Rabu

RADIS ROSSY CINA

Tags

Adakah anda pengemar lobak? Adakah setiap masakan anda diletakkan sehiris lobak? Jika ya, anda telah mengunjungi ruangan info yang baharu mengenai variati lobak yang jarang anda jumpa di pasar atau supermarket. Yang dipanggil lobak rossy cina.

Lobak rossy cina atau radish chinese rossy merupakan variati lobak yang sama dengan lobak putih (daikon) yang biasa dilihat atau dibeli di pasaraya cumanya lobak ini berwarna merah terang hingga merah tua dan mempunyai rasa pedas seperti lobak putih. Bagi lobak putih biasa daunnya berbentuk panjang yang licin dan lembut manakala lobak rossy pula berdaun memanjang dan berbulu halus dan kasar.

Tanomkinotuan menanam lobak jenis ini mengetahui bahawa lobak rossy cepat matang dan cepat dituai. Namun lobak ini tidak boleh terkena air hujan dalam jumlah yang banyak, lobaknya akan merebut dan berbau busuk. Ia menyukai kelembapan yang sederhana dan tidak pula terlalu kering.

Media semaian harus menggunakan tanah gembur berpasir yang digaul dengan kompos. Tanomkinotuan menanam benih lobak rossy terus pada batas yang disediakan kerana dalam kepala tanomkinotuan jika dialihkan nanti takut lobaknya tidak cantik bila dah mengeluarkan lobaknya (hanya andaian semata-mata). Tanam benih satu biji selubang dengan jarak 5 inci hingga 7 inci antara pokok dan tanam pada kedalaman 1/4 inci. Uniknya lobak rossy ini sudah bercambah pada hari yang ketiga. Mungkin semua variati lobak hanya mengambil masa tiga hari untuk bercambah.

Selepas sebulan lebih, tanomkinotuan sudah boleh menuai lobaknya. Oleh kerana kali pertama menanam lobak rossy, tanomkinotuan tidak ada sebarang idea bagaimana hendak masak. Namun begitu, emak tanomkinotuan mencampurkan hirisan lobak rossy ini ke dalam sup ikan yang mana membuatkan sup tersebut sedap dengan perisa dan rasa dari lobak rossy. Bagi tanomkinotuan lobak rossy lebih sedap berbanding franch breakfast radish yang mempunyai rasa pahit bila dimasak. Tetapi tanonkinotuan tidak sanggup memakannya mentah-mentah, sudahlah pedas mengalahkan pedas bawang putih, baunya pula seperti bau racun rumpai. (tanomkinotuan tau bagaimana bau racun rumpai kerana pernah meracun rumput di kebun getah). Baunya seakan-akan bau racun rumpai cromoxion.

Kini setiap musim di Kebun Belakang Rumah wajib ditanam lobak rossy yang di selang selikan dengan lobak putih biasa. Memakan lobak sangat baik untuk kesihatan kita. Pada masa akan datang tanomkinotuan mencuba  menanamnya di dalam pasu atau kontena.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon