Sabtu

Maklumat Ringkas Cili Padi Patut Petani Tahu



Pengenalan


Cili padi atau juga dikenali sebagai cili burung ialah sejenis cili jenis pokok renek, buahnya bersaiz kecil, berwarna hijau ketika mudah dan berubah menjadi warna merah sesudah matang. Cili padi juga mempunyai rasa pedas yang agak kuat dan sesuai dicampurkan dalam sambal belacan.

Tanomkinotuan menanam cili ini atas keperluan dapur. Keluarga tanomkinotuan suka memakan cili padi tetapi tidaklah keterlaluan. Makan secara sederhana sebagai pembuka selera.

KEPERLUAN


Cili padi suka pada cahaya matahari yang banyak malah pokok ini sesuai tumbuh pada cuaca di negara kita. Banyak variati cili padi yang tumbuh secara semula jadi di kawasan semak atau hutan kecil yang disebabkan penyebaran biji oleh burung melalui tahinya. Di mana-mana pun kita boleh melihat pokok dan buah cili padi kerana permintaannya sangat tinggi di pasaran. Pada tahun lepas di tempat tanomkinotuan cili padi boleh mencecah harga RM35.00 ringgit sekilogram hinggakan harga cili padi dalam lingkungan RM2.00 boleh dibilang dengan jari.

Pokok cili padi sangat mudah tumbuh pada tanah yang kaya dengan humus. Tanah lembab dan tidak kering serta baja. Cili padi tidak memerlukan baja yang banyak. Ambil benih cili padi yang dibeli dari kedai dan keringkan, semai cili padi terus pada tanah atau semai pada pasu terlebih dahulu. Jika anda semai dalam pasu, anak benih pokok cili boleh dipindahkan setelah usianya mencecah 2 minggu atau 3 minggu. Selepas ditanam jangan lupa siram dan elok diteduhkan dengan teduhan net hitam atau apa-apa jenis teduhan yang bersesuaian.

TANAM DALAM PASU


Sebenarnya cili padi sesuai ditanam dalam pasu, pilih pasu atau kontena bersaiz 18 inci ke atas bagi memberi ruang akarnya bebas untuk bergerak. Perlu dimaklumkan disini bahawa jika menanam cili padi dalam pasu harus dibubuh baja sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Jika menggunakan baja kimia guna satu sudu kecil dan tabur disekeliling pokok. Harus diingat jangan terkena pada batang pokok kerana ia akan melecur. Tanah dalam pasu juga harus digembur selalu agar pengudaraan di dalam tanah adalah baik. Hati-hati jangan merosakkan akar takut pokok cili padi anda akan mati.

PENYAKIT


Namun begitu, pokok cili padi mudah diserang penyakit seperti apid putih yang menyerang belakang daun sehinggakan daun-daun seolah-oleh berwarna putih menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut dan tidak subur. Kadang-kadang pucuk cili layu dan mati. Ini disebabkan oleh ulat mengorek lubang. Apid putih boleh dimusnahkan dengan racun serangga organik yang diperbuat daripada sabun pencuci, minyak masak dan air. Sembur pada terkena jangkitan dan lakukan semburan hingga apid hilang. Pucuk daun layu pula petik dan musnahkan. Tunas baru akan muncul kemudian.

TUAI


Cili padi sudah boleh dituai selepas satu bulan hingga dua bulan dengan memetik buah matang yang berwarna merah. Selagi pokok cili menghasilkan bunga selagi itu anda boleh tuai hasilnya. Cili padi sangat versatile sebagai makanan. Ini kerana rasa pedas pada makanan mampu memberikan selera lebih besar dan bertambah. Jadi apa tunggu lagi, cari benih cili padi dan semai. Anda boleh mendapat hasil dalam tempoh satu bulan setengah mengikut variasi cili.



Selamat berkebun dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

30 komen

Boleh kah encik terangkan secara terperinci cara untuk membuat racun serangga organik.Campuran yang digunakan dan cara penggunaannya dengan lebih terperinci

Boleh kah encik terangkan secara terperinci cara untuk membuat racun serangga organik.Campuran yang digunakan dan cara penggunaannya dengan lebih terperinci

Hai shaiful. Try cek link ini semoga membantu
http://tanomkinotuan.blogspot.com/2014/12/racun-kerangga-organik.html?m=0

Terima kasih tuan kerana memberi tunjuk ajar.saya baru melangkah untuk menceburi bidang pertanian ini.saya bermula dengan tanaman cili.

Terima kasih tuan kerana memberi tunjuk ajar.saya baru melangkah untuk menceburi bidang pertanian ini.saya bermula dengan tanaman cili.

sama-2 tuan semoga usaha anda mendapat kejayaan cemerlang, In Sha Allah.

Salam tuan..mengapakah pokok cili saya berbunga lebat tp luruh dan tidak berbuah..?..

Hai Nurul, selamat datang

Sblm kita bincang soalan yg dikemukakan, nak tanya beberapa soalan.

1. Benih dpt dari mana? Benih beli dari kedai atau benih diambil dari buah yg dibeli kat pasar?

2. Pencahayaan yg diterima mcm mn? Direct terus kpd matahari atau hanya terkena chy mthari pd waktu pagi atau ptg shj.

3. Lokasi pokok cili, ditempatkn kwsn teduhan atau open space?

4. Media digunakan dan jenis baja.

Masalah gugur bunga ada beberapa faktor antaranya

- Lebih baja, menggunakan baja yg tinggi nitrogen pokok tak berbuah malah hanya merimbun sj.

Beli baja buah kat kedai dn tabur dua sudu mkn di sekeliling pokok. Siram dgn air basuhan beras atau kompos teh jika ada

Semoga berjaya

Hai Nurul, selamat datang

Sblm kita bincang soalan yg dikemukakan, nak tanya beberapa soalan.

1. Benih dpt dari mana? Benih beli dari kedai atau benih diambil dari buah yg dibeli kat pasar?

2. Pencahayaan yg diterima mcm mn? Direct terus kpd matahari atau hanya terkena chy mthari pd waktu pagi atau ptg shj.

3. Lokasi pokok cili, ditempatkn kwsn teduhan atau open space?

4. Media digunakan dan jenis baja.

Masalah gugur bunga ada beberapa faktor antaranya

- Lebih baja, menggunakan baja yg tinggi nitrogen pokok tak berbuah malah hanya merimbun sj.

Beli baja buah kat kedai dn tabur dua sudu mkn di sekeliling pokok. Siram dgn air basuhan beras atau kompos teh jika ada

Semoga berjaya

banyak pokok cili saya tanam diserang serangga putih(apid) di bawah daun..tetapi pokok masih hidup. Soalan saya, adakah pokok tersebut boleh terus hidup selepas saya sembur dengan racun serangga organik? atau saya perlu menanam pokok baru?

Terima kasih tuan.. puncanya saya trlebih letak baja bunga pd pokok cili saya..terima kasih ats bantuan.. sy akan cuba letak baja bunga dan kompos teh.. terima kasih sekali lagi.

Terima kasih tuan.. puncanya saya trlebih letak baja bunga pd pokok cili saya..terima kasih ats bantuan.. sy akan cuba letak baja bunga dan kompos teh.. terima kasih sekali lagi.

Boleh. Selepas disembur racun organik. Tunas baru akan muncul dan pokok akan cantik. Sembur dua tiga kali agar apid terhapus sama sekali. Selepas disembur racun, bubuh baja utk pertumbuhan yg baik.

saya tabur serbuk teh kat pokok cili hijau tapi daun naik kuring hijau dan buah kurang ada

Mana nak beli benih cili padi jambak. Saya tinggal dKajang.

Mana nak beli benih cili padi jambak. Saya tinggal dKajang.

Hai. Area semenanjung bnyk jual benih cili jambak. Tq

Pokok cili saya daunya kerinting,ubat apa nak di bubuh?

Boleh try beli racun khas tu kat kedai pertanian. Try tnya penjual. Siram baja kompos teh 3 hari berturut2 dan kemudian dua minggu sekali. Anda juga boleh guna ajinomoto. Masukkan 1 sudu teh ajinomoto ke dlm 1.5 liter air gaul sebati dan sembur pkk sekali dlm seminggu. Moga berjaya.

T.kasih banyak2 admin atas info yg diberikan.saya akan cuba.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Boleh tak tunjuk gambar cara membuat takung hidroponik...gambar yang ditunjukkan tak jelas sangat..

Salam Tuan,

Template baru ni nampak lebih profesional dan mantap. Semoga terus maju berkongsi ilmu.

Terima kasih kerana singgah ke blog ini. Semoga bermanfaat

Serangga apid penuh pada semua daun pokok cili saya...mcm mana nk hilangkan semua serangga tu?

Try cari brogard kat kedai pertanian. Mampu hilangkn apid kata org. Ni kira baja dan racun organik.

Info Ni amat bermanfaat....


EmoticonEmoticon