Jumaat

BUNGA KANTAN: BUNGA RIMBA YANG MEKAR

Tags

Bunga kantan ialah sejenis pokok saka herba yang tumbuh meliar di kawasan hutan tanah tinggi. bunga kantan atau nama saintifiknya dikenali sebagai Etlingera Elatior ini hidup subur pada suhu sederhana sejuk. Ia banyak ditemui di kawasan seluruh Sabah khususnya Tambunan, Keningau, Ranau, Kota Belud, Tamparuli, Beluran, tongod dan kawasan sekitarnya. Pokok bunga kantan juga mudah dijumpai seluruh Asia Tenggara. Pokok jenis berbatang lembut bukan kayu, daun berwarna hijau dengan memanjang. Bunga keluar dari rizom dalam tanah yang muncul memanjang. Bunga berwarna merah jambu dan merah terang. Terdapat juga variati bunga kantan berwarna putih cair. 

Pada Jumaat lalu tanomkinotuan kembali ke rumah dari tempat kerja. Tanomkinotuan dan kawan-kawan akan melalui kawasan hutan yang belum terusik lagi. Sepanjang jalan tanomkinotuan dihidangkan pokok bunga kantan yang hidup subur dengan bunganya yang banyak dan mekar. Apa lagi tanomkinotuan berhenti dan memetik bunga kantan mana-mana tercapai oleh tangan. Tanomkinotuan mampu capai 4 batang bunga kantan dan disimpan langsung masuk dalam beg. Tanomkinotuan terbayang sup ikan yang enak apabila dicampurkan dengan bunga kantan. Haruman bunga kantan mengamit selera.


Pokok bunga kantan atau sebutan tempatan di Sabah ialah topu', atau tompu ini merupakan serumpun dengan keluarga pokok tuhau (pokok kesing), pokok halia dan sewaktu dengannya. Seluruh pokok, daun dan bunganya mengeluarkan aroma yang meyenangkan. Maka tidak hairan mengapa pokok terutamanya bunga kantan ini banyak digunakan dalam tambahan sesuatu resepi.

Lazimnya tanomkinotuan menggunakan sekuntum atau 2 kuntum bunga kantan yang belum berkembang ke dalam campuran sup kepala ikan. Ia memberikan struktur rasa yang cukup menambat selera malah sifat asam pada bunga kantan ini memberikan rasa asam pada sup ikan tanpa menambah bahan seperti asam jawa, asam keping atau tangkup-angkup.

Bagi tanomkinotuan, bunga kantan yang sudah berkembang juga boleh diproduksikan sebagai sayuran dengan menambah segenggam leraian bunga kantan ke dalam sayur campur bawang losun, lada topurak, kodop, hirisan umbut tuhau dan bilis sandakan. Gabungan rasa dan bau bahan-bahan tersebut sangat-sangat mengujakan. Malah bunga kantan yang telah berkembang juga sesuai sebagai bahan campuran dalam resepi serunding tuhau yang enak dan lazat. Serunding tuhau sangat popular di daerah Kundasang. Sekiranya anda sampai ke Kundasang jangan lupa bertanyakan serunding tuhau yang banyak dijual di sana. Sama ada anda memakannya begitu sahaja atau makan bersama nasi bukit atau nasi bario dengan sawi kerinting tumis. Memang padanan yang seimbang.

Selain itu, buahnya pula boleh dijadikan perapan pada ikan yang ingin digoreng. Ia sama fungsinya dengan asam jawa yakni boleh menghilangkan bau hanyir ikan dan menjadikan isi ikan yang digoreng tidak terlalu garing. Caranya kopek kulit buah pokok kantan dan keluarkan biji-bijinya. Biji-biji inilah yang dilumurkan kepada ikan tersebut dan perap dalam setengah jam barulah ikan tersebut digoreng. Amat-amat sempurna.

Menanam pokok kantan adalah dengan menggunakan rizomnya atau benihnya yang sudah matang. Rizom pokok kantan harus ditanam setengah kaki ke dalam tanah dan timbus dengan tanah. Siram menggunakan air yang banyak. Jika menggunakan biji pula, semai terlebih dahulu dalam polibag dan barulah ditanam ke dalam tanah setelah pokok kantan berusia 3 minggu hingga 1 bulan. Pokok kantan boleh tumbuh pada semua jenis tanah termasuk tanah liat yang kaya dengan nutrisi.

Tanomkinotuan dapat jimat wang kira-kira RM4 dengan mendapat bunga kantan secara percuma di hutan belantara. Di tamu-tamu atau pasar basah sekitar kediaman tanomkinotuan, bunga kantan dijual dengan harga RM2 ringgit dengan 2 kuntum bunga seikat. Bolehlah tanomkinotuan merasa bunga kantan keluaran fresh dari hutan belantara pada sup kepala ikan tenggiri nanti.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

8 komen

Dekat Sabah punyalah senang nak cari orang jual bunga kantan.
Dekat Semenanjung kalau bukan musim bila kena time raya hari tu satu kuntum RM8.

betul Diana, pokok kantan di sini masih banyak... penjual2 hanya ambil pokok kantan dari hutan, bukan ditanam pun, jika demikian boleh dapat 5 kuntum RM2 saja.

Di mna ada jual bibit/ anak pokok bunga kantan di Kota kinabalu? berminat nak tanam di halaman rumah.

Hai whisper, selamat datang

cuba jengok nusery-nusery berhampiran atau datang ke tamu-tamu sekitar kk, kadang-kadang mereka ada menjual pokok bunga kantan ni.

Jika masih belum jumpa saya boleh bekalkan anak pokoknya.

Ada jual anak pokok bunga kantan? Saya pun teringin nak tanam di halaman rumah.. boleh infrm saya, 01116712505.terima kasih..

Setakat ini bekalan anak pokok bunga kantan dah habis tunggu membesar anak benih yg baru ditanam. Akan dihubungi nanti.

assalamu'alaikum..

ada jual anak benih kantan? saya berminat... no tel saya 019 5642140

Wa Alaikum Salam Sarina, Terima kasih kerana datang melawat ke blog ini.

Untuk pengetahuan, anak pokok bunga kantan not available buat masa sekarang. Cuma benih bunga kantan ada dijual. RM2.90 1 pek. Anggaran benih 35 biji sepek. Berminat email ke borosmomogun@gmail.com untuk info selanjutnya. Terima Kasih


EmoticonEmoticon