Sabtu

CARA MUDAH MEMBUAT CAMPURAN MEDIA TANAMAN

Tags

Memilih dan menggunakan media tanaman dalam pasu yang berkualiti sangat digalakkan agar hasil tanaman kita hidup subur dan tuaian banyak. Tidak digalakkan mengambil tanah biasa yang kurang berkualiti lebih-lebih tanah lampung yang tidak dibaikpulih. Berikut ialah cara penyediaan media campuran yang disyorkan;



1. Dua botol tanah loam/tanah hitam atau tanah kebun.

2. Satu botol kompos

3. Satu botol pasir sungai

4. Dua sudu kecil serbuk kapur/lime atau abu kayu/kertas (jika tidak ada tidak mengapa)


Cara penyediaan:


Campurkan tanah loam, kompos, pasir sungai dan serbuk kapur ke dalam satu bekas dan gaul hingga sebati. Sedia untuk digunakan. Media campuran ini boleh digunakan untuk menyemai dan menanam pokok sayur dalam pasu. Sukatan boleh menggunakan apa-apa bekas yang penting sama saiz seperti gelas, cawan atau kontena. Tanomkinotuan menggunakan botol mineral besar yang dipotong sama rata. Anda boleh membuatnya dalam jumlah yang banyak dan simpan untuk kegunaan pada masa akan datang.

Selamat mencuba.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon