang pengemar lada besar?. Lada besar merupakan jenis sayuran berbuah yang sering ditambah dalam rencah masakan. Dalam bahasa Englishnya dikenali sebagai capsicum. Tanomkinotuan mencuba menanam lada besar ini di kebun belakang rumah dan suka akan menanam sayur-sayuran yang berbeza-beza setiap musim. Sudah dimaklumi bahawa menanam lada besar ini agak rumit sedikit kerana mudah diserang penyakit. Percubaan pertama kali menampakkan kejayaan yang membanggakan. Gambar di bawah bukti segala-galanya.

Benih lada besar berusia seminggu







Benih lada besar ini dibeli secara online awal tahun ini. Baru ditanam sebulan yang lepas disebabkan tempat untuk menanam agak terhad. Oleh kerana tanomkinotuan menyemai terus ke tanah, hanya beberapa anak benih lada besar ini bercambah. Mungkin benih tersebut diserang oleh semut atau siput babi. Walau bagaimanapun, ia mengembirakan tanomkinotuan kerana sepohon pokok lada besar ini memberikan hasil paling lumayan.

Lada besar memerlukan cahaya matahari lebih dari 6 jam. Pokok lada besar tidak memerlukan kelembapan yang tinggi cukup sekadar kelembapan sederhana sahaja jika tidak ia akan menguning pada pucuknya seterusnya akan layu dan mati. Ini pengalaman tanomkinotuan di mana telah meletakkan rumput-rumput kering dan sungkupan di sekeliling pokok, selepas seminggu pucuk mudanya semakin menguning dan pertumbuhannya agak terbantut. Untuk tidak mematikan pokok lada besar ini tanomkinotuan telah membuka kesemua rumput kering dan sungkupan di sekeliling pokok. Barulah pokok lada besar tanomkinotuan tumbuh dengan baik.

Menanam lada besar sendiri memberikan kepuasan yang tidak terhingga. Rasa lada besar yang ditanam sendiri mempunyai rasa sedikit manis dan agak ranggup berbanding yang dibeli dari kedai. Walau bagaimanapun buah yang di tanam oleh tanomkinotuan agak kecil berbanding yang di tanam secara kemersil. Lagipun harga lada besar agak mahal harganya.

Adakah anda diluar sana gemar berkebun? Cubalah menanam lada besar di halaman rumah anda, ia memberikan kepuasan yang tidak terhingga apabila pokok lada besar membuahkan hasil.

Selamat bertani dan menuai hasil..

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

10 komen

Tukangkebun masih ada benih baru tak... tolong hantar list benih sayuran yg ada ke email saya. tq

berapa lama masa yang diambil untuk capcicum berbuah?

Pokok capsicum sudah boleh dituai apabila genap 60 hari hingga 95 hari mengikut variati. Buah cupsicum saya di KBR tak sampai pun hari ke-60, saya dah petik. Tuai muda rasanya lembut dan manis sikit.

saya nak bertanya, batang pokok capsicum ini jenis lembut ka? dan tempoh untuk sebuah pokok capsicum itu hidup berapa lama ye? saya tiada pengalaman tiada pengalaman lagi tapi sangat berminat bercucuk tanam.. terutamanya sayur-sayuran

Pokok kapsikum adalah berbatang lembut tetapi tidaklah sama dgn batang pokok selada atau kansiu (sebutan bagi pedalaman sabah) dan tidaklah keras seperti pokok bunga raya.

Umumnya pokok kapsikum boleh bertahan hidup 3 bulan atau lebih jika tanah subur dan x diserang penyakit. Namun produktiviti mengeluarkan buah dlm tempoh lama akan merosot dan tidak cantik. Sbb itu petani secara ladang akan mencabutnya dan mengantikan anak pokok kapsikum baru.

Try tanam sayuran yg mudah dahulu dlm pasu atau batas seperti sayuran berdaun, bendi, buncis, kacang panjang. Sayuran ini tidak perlu sangat penjagaan teliti kecuali jika terdapat serangan penyakit. Barulah saudara beralih pd benih sayuran musim sejuk. Kapsikum perlu sedikit perhatian untuk hasil yg baik. Tp jika tempat anda mempunyai suhu sejuk (tanah tinggi) sangat sesuai.

Selamat bertani.


EmoticonEmoticon