Sabtu

Cara Menanam Pokok Jagung Manis

Jagung adalah salah satu tanaman yang boleh dikatakan terkenal di negara kita. Jagung sangat digemari oleh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Pelbagai cara jagung ini dimakan antaranya direbus, dijadikan bubur, atau dimakan tongkol mudanya atau baby corn sebagai campuran dalam sayur. Apa kata pembaca di luar sana cuba menanam jagung di kebun atau di halaman rumah anda. Jika anda menanam 6 pokok jagung, ianya membekalkan 8 hingga 9 buah jagung yang boleh dinikmati oleh keluarga anda. Ini kerana sepokok jagung akan mengeluarkan satu atau dua tongkol jagung. Berikut adalah panduan dan cara menanam pokok jagung; 

Jagung adalah tanaman yang sesuai di tanaman di negara kita. Kegusaran dan kebimbangan menanam jagung amat kurang jika dibandingkan dengan menanam asparagus atau salad. terdapat dua cara menanam jagung iaitu ditanam dalam pasu dan di atas batas. Jika memilih menanam di dalam pasu pastikan memilih pasu yang sederhana besar atau jenis pasu besar agar akar bebas bergerak di dalamnya.


MEMILIH VARIATI JAGUNG YANG HENDAK DITANAM

Pembaca boleh mendapatkan benih-benih jagung ini di kedai-kedai pertanian berhampiran. Boleh bertanya kepada penjual berapa jenis variati yang dijual, perbezaan dan persamaan serta jenis tanah yang sesuai (hal ini penting untuk mengetahui adakah benih itu sesuai di tanam di halaman rumah anda). Pembaca boleh mencuba variati jagung seperti mas madu (jagung manis), jagung taiwan yang sangat digemari dan permintaan tinggi di pasaran namun mudah diserang ulat pengorek, jagung korea, jagung hibrid 338. Pembaca juga boleh menanam jagung thai manis atau jagung kampung yakni jagung kategori heirloom seperti jagung pulut dan jagung pandan (harum seperti pandan). Biasanya jagung kampung ini hanya boleh didapati di kampung atau kedai yang menjual benihnya. Di Sabah boleh diperolehi di tamu (pasar minggu). Namun untuk beginner beli sahaja benih jagung yang ada dan tanam. Semua variati jagung sesuai ditanam di dalam pasu.


PEMILIHAN KAWASAN MENANAM

Cari kawasan yang terkena sinaran matahari melebihi 6 jam, hampir dengan sumber air, elakkan menanam pada jenis tanah liat dan berbatu (namun jika terpaksa, tanah tersebut harus digaul dengan kompos dan jika boleh ditambah dengan tanah hitam atau peat-moss atau topsoil. Kompos, peat-moss dan topsoil akan membantu memperbaiki struktur tanah dengan pengudaran dan saliran air yang baik serta mengekalkan kelembapan pada tanah tersebut.

Bagi menanam di dalam pasu pula, sila letakkan pasu-pasu tersebut pada kawasan yang terkena sinaran matahari melebihi 6 jam, jagung memerlukan cahaya sepenuhnya untuk tumbuhbesaran. Jika tidak jagung anda panjang tinggi seperti galah dan bila ditiup angin ia akan mudah patah serta buahnya tidak cukup sifat dan kecil.


PENYEDIAAN TANAH DAN PEMBAJAKAN JIKA PERLU

Bagi yang mempunyai tanah yang luas di halaman rumah dan mahu menanamnya terus pada tanah. Anda perlu membuat batas yang sesuai. Batas ideal bagi jagung ialah 15 hingga 25 cm (secara ladang) atau kurang dari itu pun boleh ikut kesesuaian anda. Gembur batas tersebut hingga lerai tanah-tanah tersebut. Bagi tanah jenis merah (tanah liat peroi - tanah peroi ketika kering dan meleket ketika hujan) anda gembur tanah tersebut dan campurkan dengan kompos lebih kurang 15 kilo atau mengikut kesesuaian pada batas. Sekiranya tanah masam (berasid) tabur serbuk kapur pada batas. Jika tanah jenis tanah liat (keras masa musim kemarau dan meleket ketika hujan) campurkan dengan peat-moss (harga mahal di pasaran) atau topsoil (harga boleh tahanlah juga) atau kompos buatan sendiri/kompos yang dibeli pada tanah tersebut. gaul hingga sebati antara tanah liat dengan pembaikpulih tanah di atas. Sekiranya terdapat kilang kelapa sawit, rajin-rajinlah ke kawasan itu, biasanya terdapat sisa buangan kelapa sawit berwarna hitam seperti kompos. Bahan tersebut juga boleh digunakan untuk campuran pada tanah liat tersebut. Untuk supaya tanah lebih baik gaul bersama tinja binatang reput. Maka di sini tanah penanaman jagung anda mempunyai tinja binatang, kompos, peat-moss dan topsoil, serta kompos kelapa sawit, ini dikira tanah paling ideal untuk jagung. Namun jika batas anda hanya ada tinja binatang dan kompos juga sudah memadai untuk jagung anda dan jika hanya ada kompos sahaja boleh lah untuk jagung anda, anda masih boleh tuai hasilnya. Tetapi jika tanah batas penanaman jagung tidak dicampurkan apa-apa, anda akan putih mata melihat pokok jagung tersebut.

Manakala bagi menanam di dalam pasu pula pilih pasu bersaiz 18 inci ke atas untuk sepokok jagung. Anda memerlukan 5 hingga 10 pasu untuk mendapatkan  5 hingga 10 buah jagung. Pembaca juga boleh menggunakan apa-apa kontena atau pot yang sesuai untuk menanam jagung. Perlu diingat bahawa jangan guna pasu, kontena atau pot bersaiz di bawah 18 inci kerana pertumbuhan pokok jagung tidak menarik. Guna nisbah media penanaman 2:1:1 di mana dua bahagian tanah loam, satu bahagian kompos/tinja binatang: satu bahagian pasir sungai jika perlu untuk satu pasu. 

SEMAIAN DAN MENANAM BENIH JAGUNG

Bagi tanomkinotuan, benih jagung boleh ditanam terus pada tanah atau pasu. Tidak perlu semai dan alihkan ke tempat baharu. Ini kerana apabila anak pokok jagung dialihkan ia memperlambatkan pertumbuhannya dan menambah kerja yang mudah kepada yang rumit. Selama tanomkinotuan menanam jagung tidak pernah merendam benih jagung ke dalam air dan benih jagung masih boleh bercambah selepas tiga hari tetapi jika anda melakukannya tanomkinotuan tidak melarang. Tanam benih jagung 2 biji selubang pada jarak antara lubang ialah 20 inci (40 cm) atau mengikut kesesuaian anda. Jangan lupa timbus dan siram dengan air secukupnya.

Pada pasu pula tanam dua biji jagung pada lubang yang dibuat ditengah-tengah pasu dan apabila benih sudah tumbuh pilih anak pokok jagung yang tidak sihat/terbantut dan cabut, tinggalkan hanya sepokok di dalam pasu dan siram.


PEMBAJAAN DAN PENJAGAAN

Terdapat dua cara pembajaan iaitu pembajaan secara organik dan pembajaan secara komersil. Pembajaan secara organik dimulai pada minggu kedua selepas anak pokok benih tumbuh (kira-kira dua hingga tiga daun), yakni setiap selang dua minggu bubuh baja pada sekeliling pokok, kaedah ini digunakan bagi mereka yang mahukan jagung tersebut tumbuh secara organik. Bagi pembajaan secara komersil pula dimulai pada minggu pertama dengan NPK blue special (12:12:17:2), minggu keempat ialah baja tinja binatang bercampur dengan NPK blue dan baja garam (warna putih), minggu 7 ialah baja garam dan sedikit baja subur (merah). Cara pembajaan di atas sesuai digunakan dalam pasu cumanya guna sukatan 1 sudu setiap baja kimia dan dua genggam bagi baja organik. Berhati-hati bila menggunakan baja kimia/urea pada jagung, jangan terkena pada batang pokok ia akan terbakar dan mati. Letak baja tersebut jauh pada batang pokok.

Buang rumput pada batas, kerja ini adalah wajib bagi membolehkan pokok jagung tidak bersaing untuk mendapatkan makanan. Jika boleh letakkan mulsa (rumput kering, daun kering, kayu reput, cocopeat, jerami padi, lalang kering pada batas atau pasu untuk kelembapan dan juga boleh mengurangkan rumput di atas batas dan pasu. Berhati-hati ketika merumput jangan mencederakan akar jagung. Siram pokok jagung dua kali sehari dan tidak perlu ketika hujan.   

