Rabu

SAYUR CEKUR MANIS

Tags

Antara sayur yang mudah tumbuh pada apa-apa jenis tanah dan mampu bertahan dalam cuaca panas atau musim hujan. Sayur yang dimaksudkan ialah sayur cekur manis atau selalu dipanggil sebagai sayur manis sahaja oleh penduduk tempayan di sini. Sayur ini berbatang dan berdaun hijau, saiz daun kecil bujur dengan setiap daun selari kiri dan kanan. Boleh mencecah 5 kaki hingga 10 kaki jika tidak dipangkas. Tunas baru akan muncul sekiranya dipangkas pokok yang lama dan inilah yang dipetik untuk dibuat sayur.

Lazimnya sayur cekur manis ditanam melalui keratan batang. Rasa dan strukturnya lembut dan mempunyai sedikit bau yang tidak berapa kuat. Cekur manis mengeluarkan buahnya pada tangkai daun dibawah. Berwarna putih ketika muda dan berubah ke warna merah hati apabila matang. Rasa cekur manis seakan-akan sama dengan rasa daun pokok kelor atau moringa.

Ibu tanomkinotuan telah membeli dua ikat sayur cekur manis ini di pasar untuk santapan tengahari. Terfikir tanomkinotuan bahawa jika ditanam batang tersebut maka tidak perlu membeli lagi sayur ini kerana ada ditanam di belakang rumah. Malah cekur manis senantiasa menghasilkan tunas baru sekiranya rajin cantas atau memetik tunas sedia ada. Ia mampu bertahan 10 hingga 15 tahun sekiranya tanpa gangguan. Sayur cekur manis juga boleh hidup dalam hutan dan tidak akan mati. 

Tanpa berfikir panjang tanomkinotuan mengambil kesemua batang tersebut dan merendamnya dalam air hingga seminggu. Apabila batang cekur manis sudah berakar tanomkinotuan alihkan ke tanah di Kebun Belakang Rumah. Tanomkinotuan tidak membuat batas hanya korek tanah, tanam dan timbus. Tanomkinotuan tidak lupa untuk menyiramnya. Sayur cekur manis menyukai sinaran matahari secara penuh untuk daun yang cantik dan tahan walaupun tidak disiram seminggu. 

Apabila tunas pertama cekur manis mula tumbuh biarkan dahulu ia membesar. Sekiranya tunas tersebut sudah mencecah 2 kaki atau lebih, bolehlah dipetik dan tunas baru dari batang yang dipetik itu tadi akan mengeluarkan tunas baru malah semakin gemuk dan subur. Tanomkinotuan telah menuai hasil cekur manis selepas dua bulan setengah. Lebih banyak hasilnya dari induknya yang terdahulu. Terfikir tanomkinotuan bahawa jika dahulu tanomkinotuan sudah menanamnya alangkah bagusnya. Sayur cekur manis mampu memberikan tunas-tunasnya sepanjang masa. 4 hari dari mula dipetik sudah boleh dituai untuk seterusnya. 

Walau bagaimanapun. Jika anda ingin menanam sayur ini perlulah mengembur tanah untuk menanam. Bubuh kompos pada tanah yang digunakan untuk menanam. Tanam sebatang atau dua batang dalam satu lubang dengan jarak 2 setengah kaki sehingga 3 kaki. Sekiranya usia cekur manis anda sudah mencecah 3 hingga 4 minggu bubuh baja subur organik untuk mempercepatkan pertumbuhannya. Keratan batang cekur manis boleh tumbuh secara langsung walaupun tidak direndam untuk mengeluarkan akarnya terlebih dahulu jika ditanam pada musim hujan. Namun jika ditanam pada musim kemarau harus merendamnya terlebih dahulu hingga berakar. Rendap keratan batang cekur manis dengan air kira-kira dua setengah inci paras air. Ini mengelak dari keratan cekur manis membusuk dan mati.

