Rabu

CARA MENYEMAI BENIH SALAD

Tags

Solokou id ngaran do Allah kumaa ngaawi dikoyu..
[Kesejahteraan atas nama Allah kepada kalian]

Hari ini tanomkinotuan cuba untuk menjelaskan bagaimana untuk menyemai benih salad. Kaedah yang ditunjukkan dalam entry ini sesuai untuk semua jenis benih salad. Mungkin para pembaca pernah mengalami pengalaman di mana benih salad yang disemai tidak muncul-muncul, adapun hanya dua tiga pokok yang tumbuh. Oleh itu, diharap kaedah semaian yang ditunjukkan ini akan memberikan idea bagaimana untuk memulakan semaian. Kepada pengemar-pengemar salad di luar sana apa kata tanam salad di halaman rumah untuk bekalan daun salad yang segar. Petik dan makan. Fahami langkah-langkah di bawah bagi mendapatkan hasil semaian yang baik.

1. Pilih biji benih yang hendak ditanam.

 Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mendapatkan benih salad yang diingini. Pembaca boleh datang ke nusery atau kedai hardware yang ada menjual benih salad. Sila dapatkan maklumat seberapa banyak info mengenai tiap-tiap benih salad tersebut. Boleh juga mendapatkan info benih salad menerusi internet. Sekiranya membeli benih salad selalunya bekas pembalut ada menerangkan tempoh penanaman sesuai dan suhu. Teliti info tersebut untuk tindakan seterusnya.

Sekiranya pembaca tinggal di kawasan tanah rendah seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Kota Bahru, Kuching, Kota Kinabalu atau di kawasan tanah rendah yang lain, maka pilihan paling tepat ialah benih salad dari jenis daun terbuka (non-heading) yakni dari kumpulan Loose leaf cultivars kerana jenis salad ini mudah disemai dan boleh tumbuh di kawasan tanah rendah. Contoh Salad loose leaf cultivars ialah salad siomak, salad lolorosa, salad lolorosa hijau dan sebagainya. Juga boleh mencuba benih salad dari kumpulan salad romaine yakni salad yang daunnya bergumpal memanjang seperti salad little gem. 

2. Penyediaan tapak semaian

jalur lurus
Disarankan menyemai benih salad pada polibag atau kontena kecil terlebih dahulu. Pastikan medium tanah tersebut digaulkan dengan baja kompos aka organik dan pasir sungai dengan nisbah 2:1:1. Pastikan juga agar medium tanah itu haruslah lembab dan tidak menakung air. Jika tanah terlalu kering benih salad tidak akan bercambah manakala jika tanah terlalu basah (menakung air) benih salad akan mati dan tidak akan tumbuh. Tebuk lubang pada bekas yang digunakan agar lebihan air boleh keluar melalui lubang-lubang itu. Buat satu garisan lurus sedalam 1/2 inci (setengah inci) pada medium semaian tersebut dan taburkan benih salad ke dalam lubang garisan yang telah dibuat. Timbus sedikit tanah di atasnya. Sekiranya pembaca seorang yang suka akan kelainan maka bolehlah menyemai benih salad itu dengan cara ditabur secara rawak ke atas medium tanah  dan kambus sedikit tanah di atasnya. Ini bertujuan menghalang daripada gangguan serangan dari serangga perosak seperti semut dan siput. Perlu diketahui bahawa tanah bakar atau abu daripada kompos dan sebagainya tidak sesuai untuk semaian benih, ini kerana medium tersebut tersangat lembab yang boleh mereputkan benih salad.



Selepas ditimbus tanah di atasnya, siram medium semaian tersebut dengan air yang cukup. Letakkan semaian benih salad di tempat yang teduh sehingga benih salad bercambah. Untuk tidak supaya anak benih salad itu terlalu memanjang pada batangnya (leggy) maka perlu dedahkan anak benih itu pada cahaya matahari selama 1 jam pada waktu petang kira-kira matahari sudah tidak terlalu panas dan kembalikan ke tempat asalnya, ulang semula aktiviti tersebut sehingga anak benih itu benar-benar kuat dan boleh dipindahkan ke batas penanaman. Ini bertujuan supaya anak benih dapat cahaya matahari yang cukup dan mengurangkan batangnya meninggi dan juga dapat menguatkan anak benih salad. Mendedahkan benih salad yang baharu bercambah pada sinaran matahari yang terik akan mematikan anak benih salad kecuali benih salad di semai pada batas atau tanah yang senantiasa terkena sinaran matahari.

Salah satu medium semaian yang bagus untuk benih salad ialah medium peat-moss, medium ini boleh dibeli di nusery dan kedai pertanian yang berhampiran dengan rumah pembaca. Selalunya peat-moss hanya digunakan dalam semaian dalam polibag atau dalam styrofoam. Caranya, masukkan peat-moss yang dibeli itu ke dalam styrofoam atau polibag dan taburkan benih salad, timbus sedikit (jangan timbus terlalu tebal kerana peat-moss agak berat dan akan merosakkan percambahan benih salad) dengan lebihan peat-moss di atas benih salad itu lalu spray atau siram dengan air secukupnya.

Berkaki panjang
Anak benih yang mempunyai kaki terlalu panjang (leggy) akan mudah patah dan mudah mati apabila dipindahkan ke batas. Oleh itu, walaupun diletakkan di tempat teduh. Perlu juga anak benih itu didedahkan dengan sinaran matahari bagi mengurangkannya berkaki panjang. Untuk makluman juga, benih salad tidak akan bercambah dalam tanah sekiranya suhu berada pada 80 degrees F.

3. Pemindahan ke batas.

Baja kompos:
Batas untuk menanam anak pokok salad harus digembur dengan alatan pengembur. Batas tersebut perlu digaul dengan baja kompos dan pasir sungai. Salad sangat sesuai tumbuh pada tanah jenis gembur berpasir. Biarkan seminggu batas itu supaya kompos sebati dengan tanah. Kompos boleh diperolehi dari nusery yang berhampiran kediamaan pembaca. Minta nasihat dan bertanya soalan kepada penjual mana kompos yang sesuai untuk menanam salad. Baja kompos sangat penting untuk nutrient kepada salad kerana ia diperbuat daripada tinja binatang, hasil buangan dari dapur atau daripada rumput kering.

Siap digembur
Buang segala akar, daun kering dan kayu pada batas yang hendak digembur agar tanah tersebut bersih daripada sisa-sisa yang tidak diperlukan. Sekiranya tanah yang digunakan itu terlalu berasid maka taburkan serbuk kapur (lime tone) secukupnya. Untuk mengetahui asid atau tidak tanah tersebut boleh menggunakan pengukat PH tanah yang banyak dijual di pasaran.  Gambar di sebelah adalah contoh batas yang disyorkan di mana batas tersebut telah digaul dengan tinja binatang (tahi kambing), warna putih pada batas tersebut adalah lime stone. Gaul hingga sebati dan biarkan selama seminggu.

Tanam anak benih salad di atas batas dengan jarak 10 hingga 15 inci setiap baris dan kedalaman lubang pula ialah 2 hingga 3 inci. Ini adalah supaya anak benih salad tumbuh dengan baik tanpa persaingan untuk mendapatkan makanan dan cahaya matahari. Waktu paling sesuai untuk menanam salad ialah pada waktu petang kira-kira jam 4 hingga 6 petang (waktu di negeri Sabah dan Sarawak) dan jam 5 hingga jam 7 (waktu di semenanjung Malaysia). Selepas anak benih salad di tanam jangan lupa siram anak benih salad tersebut dua kali sehari atau tidak perlu ketika musim hujan. 

Bagi benih yang disemai di dalam styrofoam berlubang yang memuatkan dua benih anak salad, anak benih salad dicabut bersama-sama dengan medium semaian (tanah) dan tanam ke dalam batas yang disediakan. Perlu dilakukan berhati-hati agar akarnya tidak rosak. Bagi anak benih yang ditanam di dalam polibag, kotak kecil dan sebagainya yakni disemai secara rawak. Anak benih salad itu hendaklah di cabut perlahan-lahan dan tanam di atas batas yang disediakan, siram anak benih tersebut dan tutup menggunakan teduhan jaring hitam selama 4 hingga seminggu agar anak benih itu boleh menyesuaikan diri pada tanah pada batas dan juga mengelak anak benih salad mati. 

4. Pembajaan dan penjagaan

Bubuh baja pada anak pokok salad selepas 3 minggu ditanam. Sama ada menggunakan baja organik atau baja urea. Terpulang pada pembaca. Namun sekiranya menggunakan baja urea harus diingat bahawa bubuh baja tersebut jauh daripada batang pokok salad kerana baja ini agak panas dan boleh mematikan anak pokok salad. Buang segala rumput pada batas bagi mengurangkan persaingan mendapatkan makanan aka nutrient. Salad kurang diserang penyakit namun selalunya apid suka akan salad, ia menyerang di bawah daun menyebabkan pertumbuhan pokok salad terbantut seterusnya mati. Oleh itu buang daun salad yang terkena serangan dan musnahkan pokok salad sekiranya serangan agak teruk kerana takut ia akan menjangkiti pokok yang lain.

5. Menuai pokok salad

Setelah sebulan setengah hingga dua bulan dari tempoh ditanam, salad sudah pun boleh dituai. Cara paling ekonomi ialah hanya petik daun dari bawah untuk bekalan daun salad berterusan. Jangan risau kerana pokok salad itu akan berdaun dan boleh dipetik semula apabila daunnya sudah matang. Jika dicabut ia hanya dapat membekalkan sumber sayuran sekali sahaja. Daun salad boleh disimpan di peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam plastik zip dan ia boleh bertahan sehingga 2 minggu ke 3 minggu.

Semoga langkah di atas dapat memberikan sedikit info yang berguna kepada pembaca diluar sana bagi memulakan menanam salad. 


Sudut informasi;

Bahasa melayu: Salad, sayur mentah, sayur minyak
Bahasa Kadazandusun: litus
Bahasa English: lettuce
Nama saintifik: Lactuca sativa

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

23 komen

semoga bermanfaat. selamat bertani

Can you send this note to my email?
Boleh tak bagi saya di email. Saya tiada kemampuan untuk mengingati nya. ikhzad@gmail.com / send to my WhatsApp +60197743707.

Can you send this note to my email?
Boleh tak bagi saya di email. Saya tiada kemampuan untuk mengingati nya. ikhzad@gmail.com / send to my WhatsApp +60197743707.

Hai Ikhzad Ashriq Mohd Sazalli.

Saya dah email. TQ

boleh tunjuk ajar lagi?saya banyak kali gagal tanam sayur.boleh emelkan saya tfiq86@yahoo.com

Nak email info ttg apa? Permintaan saudara terlalu umum, boleh perincikan tak?

Nak email info ttg apa? Permintaan saudara terlalu umum, boleh perincikan tak?

Bagus perkongsian ini...saya pun ada rasa nk juba tanam salad..tapi tak tahu caranya..terima kasih

Semoga bermanfaat saudara...

info yang berkaitan tanaman sayur.cth cara cepat tumbuh benih.tfiq86@yahoo.com

Akan diusahakan saudara bila ada masa terluang. Boleh godek2 pos2 lepas untuk pos menyemai benih. Terima kasih

Akan diusahakan saudara bila ada masa terluang. Boleh godek2 pos2 lepas untuk pos menyemai benih. Terima kasih

Semai dah tumbuh tapi takda rezeki. Kucing buat tempat tidur.... Habis penyek semua..

