Rabu

CARA MEMBAIKPULIH KUALITI TANAH LIAT ATAU TANAH LAMPUNG

Tags

Sekiranya anda mempunyai jenis tanah liat di kebun atau backyard anda, perlu di maklumkan bahawa tanah ini sangat tidak sesuai ditanam apa-apa jenis tanaman. Tanah jenis padat dan mempunyai partikel yang sangat kecil. Air juga tidak tersimpan lama pada tanah ini. Apabila musim hujan tanah ini meleket dan becak manakala musim kemarau pula bertukar menjadi keras dan merekah.

Namun faktanya, tanah liat mempunyai kandungan nutrient yang sangat banyak berbanding dengan tanah pasir. Bagaimana untuk membaikpulih tanah jenis ini? Beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk meningkatkan kualiti tanah dan tanaman anda.

Buat pengemburan tanah

Jika tanah liat anda terlalu padat dan keras, sila gembur tanah tersebut dengan cangkul atau alat pengembur yang sesuai. Gembur hingga tanah tersebut hancur secara seragam dan menjadi serpihan-serpihan kecil. Lakukan pengemburan ketika tanah dalam keadaan kering. Jangan sesekali mengembur ketika hujan atau tanah dalam keadaan basah.

Ujian nilai PH tanah liat 

Terlebih dahulu uji nilai PH tanah liat anda dengan menggunakan penyukat PH meter yang boleh dibeli di kedai pertanian. Anda perlu tentukan sama ada ia beralkali atau berasid, nilai 7.0 adalah PH yang paling sesuai untuk tanaman.

Membuat raised bed

Membuat raised bed pada tanah liat anda adalah salah satu cara paling baik untuk memperbaiki tanah tersebut. Oleh kerana tanah liat ini air mudah hilang maka dengan raised bed sekurang-kurangnya air dapat bertahan dalam tempoh yang lama.

Campuran pasir sungai

Tambahkan pasir sungai ke dalam tanah liat anda. Pasir sungai bersifat peroi dan ini boleh membantu mengurangkan kemampatan tanah liat ini serta rongga tanah liat semakin besar membolehkan udara bebas bergerak di dalamnya.

Campuran bahan organik

Untuk menjadikan tanah tersebut ringan, hitam tambah bahan organik pada tanah liat anda dan gaul hingga merata. Anda boleh menggunakan bahan organik seperti kompos, peat moss, tinja binatang dan sewaktu dengannya. Antara tinja binatang yang boleh digunakan ialah tinja lembu, tinja arnab dan tinja ayam serta tinja kambing. Tujuan penambahan bahan organik ialah supaya pengudaran dan serapan air lebih baik. Tanah juga kaya dengan bahan nutrisi khususnya nitrogen kepada tanaman.

Pemulsaan dan sungkupan

Selepas mencampurkan bahan organik letak mulsa atau bahan mudah reput di atas batas seperti daun kering, rumput kering, jerami dan reputan kayu. Ia bukan sahaja memberi kelembapan pada tanah tetapi akan membekalkan nutrisi pada tanaman ketika sungkupan ini mula mengompos secara perlahan-lahan.


Tanah liat yang dibaikpulih
Selepas membaikpulih tanah anda, anda boleh menanam tanaman yang anda sukai. Tanam seperti biasa dan jangan lupa menyiram tanaman tersebut. Tanah liat boleh digunakan untuk tanaman sama seperti tanah loam. Yang penting anda selalu membubuh baja organik sekali dalam 2 minggu. Tanaman yang ditanam pada tanah liat yang dibaikpulih boleh tumbuh dengan subur.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

5 komen

Maaf ya. Nak betulkan sikit. Jangan campur tanah liat dengan pasir kalau tak mahu buat konkrit!

Perbanyakkan bahan organik seperti kompos dan tahi ayam.

Selamat datang Izham...

Terima kasih atas perkongsian dan selamat bertani.

Terima kasih ataas perkongsian anda,,,haritu sy ada tanam pokok cili dlm 3 minggu,,lepastu sy dapati daun lol k cili sy layu,,,selepas sy baca maklumat Ni,,sy perasan tanah yg sy guna adalah tanah liat,,,bila saya siram tanah mcmc melekit,,,tq the informationn

Terima kasih ataas perkongsian anda,,,haritu sy ada tanam pokok cili dlm 3 minggu,,lepastu sy dapati daun lol k cili sy layu,,,selepas sy baca maklumat Ni,,sy perasan tanah yg sy guna adalah tanah liat,,,bila saya siram tanah mcmc melekit,,,tq the informationn


EmoticonEmoticon