Jagung akan diserang makhluk perosak semasa anak pokok dan musim mulai berbuah. Daun anak pokok akan dimakan oleh belalang, siput dan lintah bulan. Buang siput dan lintah bulan jauh dari pokok jagung. Ulat pengorak buah akan bertelur pada buah jagung menyebabkan jagung cacat oleh itu sembur racun jika perlu (Kepada mereka yang tidak kesah). Namun bagi pengamal makanan organik (bebas racun serangga dan baja kimia) seimbangkan PH tanah dan baja, air dan kelembapan pada pokok jagung. Jangan biarkan pokok jagung mendapat tekanan (stress). Sekiranya ini berlaku pokok jagung (dan tumbuhan lain) mengeluarkan bahan kimia yang boleh dihidu oleh makhluk perosak untuk datang kepadanya dan merosakkan pokok jagung tersebut. Banyak kajian berhubung perkara ini dan sudah dibuktikan dengan kajian sains. Jika masalah ini diatasi dengan baik, jagung anda adalah bebas kimia dan organik sifatnya.
 

PENUAIAN HASIL JAGUNG

Buah jagung matang kira-kira 68 hingga 72 hari selepas di tanam. Pembaca boleh melihat rerambut buah jagung sudah kering dan hitam tandanya jagung sudah matang. Maka usaha anda selama ini berhasil untuk menikmati buah jagung tanam sendiri. Nikmati hasil tanam sendiri bersama-sama keluarga dan ceritakan pengalaman anda dalam tempoh menanam hingga menuai hasil buah jagung. 

Secara umumnya, panduan dan cara di atas tidak berpandukan apa yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, ini adalah pengalaman tanomkinotuan dalam menanam jagung, digarap dan ditulis di sini. Oleh itu, pembaca boleh mendapatkan info lanjutan pada sumber-sumber yang lain di internet. Semoga maklumat ini dapat memberikan idea dan pengetahuan dalam menanam benih jagung. terima kasih kerana singgah di sini dan selamat bertani dan selamat menuai hasil....Jumpa lagi di lain entry.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

47 komen

Izin promo ya
INI PASTI SERUUUU!
Rujak Aceh Brayan
‪#‎Kuliner‬ Kota medan
‪#‎Oleh‬-Oleh Kota Medan
Order : 082165561555
BBM : 24DBFD92

Website : http://rujakbrayan.blogspot.com

thanks

https://facebook.com/rujakbrayan1

Tulisan blognya ringan & enak dibaca

Izin promo ya
INI PASTI SERUUUU!
Rujak Aceh Brayan
‪#‎Kuliner‬ Kota medan
‪#‎Oleh‬-Oleh Kota Medan
Order : 082165561555
BBM : 24DBFD92

Website : http://rujakbrayan.blogspot.com

https://facebook.com/rujakbrayan1
Thanks

Salam encik admin .saya baru memulakan kebun jagung sebanyak 70 pokok.Jika pada batas saya ada byk akar2 pokok renek dan akar rumput yg telah mati adakan akar2 tersebut masih boleh menyerap baja biru yg dtabur di sekeliling pokok? sekian t kasih

Salam encik admin. saya mendapati pokok2 jagung saya agak lambat pertumbuhannya/bantut setelah lebih kurang 5 hari dipindahkan dari bekas semaian ke batas. adakah penggunaan plant booster mampu mempercepatkan kembali pertumbuhan pokok2 jagung tersebut. Sekian t kasih

Alhamdullilah semoga usaha saudara mendapat kebaikan dari Allah SWT. Semoga mendapat hasil yang lumayan.

Tumbuhan mati/rumput rumpai mati sudah tidak mampu menyerap zat makanan dari tanah, jadi tidak perlu bimbang kecuali rumput/pokok renek tersebut bertunas semula.

Dlm tempoh 5 hari anak pokok jagung saudara/i masih diperingkat penyesuaian. Tunggu kira-kira 7 hingga 14 hari. Jika tidak ada perubahan pd anak pokok jagung tersebut barulah boleh menggunakan baja organik i'm bio booster atau try search baja yg sesuai di internet.

Anda jg boleh guna cara pembajaan ikut dlm blog kat atas tu.

Perghh explanation yang mantap..saya akan cuba ikut nasihat saudara tersebut.. blog saudara ini sgt2 bermanfaat kepada mereka yang beginner dalam arena berkebun ini..terima kasih..selamat menyambut ramadan al mubarak..ameen..

Semoga bermanfaat saudara. Selamat bertani dan selamat berpuasa juga.

saya pun tengah cuba nak tanam jagung. jumpa jgak entry yg berguna ni :) jemput baca info tentang kesihatan di www.blognana.com

Selamat datang ke sini Luna Ed. Semoga bermanfaat. Nice blog

macam best je

Saya ada menanam keladi, jagung secara kecil kecilan. Nak minta nasihat tuan, adakah jagung yang telah dewasa perlu ditimbus pada pangkalnya setelah dibaja.

Selamat datang Aya...

Tidak perlu. Jagung sendiri akan keluarkan akar khas dari pangkal pokok dengan tujuan sokongan tambahan pada pokok agar pokok tetap berdiri tegak. Anda boleh lihat sendiri akar tersebut bila tiba masanya.

Harap dapat membantu..

hidup subur blog ini..segala tanama ada di sini..jagung pun amat saya gemar makan...hadui...Jaf2 hebat jadi sumber rujukan kan...

Hobi di masa lapang etuza, klo ada yg boleh kongsi psl tanaman kita kongsi di blog.

salam tuan..saya bercadang untuk menanam jagung taiwan seluas 1 hektar pada bulan depan..saya memang minat tanam jagung terutama jagung taiwan, pengalaman saya sebelum ini projek kecil-kecilan telah menjadi, tapi ada yang kata apabila kita menanam jagung berskala besar-besaran akan ada banyak penyakit seperti ulat pengorek..apakah tindakan awal yang perlu diambil sebelum ulat pengorek tu menyerang?..tq

Cara budidaya caisim organik - Caisim atau sawi (Brassica sinensis L.) merupakan sayuran daun yang tumbuh di kawasan panas mahupun sejuk. Tanaman ini dapat tumbuh baik pada ketinggian hingga ketinggian 1200 meter dari aras laut. Hasil terbaik untuk penanaman caisim adalah di dataran tinggi. Namun kebanyakan petani melakukan penanaman caisim pada ketinggian 100-500 meter dari aras laut.

Herman jamari try baca kat bawah ni. Blog org lain harap bermanfaat ya. Sy tidak pernah menanam jagung dlm skala besar. In Sha Allah akan datang jd sy tidak berani nak komen panjang2. Minta maaf

http://muzlanmohdyusoff.blogspot.my/2014/12/pengurusan-penanaman-jagung-manis-madu.html?m=0

Makasih om mampir ko blog gue. Infonya bagus banget. Makasih ya...

Assalamualaikum.. dimana saya boleh dapatkan biji benih jagung?

Blog tanomkinotuan ada bekalkan benih jagung antaranya;

Jagung manis kota belud
Jagung manis thai
Jagung manis taiwan
Jagung wumpum india/jagung pelangi
Jagung brown india
Jagung pulut kelopak ungu
Jagung pulut kelopak hijau
Jagung perang kampung
Jagung kuning kampung
Jagung pulut pandan
Jagung putih kampung

1 pek rm2.90 sahaja dgn 25 biji sepek kecuali jagung wumpum india/jagung pelangi dan jagung brown india hanya 10 biji sepek.
Email ke borosmomogun@gmail utk info selanjutnya

assalamualaikum.... pokok jagung masih boleh hidup ke bagi tanah yang berpasir seperti tepi pantai

Boleh jer, yg ptg tambah kompos bnyk2 utk bekalkn nutrient

Saya bercadang untuk menanam jagung di tanah seluas 3 ekar. tanah itu adalah tanah gambut. apakah ianya sesuai? berapa byk jagung bleh di tanam dlm seekar dan bagaimana pasaran jagung?

Hai! Selamat datang ke blog..

Tanah gambut sesuai untuk penanaman jagung dengan syarat sumber air cukup dibekalkan kepada tanah seluas 3 ekar. Tanah gambut ni cepat kering oleh itu perlukn air. Pastikan buat paip semburan atas tanah atau sebaliknya.

Utk 3 ekar anda perlukan 16 beg atau pembungkus benih jagung dgn berat 500gram setiap satu. Maksudnya 16 beg x 500gram: 8 kilogram.

Assalam Tuan. Bolehkan tanah bekas tapak sawah di tanam dgn jagung. Bagaimana utk menambah baik tanah tsbt supaya sesuai utk tanaman jagung khususnya.

Bekas sawah sesuai utk tnm jagung. Jika ada rezeki lebih boleh bajak tanah tu dan taburlah tinja ayam, kapur pertanian atau kompos. Semoga berjaya

sangat2 bermanfaat.......tq blogger

jagung pling mahal apa jnis eh

jagung pling mahal apa jnis eh

ada alat mnyiram benih jagung..?sya guna paip..bnih x tumbuh pun hilang..

ada alat mnyiram benih jagung..?sya guna paip..bnih x tumbuh pun hilang..

Beli alat penyiram sprinkler yg boleh disambungkan ke kepala paip. Mudah dan praktikal..

Maksud kamu benih ker? atau harga jualan buah/tongkol? Jika kamu maksudkan benih jagung, ia mahal apabila benih tersebut jarang ditemui atau kurang di pasaran serta permintaan tinggi di pasaran. Try beli benih jagung seperti jagung variati chuspi atau karu kay sun corn, ni benihnya boleh tahan.

Jika tuan maksudkan buah jagung utk jualan belilah jagung manis hibrid, ni permintaan di pasaran sgt tinggi...

Assalamualaikum tuan, saya nak tanya kalau tanah jenis tanah liat boleh tanam atau tidak atau perlu campuran lain? Anggaran keluasan tanah 4 hektar... Saya bercadang untuk menanam Jagung manis... sekian terima kasih...

Hai/salam!

Boleh jer yg penting tuan roto/gembur guna jentera pengembur. Sblm buat batas tabur kompos. Kompos paling murah beli jer tanah sawit 5 tan. Kemudian tabur pada tanah seluas 4 hektar. Kemudian dgn mggunakan jentera buat batas. Tabur kapur pertanian. Rehatkan 1 ke 2 minggu. Jika ada masa sembur EM1 pada batas utk membaikpulih tanah. Kehadiran mikroorganisma baik dlm EM1 dpt sihatkan tanah tersebut. Bolehlah tnm benih jagung. 2 ke 3 minggu slps benih disemai tabur baja subur bentuk fellet/butir. In sha Allah pkk jagung anda sihat membesar

Hai/salam!

Boleh jer yg penting tuan roto/gembur guna jentera pengembur. Sblm buat batas tabur kompos. Kompos paling murah beli jer tanah sawit 5 tan. Kemudian tabur pada tanah seluas 4 hektar. Kemudian dgn mggunakan jentera buat batas. Tabur kapur pertanian. Rehatkan 1 ke 2 minggu. Jika ada masa sembur EM1 pada batas utk membaikpulih tanah. Kehadiran mikroorganisma baik dlm EM1 dpt sihatkan tanah tersebut. Bolehlah tnm benih jagung. 2 ke 3 minggu slps benih disemai tabur baja subur bentuk fellet/butir. In sha Allah pkk jagung anda sihat membesar

hai admin, saya bcadang nak tanam jagung utk final year projek study..nak tny, apa jenis2 baja yg sesuai utk jagung..? selain yg admin sebut d atas...mohon bntu bgi sdkit sbnyk info 😃

hai admin, saya bcadang nak tanam jagung utk final year projek study..nak tny, apa jenis2 baja yg sesuai utk jagung..? selain yg admin sebut d atas...mohon bntu bgi sdkit sbnyk info 😃

tanaman jagung sya dh 20hari ada yg subur dan ada yg sngat x subur dlm baris nya..macamna cara nk suburkn yg sngat kecil itu..?

ada atau tdak jentera (GMBAR)KECIL YG BOLIH BUAT BATAS DAN GEMBUR DAN BRAPA KOS NYA..?

MNCABUT RUMPUT CARA MANUAL SANGAT BNYAK MASA DAN RUMIT,ADA KAH CARA LAIN UTK ATASI RUMPUT DEKT BATANG POKOK JAGUNG SAYA INI..?

MNCABUT RUMPUT CARA MANUAL SANGAT BNYAK MASA DAN RUMIT,ADA KAH CARA LAIN UTK ATASI RUMPUT DEKT BATANG POKOK JAGUNG SAYA INI..?

tanaman jagung sya dh 20hari ada yg subur dan ada yg sngat x subur dlm baris nya..macamna cara nk suburkn yg sngat kecil itu..?

bagus infonya ,keep it up..


EmoticonEmoticon