Khamis

CARA MENANAM BENIH TIMUN ARMENIA DALAM CUP

Tags

Kali ini tanomkinotuan ingin berkongsi kepada pembaca diluar sana cara menanam benih timun armenia dalam cup. Sebenarnya cara ini juga boleh diaplikasikan kepada apa-apa jenis timun seperti timun cina dan sebagainya atau kepada jenis sayuran berdaun seperti sawi bunga kampung atau kailan jepun. Berikut ialah cara penyediaan bahan, media dan langkah demi langkah untuk menanam:



Sediakan alatan, bahan dan media seperti di atas iaitu;

1. Campuran media (tanah) 

Campuran media dengan nisbah 2:1:1, Campuran media adalah 2 bahagian tanah loam atau tanah hitam, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Anda juga boleh menggunakan media topsoil yang boleh dibeli kedai pertanian. Selain itu juga anda boleh menggunakan campuran tanah biasa dengan peat moss

2. Cup sederhana besar dan sudu atau alat pengorek tanah, (cup ini adalah bekas puding yang dibeli dari kawan tempoh hari). Anda juga boleh menggunakan kontena kecil, polibag atau bekas yang bersesuaian.

3. Dan sudah tentu biji benih timun armenia, boleh beli secara online sekiranya benih ini tidak ada dijual ditempat anda atau boleh tukar dengan benih timun cina pun tiada masalah.

4. Air dan spary.


Cara-cara penyediaan dan menyemai;



Masukkan media campuran ke dalam cup yang disediakan, isi hingga penuh dan padat-padatkan tanah itu dengan menghentak-hentakkan cup secara perlahan-lahan. Sekiranya masih terdapat ruang pada cup isi semula tanah hingga penuh.



Setelah usai mengisi media ke dalam cup, buat lubang sedalam kira-kira 1 1/2 inci. Lubang tersebut bertujuan untuk meletakkan benih timun armenia nanti.


Masukkan 1 atau 2 biji benih timun armenia ke dalam lubang yang dibuat pada cup tersebut. Anda boleh menggunakan sudu plastik atau menggunakan tangan. timbus lubang tersebut dengan tanah agar tidak diganggu oleh makhluk perosak seperti sebut dan serangga lain.




Siram atau spray dengan air hingga media lembab sedikit. Simpan cup berisi media dan benih timun armenia itu di tempat teduh dan selalu dijenguk melihat kalau-kalau tanah / medianya kering, jika kering spray semula tanah tersebut sehingga lembab.



Selepas 4 hari (mengikut pengalaman tanomkinotuan, percambahan timun armenia berbeza-beza mengikut kelembapan tanah, suhu dan udara ditempat anda), benih timun armenia mulai bercambah dengan baik. Selepas seminggu daun sebenar mulai memunculkan dirinya. Tidak lama lagi anak benih pokok timun armenia ini bolehlah di pindahkan ke batas yang disediakan.

Caranya mudah bukan? yang penting media yang digunakan harus cukup nutrisi, tidak tercemar oleh bakteria, virus dan mikroorganisma jahat yang boleh membunuh benih timun armenia anda. Anda di luar sana boleh mencuba kaedah ini untuk menyemai apa-apa benih yang dirasakan untuk disemai. Namun perlu diingat sekiranya menyemai benih sayuran berdaun seperti sawi pahit, sayur mibuna hijau, sayur arugula dan sebagainya guna benih dengan jumlah sedikit sahaja.

Selamat mencuba..

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon