Khamis

SAYUR LAMPAGAK (WILD VEGETABALE HERB)

Tags

Pada pos yang lepas tanomkinotuan ada menceritakan sayur gipun yang tumbuh liar di kebun atau kawasan lapang yang ditinggalkan. Kini tanomkinotuan ingin berkongsi satu lagi jenis sayuran liar (wild vegetable herb) yang lebih enak dimakan sebagai ulam (dicecah dengan sambal/cili pes), masak tumis dan bahan campuran ke dalam sup. Di semenanjung sana terutamanya di Negeri Terengganu sayur ini dikenali sebagai bayam praksi. Emak tanomkinotuanlah yang selalu memetik sayur ini sebelum dibersihkan bagi memberi ruang pokok tanaman seperti kacang panjang, sawi, terong dan kacang buncis hidup subur. Emak tanomkinotuan lazimnya memasak tumis dan sekali sekala dicampur dalam masakan sup ayam.

Kali ini tanomkinotuan sendiri ingin memetik sayur lampagak di kebun getah yang tumbuh meliar. Pokok jenis tidak berkayu dan lembut. Dahan yang banyak dan ketinggian 2 kaki lebih. Daun berwarna hijau gelap manakala batangnya warna crimson. Bentuk bunga sama seperti bunga gipun tetapi ia berwarna merah jambu. Sayur liar lampagak ini juga popular dikawasan seperti di negeri Sarawak dan di Indonesia (Kalimantan). Rasa lembut tidak sekuat sayur gipun. Sayur lampagak dalam nama saintifiknya ialah Emilia sonchifolia.

Mencari pokok lampagak di celah-celah semak tidaklah sesusah mana. Seronok meninjau-ninjau ke kiri dan ke kanan mencari pokok lampagak muda. Di kebun getah ia tumbuh dengan banyaknya tanomkinotuan boleh membuat banyak pilihan yakni petik yang masih muda, elok dan subur. Pokok lampagak hanya sesuai memakan pada daun muda di mana tanomkinotuan petik daun muda atau petik pokok yang masih remaja.

Di rumah tanomkinotuan ambil secekak dan cuci sehingga bersih. Tanomkinotuan celur ke dalam belanga berisi air mendidih selama 2 minit. Jangan lupa letak sedikit minyak zaitun untuk mengekalkan kesegaran warnanya. Susun daun lampagak di atas plat secara bulatan dan letak sambal cili ditengahnya. Siap, sedia untuk dimakan. Sayur lampagak juga enak dimasak tumis isi ikan dan kodop (cendawan sisir) atau masukkan dua cekak daun lampagak ke dalam sup ikan, ayam mahupun daging. Cukup menyelerakan pada yang mencintai makanan herba liar.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

2 komen

1st time tengok sayur ni Carlz, menarik! macam mau juga kucari kalo ada di sini..nampak sedap!

mmg sedap Julie, rasa seperti salad cuma tak pahit.


EmoticonEmoticon