Jumaat

CARA MENANAM BAWANG LOSUN

Tags

Bawang losun ialah variati bawang yang banyak ditanam di Sabah. Bawang ini sangat versatile sebagai makanan yang beraroma dan struktur rasa yang kuat. Cara menanam bawang losun sama dengan jenis bawang yang lain. Oleh kerana bawang losun di tanam menggunakan keratan batang berakar maka anda dikehendaki membeli bawang losun ini di tamu (pasar minggu) atau pasar malam. Biasanya seikat bawang losun berharga RM2.00 dan bawang ini jarang dijual di supermarket atau pasaraya. 


Bawang losun itu hendaklah dikerat di pangkalnya dengan meninggalkan 1/2 inci daun dari isi batang akarnya. Supaya batang berakar bawang losun tidak buruk ketika di tanam, rehatkan seminggu di kawasan teduh dan jangan terkena sinaran matahari kuat dan air atau hujan. Ini kerana air boleh merosakkan batang bawang losun.

Sebelum menanam, batas yang digunakan harus digembur terlebih dahulu. Gembur hingga tanah menjadi ketulan-ketulan kecil. Buang segala akar, kayu, ranting, batu dan bendasing dalam batas. Bubuh kompos dan serbuk kapur (lime) pada batas dan gaul sebati. Rehatkan batas selama seminggu agar lime sebati pada tanah dan tidak merosakkan benih pokok bawang losun apabila ditanam. Tanam benih pokok bawang losun kira-kira 2 inci dalam tanah dengan jarak kira-kira 5 inci hingga 10 inci antara pokok.


Selepas 3 minggu anak pokok bawang losun sudah hidup subur dengan 4 hingga 5 helai daun. Ketika ini anak pokok bawang losun memerlukan nutrisi bagi membantunya tumbuh dengan galak. Bubuh baja organik pada di sekeliling pokoknya selang dua minggu. Anda boleh menggunakan kompos kelapa sawit, kompos tumbuhan hijau, diproses, kompos tinja diproses, dan NPK organik. Jangan lupa siram ketika kemarau. Namun bawang jenis ini sangat tahan walaupun tidak disiram selama seminggu. Bawang losun juga sesuai ditanam dalam pasu atau kontena.

Bawang losun sudah boleh dituai setelah berusia 2 bulan setengah. Cara paling bagus ialah jangan cabut. Potong daunnya hampir pada tanah dan pucuk muda akan tumbuh selepas seminggu. Ia akan membekalkan daun bawang sepanjang masa. Namun jika anda memilih mencabutnya, daun dan isi berwarna putih boleh dimakan sebagai sayur. Tinggalkan beberapa batang untuk ditanam semula. Ini agar anda akan menuai kembali bawang losun pada musim akan datang. Maka apa tunggu lagi, cubalah menanam bawang ini. 

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

1 komen so far

waahh terima kasih... banyak-banyak daun bawang... bawang jenis ni saja yang ennor pandai makan.. hehehe


EmoticonEmoticon