Jangan gusar ini semua cubaan bertani. Allah Swt nak uji. Sy lagi teruk salad pertama disemai ayam buat tempat mandi tanah. Rosak semua anak pokok salad. Semaian kedua, salad tumbuh dgn baik dan dapat tuai hasilnya. Asan, semai lagi untuk kali kedua dan simpan bekas semaian di tempat selamat. Pengalaman mematangkan kita dalam bertani. Selamat berjaya ya..

potting soil dan peat moss apa beza ye?dari segi warna kedua2 macam mana kita nak bezakan?tolong saya baru belajar.

Selamat hari raya aidil adha taufiq fiq.

Potting soil atau juga disebut potting mix tu adalah campuran 3 asas utama media tanaman iaitu peat moss, perlite atau vermiculite atau keduanya, dan kompos disamping tambahan2 lain utk tingkatkn kualiti media seperti vermicast (humus cacing tanah), gypsom, kapur pertanian dll. Potting soil adalah utk media dlm bekas mcm pasu kontena, polibag n sebagainya. Org barat selalu guna bhn ini utk tanaman dan semaian sbb berkualiti dari mengambil tanah di laman rumah.

Peat moss adalah tumbuhan jenis lumut yg dikenali sebagai sphagum tumbuh meliar di negara Canada. Dituai dan dikeringkn seterusnya digiling hancur untuk dijadikan peat moss utk tanaman. Berasid sedikit tetapi boleh dikurangkan dgn menambah kapur pertanian atau dolomit, boleh juga guna serbuk kulit telur utk tujuan sama. Peat moss tanpa campuran boleh digunakan utk semaian sebab mampu menyerap dan menyimpan air dlm tempoh yg lama. Tp tidak sesuai utk tanaman kena campur dgn bhn2 lain dulu untuk lebih kualiti.

Peat moss boleh diganti dgn cocopeat atau koir atau sabut kelapa hancur. Di negara kita sabut kelapa hancur murah berbanding peat moss, perlite n vermiculite boleh digantikan dgn pasir sungai.

Beza warna ialah potting soil ikut bhn yg digunakan ttp umumnya potting soil kehitam-hitaman dgn biji-biji putih (klo guna perlite) dan berpasir (jika menggunakan pasir) manakala peat moss ni lebih kpd lumut kering. Kecoklatan atau perang sedikit. Boleh tahu jika ianya potting soil atau peat moss kosong, ada mantion namanya pada pembungkus. Potting soil boleh dibuat dirumah, cari pos itu dlm search di atas.

Harap membantu.

Lupa pula "peat moss adalah bahan utama dalam potting soil"

Ulasan yang baik. Insyallah saya akan cuba. Dah try banyak kali tapi biji benih tak Mau juga tumbuh. Kali ni akan cuba cara tuan pulak.

Mungkin tuan terlepas pandang, try juga cara di bawah ini:

http://www.tanomkinotuan.blogspot.my/2015/11/cambahan-benih-salad-amerika-dalam-cup.html

Perkongsian yang bagus!Saya baru semai biji benih salad ni minggu lepas sekali ngan sawi dan bayam, yang lain dah tumbuh tapi salad tak juga tumbuh.Saya fikir saya yg kambus tanah dalam sangat kot. Boleh ke saya guna semula biji benih tu?(semai balik guna biji benih yang sama) Maaf tanya, sebab saya masih baru dlm bidang ni.

Perkongsian yang bagus!Saya baru semai biji benih salad ni minggu lepas sekali ngan sawi dan bayam, yang lain dah tumbuh tapi salad tak juga tumbuh.Saya fikir saya yg kambus tanah dalam sangat kot. Boleh ke saya guna semula biji benih tu?(semai balik guna biji benih yang sama) Maaf tanya, sebab saya masih baru dlm bidang ni.

Kalau benih tu masih elok (dirasakan elok) boleh saja. X masalah cuma kita risau benih tu dah rosak.


EmoticonEmoticon