Selalunya penyakit sering berlaku kepada pucuk pokok cekur manis di mana daunnya akan mengerekot dan keriting disebabkan oleh serangan makhluk perosak. Cara pencegahan ialah petik tunas-tunas yang diserang dan musnahkan. Tunas baru akan tumbuh dengan pucuk daunnya sihat dan subur.

Sayur cekur manis enak dimakan, campurkan segenggam daun cekur manis pada madakan telur dadar anda, ia memberikan rasa dan bau yang unik. Atau dicampurkan dalam masakan berasaskan sup. Memang mengujakan. Kini tanomkinotuan sudah tidak perlu membeli sayur ini, bekalan sentiasa menyukupi untuk kami sekeluarga. Sayur cekur manis boleh juga ditanam dalam pasu. Ia hidup subur jika dibubuh baja secukupnya dan disiram selalu. Jadi apa kata pembaca menanam keratan batang sayur cekur manis di halaman rumah anda.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

16 komen

Memang menjadi.
Dah tumbuh di tepi rumah..
Biasanya macam mana cara makan cekur manis ni?

Kami tanam je dulu.
Tapi, tak tahu macam mana nak makan...
Adakah buat ulam?

Selamat datang. Yang di mkn adalah pucuk mudanya. Try goreng telur dadar dicampur dgn daun muda cekur manis, mmg sedap atau campakkan je ke dlm apa2 sup yg di masak, sup ikan ka, ayam ka, daging ka pun boleh. try cek kat google resepi lain mengenai cekur manis. Selamat mencuba saudara/i

admin, izinkan saya untuk memetik gambar yg papar di atas supaya dpt lengkapkan kerja kertas saya. Sekian, terima kaseh...

Teruskan Lok CK, semoga ianya dpt membantu.

Tuan, ada jual keratan batang sayur cekur manis ni ke? Dwince@gmail.com

Ada, keratan batang cekur manis ada dijual.

Mohon izin utk saya gunakan gambar ni dalam proposal saya ye admin..

Mohon izin utk saya gunakan gambar ni dalam proposal saya ye admin..

Ya, diizinkan mengambil gambar tu. Terima kasih

tuan,saya nak beli keratan pucuk manis..sila email saya dhotyp@yahoo.com.

Slmt datang herman jamari...

Sila periksa PM anda,

Terima kasih ulasan anda banyak membantu

gaman, betul ka ni mat salleh punya kajian mengatakan sayur manis boleh menyebabkan kegagalan hati dan banyak membawa kematian? saya dari kecil lagi makan ni sayur, feberet keluarga saya ni kalau masak sama sardin. enda pernah pula dengar di sabah ada kes kematian makan sayur ni, enda tau la di urangputih. http://www.npr.org/sections/thesalt/2014/08/14/340358325/sayur-manis-delicious-but-also-deadly-greens-from-borneo ni link tu urang bilang sayur manis bikin mati hahahaha.

Mungkin betul mungkin tidak. Ikut kekebalan bangsa/kaum. Contoh sahaja. Jika di negara Barat majoriti terkena kanser kulit disebabkan chy matahari. Di tmpt kita jarang kena penyakit kanser kulit tetapi bnyk kena kanser hati, usus, dll. Ini dipengaruhi imunisasi badan ikut pola kaum... Ni klo nak cerita pnjg lagi. Boleh dptkn info di google klo nk tahu lebih lanjut.

Sama juga dgn sayur tutan/american nightsheed. Mrk kata pkk beracun tp di sini tumbuhan tersebut dibuat sayur sama ada imun mereka lemah akan kimia yg ada dlm tutan atau badan kita dah lali dgn kimia tersebut ni kena tengok bnyk faktor. Mungkin tutan lain spesis atau seumpamanya.

Cuma saranan saya, kita mkn cekur manis secara sederhana. Sama jg daging kambing, klo kita mkn secara sederhana ia slmt ttp klo melantak hari2 alamat tinggi darah. Hihi moga difahami.. Meleret-leret pula kiki


EmoticonEmoticon