Khamis

CARA MENANAM LOBAK DALAM POLIBAG

Tags


Lobak dengan polibag beras
Lobak ialah sejenis tumbuhan yang berubi dan dijadikan sebagai makanan. Ia berasal dari wilayah Afganistan hingga ke sempadan Iran. Hingga kini masih terdapat lobak merah ini tumbuh meliar di pedalaman Afganistan. Kini lobak merah atau dalam bahasa englishnya dikenali sebagai nama carrot telah tersebar luas ke seluruh dunia. Tanomkinotuan ada menanam lobak dalam pasu atau polibag buatan sendiri. Tidak ada kos yang dikeluarkan untuk bekas penanaman, jimat dan murah. Tanomkinotuan menggunakan plastik beras 10kg kerana ia kuat dan tahan lama. 

Terdapat beberapa jenis warna lobak merah seperti Lobak merah kuning, lobak merah berwarna putih, lobak merah ungu, lobak merah crimson dan lobak merah bulat. Sila baca entry di bawah untuk mengetahui cara menanam lobak dalam polibag beras.


Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Satu beg bekas plastik beras saiz 10kg
2. Dua bahagian tanah loam, atau gambut atau tanah hitam
3. Satu bahagian baja kompos, organan, tinja binatang yang dah reput.
4. Satu bahagian pasir sungai
5. Benih lobak merah (anggaran 10 - 15 biji)
6. Pisau untuk menebuk
7. Spray atau air untuk menyiram

Langkah-langkah menanam:

1. Terbalikkan plastik beras 10kg tersebut dan tebuk plastik beras 10kg itu dengan pisau jangan terlalu besar dan jangan pula terlalu kecil supaya air mudah mengalir keluar. Hujung plastik beras 10kg tersebut dilipat 2 hingga 3 kali, jangan lipat lebih nanti polibag beras anda terlalu pendek. Lihat gambar di sebelah.

2. Campurkan 2 bahagian tanah loam, satu bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai ke dalam satu bekas dan gaul merata. 

3. Setelah itu masukkan campuran medium tanaman itu ke dalam palstik beras yang telah ditebuk tadi. Pastikan tinggi tanah harus melebihi satu kaki. Ini kerana lobak memerlukan tanah yang dalam untuk berisi. Takut nanti isi lobak terbantut/ketot sekiranya tanah tidak dalam.

4. Gaulkan benih lobak dengan tanah dan tabur di atas tanah polibag beras tadi, sebab mengapa benih lobak digaul bersama dengan tanah adalah untuk menjarakkan benih lobak di antara satu sama lain. Taburkan sedikit tanah di atas benih tersebut, jangan terlalu tebal. Ini bertujuan agar benih lobak tidak diganggu oleh semut dan siput.

5. Spary atau siram dengan air secukupnya dan letakkan ditempat terkena pancaran matahari tetapi tidak melebihi 3 jam. Lobak merah memerlukan haba atau sinaran matahari sederhana untuk bercambah namun terik matahari yang melampau akan mematikan cambahan benih lobak.

Benih lobak akan bercambah selepas 1 minggu hingga 3 minggu mengikut suhu di tempat anda. Namun lobak tanomkinotuan yang di tanam dalam polibag beras ini hanya mengambil masa 4 hari sahaja untuk bercambah dan ia diletakkan di tempat teduh.




Terdapat beberapa tips yang harus diambil kira semasa menanam benih lobak hingga penjagaan dan penuaian;

1. Jangan letakkan fertilizer atau baja subur terlalu banyak ke dalam polibag beras kerana ia akan hanya merimbunkan pokoknya tetapi tidak akan berisi, Isinya ketot dan bercabang.

2. Jangan letakkan polibag beras yang disemai benih lobak pada sinaran matahari terik yang melampau kerana ia akan mengeringkan tanah pada polibag beras dan benih tidak akan bercambah.

3. Spray polibag beras itu dengan air agar lembab dan tidak kering.

4.  Sekiranya meletakkan di tempat terkena matahari pastikan polibag beras tidak terkena hujan lebat kerana hujan lebat akan mengeluarkan benih lobak dari polibag dan juga mampu memusnahkan percambahan benih.

5. Cabut anak pokok lobak sekiranya terlalu rapat dan benih pokok lobak yang dicabut bolehlah di tanam di tempat lain.

Gambar-gambar lobak dalam polibag di kebun belakang rumah:








Sudut informasi:

Bahasa Malayu: Lobak merah
Bahasa Kadazandusun: karot
Bahasa English: carrot
Nama saintifik: Daucus carota

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

15 komen

Kak chah baru menyemai benih lobak ni..dah masuk 3 hari ..inshallah moga mendapat hasilnya..teringin nak rasa lobak hasil tanaman sendiri..

Semoga berjaya kak chah perlis.

huuu.... dari biji benih juga... tapi best tgk pokok lobak ni membesar.
Daun ni, buat sup, sedap ke?
orang kata boleh makan?

Hai dealar Topup Malaysia.

Ada variati daun lobaknya boleh dimakan tetapi kat pic tu tak boleh, kasar ya amat. makan lobaknya je lar.

hi ...

sy ade tanam lobak merah di batas...selalunye bile lobakmerah blh diambil isinye..

Apakah variati lobak merah yg ditanam?

Selalunya lobak merah dah boleh tuai selepas 65 hari hingga 95 hari mengikut variati.

biji benihnye ade dijual dikedai ke?

Zack zikry - ada try beli kat kedai pertanian

slm sejahtera, nk tanya.. br start gardening..
1) kalau baja kompos buatan sndiri belum sempat reput, dlm 2 mggu.. terus guna apa effect pd tanaman?
2) kalau tanah pasir sungai xde,ada alternatif lain x?
terima kasih..

slm sejahtera, nk tanya.. br start gardening..
1) kalau baja kompos buatan sndiri belum sempat reput, dlm 2 mggu.. terus guna apa effect pd tanaman?
2) kalau tanah pasir sungai xde,ada alternatif lain x?
terima kasih..

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Alhamdullilah puan semoga istiqomah dlm bertani.

1. Menggunakan kompos tidak matang pada batas dan tanaman menyebabkn bencana teruk bagi tanaman anda. Sbb kompos tu masih dihuni oleh mikrob penghurai dan mikrob2 lain yg baik atau merbahaya. Kdg2 pokok boleh mati disebabkn kompos yg blm matang atau pra-matang di mana serangan mikrob jahat kpd akar. Tetapi jika nak guna juga. Gaul kompos dgn media dan direhatkn seminggu atau 2 minggu baru semai atau tnm benih. Bagi membaja pula letak jauh sikit dari pangkal pokok.

Lagi pun kompos pra-matang nutrient blm terhasil sepenuhnya masih dlm proses pereputan dan pengemposan.

2. Boleh guna perlite dan vermiculite utk gantikan pasir sungai. Boleh beli kat kedai pertanian.

Semoga berhasil puan...

berapakah harga lobak sekilo pada tahun ini?

terima kasih Tanomkinotuan atas info yg bermanfaat. sy ni br belajar.. amatur sgt2.. biasanya biji benih yg baru disemai ambil masa berapa hari utk menunjukkan hasil? rasa saspen pulak dok belek semaian ni hari2.. :-D

Hai umie iman selamat datang

Apa jenis benih yang disemai umie iman?

Setiap benih berbeza tempoh percambahan benih sayuran daun mengambil masa 3 hingga 7 hari bercambah.


EmoticonEmoticon