Sabtu

VARIATI CILI DI KEBUN BELAKANG RUMAH

Tags

Terdapat beberapa jenis cili atau lada yang ditanam di Kebun Belakang Rumah. Setiap cili ini ditanam mengikut musim bermula dari bulan Mac tahun lalu. Setiap musim tanomkinotuan menanam cili untuk keperluan dapur dan memasak ikut resepi yang digemari oleh keluarga dan sebagai bekalan dapur. 

Ini adalah lada besar yang pertama ditanam di KBR. Tanomkinotuan menumpuhkan sepenuhnya pokok lada besar ini hingga menuai hasil. Lada jenis ini sangat mudah diserang penyakit tetapi ia mudah bercambah. Untuk menyemai benih ini guna media berkualiti seperti topsoil atau seeds starting-mixes (campuran media awal). Dua minggu kemudian alihkan ke batas yang digembur dan dicampur dengan kompos.

Lada topurak memang wajib ditanam di KBR. Ini bahan utama dalam masakan sayur campur bawang losun. Lada jenis ni mudah bercambah dan tahan sinaran matahari tetapi mudah terkena jangkitan terutamanya apid. Ia boleh disemai mengunakan apa-apa jenis media yang penting ia cukup nutrient.

Ini pula adalah variati cili yang dipanggil sebagai cili bomb ceri. Tanomkinotuan dapatkannya melalui pembelian online. Ia mudah bercambah dan kurang serangan penyakit. Mengeluarkan buah yang banyak disetiap tangkainya. Tanomkinotuan ada menyemai benih dari pokok pertama dan kini ia sudah pun mengeluarkan bunga seperti di bawah ini:

Ini ialah pokok cili bomb ceri di semai dan ditanam menggunakan benih dari pokok terdahulu. Tanomkinotuan mengetahui bahawa pokok cili bomb ceri ini jenis hibrid dan makluman kepada pembaca bahawa benih pokok hibrid yang diambil dari induk pertama tidak produktif bermaksud tidak mengeluarkan buah seperti yang sepatutnya. Kita tunggu dan lihat. Pokok hibrid bermaksud campuran dari dua DNA pokok cili yang lain.

Ini pula adalah cili padi atau juga dipanggil cili burung. Pokok cili padi sesuai ditanam di negara kita dan tahan sinaran matahari. Semai guna apa-apa tanah yang kaya dengan nitrogen dan tanam di atas batas. Cili ini sesuai untuk membuat sambal, sos cili segera dan sesuai ditambah dalam rojak.

Cili terakhir yang ditanam di KBR ialah lada hijau. Ia masih mengeluarkan hasil dan baru pertama kali dituai. Mudah bercambah dan galak menghasilkan buah. Boleh dicampurkan dalam resepi masak lemak untuk menaikkan aroma.

Setiap jenis cili di atas mempunyai peranan dalam kegunaan dapur. Tanomkinotuan akan cuba menanam benih cili yang lain kalau menjumpainya. Usaha menanam cili ini cukup berbaloi dan puas hati sekiranya berjaya. Jadi para pembaca sekalian apa jenis cili yabg ditanam di halaman rumah anda?

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

6 komen

Asalam Jaf terbaik..sangat tersusun ..ruang ulasan masih ada no pengesahan tu..kadang kala tak jelas tu nombor pengesahan bloh buang bah tu. Kita jumpa di keningau kio..

Cari popular post terkini bei supaya timbul blog Jaf di blog saya . Statik dogima tu padahal ada saja Entry baru Jaf ni..

Aik, masih ada lagi ka tu? Sy sudah off kan. Ok nti sy periksa semula... Maksud Etuza cari popular post dalam layout ka?

Macam mana cara penjagaan cili? agar daunnya tidak layu?

Menanam cili tidak susah sebenarnya. Yg penting cukupkan nutrient dlm tanah. Utk elak daun layu pastikan media/batas atau tanah dlm pasu bebas penyakit. Utk itu tuan boleh tabur garam gipsom utk tingkatkan zat magnesium. Tuan juga boleh menabur kapur pertanian (lime) pada batas atau media dlm padu. Dua minggu sekali siram dengan kompos teh (boleh search kat google cara membuat kompos teh), 2 minggu seterusnya siram dgn baja ikan (try search cara membuat baja cecair ikan) di selang selikan dgn baja npk organik yg boleh dibeli di kedai. Cara itu dpt mengelak daun cili mengeriting dan serangan apid. Pokok layu pula elak menyiram hingga tanah terlalu basah. Tanah basah mengundang fungi dan jangkitan pada akar.

EmoticonEmoticon