Selasa

CILI BOMB CERI

Tags


Cili Bom Ceri

Cili bom ceri atau hot cherry bombs peppers adalah cili jenis hibrid yang mempunyai seakan-akan sama bentuk dengan buah ceri, buahnya berbantuk oval, matang dari warna hijau muda ke hijau tua dan seterusnya bertukar kepada warna merah apabila sudah matang. Daun dan batangnya pula hijau manakala bunganya berwarna putih. Rasa pedas kira-kira 20 peratus kurang berbanding dengan lada jalapeno. Nama saintifik bagi cili ceri bomb ialah Capsicum annuum.

Tanomkinotuan membeli benih cili ceri bomb ini melalui online dan menyemai pada batas yang disediakan. Tanomkinotuan telah menyemai 10 biji dan hanya satu yang berjaya untuk tumbuh. Mungkin serangan semut menyebabkan 9 biji itu tidak bercambah. Pertumbuhan galak dan tidak ada masalah dari serangan makhluk perosak atau penyakit. Untuk pengetahuan pembaca, cili bomb ceri menyukai sinaran matahari penuh. Ini bermaksud ia sesuai ditanam di negara kita. 

Cili bomb ceri sesuai pada tanah yang gembur dan lembab. Benih cili bomb ceri boleh disemai pada bila-bila masa sahaja dengan syarat rajin menyiram dan membubuh baja. Tanomkinotuan menggunakan tanah hitam yang digaul bersama kompos dan pasir sungai. Tanomkinotuan semai pada batas, oleh kerana hanya sepokok yang tumbuh maka tanomkinotuan membiarkan saja di batas tersebut tanpa mengalihkannya. Sepatutnya jika anda menyemai benih cili pada pasu, kontena atau semai atas batas. Perlu dialihkan selepas genap dua minggu pada batas yang anda inginkan.

Tanomkinotuan sungguh teruja melihat buahnya yang banyak. Setiap dahan menghasilkan sebiji buah. Tanomkinotuan belum pernah melihat cili yang begitu lebat buahnya. Walau bagaimanapun, musim berbunga dan berbuah adalah masa pokok cili bomb ceri memerlukan fertilizer organik tambahan. Bubuh 2 genggam baja pada sekeliling pokok selang dua minggu apabila pokok cili anda mula mengeluarkan bunga yang pertama. Ini kerana bunga dan buah boleh membesar seperti yang diinginkan.

Buah cili bomb ceri boleh dituai apabila buahnya bertukar menjadi merah. Bagi tanomkinotuan menuai buah cili bomb ceri berwarna hijau tua juga elok kerana rasanya sama dengan lada besar kapsikum cuma sedikit keras namun ia tidak menjejaskan keenakan buah cili bomb ceri. Cili ini mampu beradaptasi dengan iklim setempat buktinya buah pertama yang sudah berubah warna kepada warna merah telah tanomkinotuan semai semula dan kesemua bijinya bercambah. Kini tanomkinotuan sudah memiliki pokok cili bomb ceri musim kedua dan masih diperingkat pertumbuhan. Cili bomb ceri boleh mengantikan lada besar kapsikum sekiranya lada kapsikum tidak ada kerana rasa dan warna hampir sama. Uniknya kita boleh menggunakan buah cili bomb ceri berwarna hijau dan merah kira 2 dalam 1 kegunaannya dalam masakan.

Oleh itu tanomkinotuan menyarankan pembaca untuk menanam variati cili ini di halaman rumah anda juga cili ini boleh ditanam dalam pasu.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

4 komen

Wah cantik cili ni Carlz, beli dari siapa ni? berminat jugaku mo tanam ini cili.

Mmg cantik malah rimbun buah. Tidak rugi mau tanam. Try search 'mylestary seeds'. Namanya hot cherry bombs pepper

Kebun bahagia bersama pun ada gak klo tak silap.

Terima kasih utk info itu, nantiku tanya Diana.


EmoticonEmoticon