Jumaat

PANDUAN MENANAM KACANG BUNCIS MANIS

Tags

Kacang buncis merupakan salah satu sayuran buah yang digemari rakyat di negara ini. Mana-mana kedai atau pasaraya ada sahaja menjual kacang buncis. Terdapat pelbagai jenis kacang buncis yang wujud antaranya buncis bulat yakni ditanam secara komersil, buncis leper dan buncis manis serta buncis ungu. Kali ini tanomkinotuan ingin berkongsi pula cara menanam kacang buncis manis. Benih kacang buncis sesuai tumbuh di negara kita tidak seperti menanam lobak merah dan asparagus.

Panduan ini teraplikasi kepada semua jenis kacang buncis dan tanomkinotuan menggunakan benih kacang buncis manis. Panduan yang ditunjukkan di bawah adalah cara menanam kacang buncis manis di atas batas iaitu bagi mereka yang yang mempunyai ruang tanah yang luas.


Mula-mula buat batas mengikut kehendak anda. Tanomkinotuan menggunakan batas kecil (malas punya pasal) kira-kira lebar 1 kaki lebih dan panjang batas pula ialah kira-kira 13 kaki. Tanomkinotuan ukur guna kaki sendiri sahaja. Sebenarnya batas adalah flexsible ikut suka hendak saiz besar atau kecil.


Gembur batas hingga tanah berkepal terlerai. Rumput kering, akar, daun kering dan batu hendaklah dialihkan atau dibuang. Tindakan seterusnya ialah mencampurkan batas anda dengan kompos atau jika ada guna tinja binatang seperti ayam. Kandungan nitrogen pada tinja ayam adalah tinggi berbanding dengan tinja binatang yang lain. Anda juga perlu bubuh serbuk kapur (lime) seperti dalam gambar di atas. Tanomkinotuan hanya meletakkan sedikit sahaja kerana kiraan nilai PH tanah tersebut masih baik iaitu 5.0 seterusnya gaul sebati. Biarkan batas anda dalam tempoh seminggu agar kompos dan kapur sebati dengan tanah.



Setelah seminggu buat lubang dengan kedalaman 2 inci dan jarak antara lubang ialah 1 kaki.


Sebelum menanam anda harus menggunakan benih kacang buncis manis yang sihat tidak rosak atau dimakan bubuk. Tanomkinotuan percaya benih kacang buncis manis tidak ada dijual dikedai pertanian kerana kacang buncis jenis ini hanya ada di sesetengah tempat dan lazimnya ditanam oleh orang kampung secara kecil-kecilan. Walau pun begitu, anda boleh menukarkan benih kacang buncis jenis lain.


Pada lubang yang dibuat itu tadi masukkan 2 hingga 3 biji benih kacang buncis ke dalam lubang. Tanomkinotuan biasa menanam 3 biji benih dalam selubang. Ia adalah mengikut penanam itu sendiri. Boleh juga menanam 1 biji dalam satu luban tiada masalah. Timbus lubang tersebut dan jangan lupa menyiramnya dengan air yang cukup.

Mengikut pengalaman tanomkinotuan, benih kacang buncis manis akan bercambah (tunas muda keluar dari tanah) selepas 4 hingga 6 hari. Lakukan penyiraman dua kali sehari agar benih tersebut cepat bercambah. Seterusnya jaga benih pokok kacang buncis seperti biasa hingga mengeluarkan hasil.

Selamat mencuba.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon