Sabtu

POKOK PUDINA: CARA DAN PANDUAN MENANAM PADA BATAS

Tags

Pokok pudina atau dalam nama saintifiknya dikenali sebagai Mentha Arvensis yang tergolong dalam keluarga Labiatae ini adalah tumbuhan herba jenis pokok berbantang lembut dan beraromatik. Daunnya kecil bujur serta menjalar jika tidak dipotong ini mudah tumbuh di negara kita. Ramai diluar sana yang menanam pokok pudina kerana khasiatnya yang baik untuk manusia. Mereka menanamnya dalam pasu dan diletakkan dikawasan strategik di halaman rumah. Pudina juga berfungsi sebagai penghalau sesetengah makhluk serangga yang menyerang sayuran kita. Oleh itu anda boleh menanamnya bersama sayuran berdaun lain dalam satu batas. Selain pudina pokok herba yang boleh ditanam bersama sayuran untuk menjauhkan tanaman kita dari serangan sesetengah makhluk perosak ialah basil/selasih/kemangi, jenis pokok allium/bebawang seperti bawang kucai, bawang losun dan bawang putih, serta pokok marigold perancis. Berikut adalah cara menanam pokok herba pudina ini di atas batas atau lebih tepat di luar halaman rumah anda langsung pada tanah.

Pokok pudina tidaklah memerlukan cahaya matahari yang banyak cukup sekiranya kawasan yang dipilih itu terkena cahaya pada waktu pagi atau hanya pada waktu petang. Anda boleh menanamnya di hadapan rumah, belakang rumah, tepi pagar atau di kebun mini anda. Pokok pudina tidaklah cerewat tentang suhu dan pencahayaan tetapi pudina akan tidak tumbuh dengan baik jika ditanam ditempat yang langsung tidak terkena dengan sinaran matahari. Jadi kebijaksanaan kepada pembaca untuk memilih kawasan mana yang sesuai.

Tanomkinotuan sarankan kepada semua untuk menanam pokok pudina dari keratan batang. Datanglah ke pasar sayur berhampiran anda dan bertanya mengenai pokok pudina. Belilah seikat dua, jika tidak ditanam pun anda boleh guna dalam campuran resepi masakan anda atau lebih senang dibuat sebagai teh, minum setiap pagi dan sebelum tidur. Ia bagus untuk kesihatan anda.

Sediakan batas 2X2 kaki persegi dikawasan yang anda pilih. Gemburkan tanah hingga menjadi ketulan-ketulan kecil. Buang segala bendasing yang terdapat dalam tanah tersebut seperti akar kayu, ranting dan sebagainya. Lakukan pengemburan tanah ketika musim panas, pengemburan pada musim hujan sangat tidak digalakkan kerana tanah tersebut akan padat semula dan merosakkan struktur tanah. Tambah kompos atau tinja binatang atau kedua-duanya sekali, 5 genggam kompos dan segenggam tinja ayam dan tabur pada batas mini yang anda telah gemburkan. Gaul hingga merata. Pastikan kawasan batas tersebut tidak ditakungi air ketika hujan. Pokok pudina alah dengan kandungan air yang banyak.

Jika tanah anda jenis tanah liat, tambah kompos sebanyak setengah kilo pada tanah dan gembur hingga sebati. Anda juga boleh menambah rumput kering pada tanah tersebut untuk pengudaraan dan saliran yang baik. Rumput kering akan mereput menjadi humus yang kaya dengan nutrisi dan baik untuk pokok pudina anda.

Setelah usai mengembur dan menambah kompos, tanam pokok keratan batang pokok pudina dengan membuat lubang secara rawak ke atas batas sedalam 2 inci setengah. Tanam keratan batang pudina setengah dari panjangnya. Padat-padatkan tanah disekitar pangkal pokok pudina agar udara mampat disekelilingnya. Jangan tanam terlalu dalam takut keratan batang pokok pudina sukar tumbuh dan jangan pula tanam terlalu dipermukaan tanah, takut ia tak tumbuh dengan baik. 

Anda haruslah menyiramnya dengan air yang banyak dan menutupnya dengan jaring hitam atau apa-apa bahan yang sesuai menutupnya selama seminggu. Tujuan menutup dengan jaring hitam ialah supaya pokok pudina tidak mati terkena cahaya matahari yang terik dan ini membolehkan pokok pudina boleh bercambah dengan baik. Lagi pula suhu dan kelembapan di sekitar batas yang ditutup dengan jaring hitam adalah sejuk.

Dalam tempoh percambahan dan pertumbuhan pokok pudina anda, ia sangat memerlukan air yang banyak. Oleh itu jika tanah batas pokok pudina kering anda dikehendaki siramnya agar kelembaban tanah dapat dikekalkan. 2 minggu selepas ditanam pokok pudina anda mulai tumbuh dengan baik. Selepas 3 minggu bubuh baja NPK organik disekitar batas anda. Cabut rumput rumpai dan gembur-gemburkan tanah batas tersebut agar pengudaraan dan serapan baja dilakukan oleh akar pokok pudina secara mudah.

Sekiranya pokok pudina anda sudah panjang dan menjalar potong semula batang yang terlalu panjang agar pokok pudina anda merimbun dengan baik. Dan anda boleh menanam semula atau mengunakannya dalam masakan pada potongan tersebut. Sentiasa memotong pokok pudina agar ia sihat dan rimbun. 

Pokok pudina mempunyai nilai perubatan yang tinggi terhadap manusia. Antara khasiat dan kegunaan pokok pudina kepada kita ialah:

1. Peransang penghadaman pada perut kita dengan lebih mudah.

2. Meransang pengeluaran peluh.

3. Sebagai anti-septik, anti-parasit dan anti-virus yang berkesan.

Amalkan meminum daun pudina dengan merendam 4 hingga 5 helai daun ke dalam air mendidih dan tunggu 5 hingga 10 minit. Minum pada waktu pagi dan petang. Hasilnya amat mengujakan.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

13 komen

Terima kasih atas huraian terperinci. Pokok pudina mudah ditanam.
http://www.tipskey.com/article/growing_mint/

Hai slmt dtg.

Thanks for the info...

Salam perkenalan, saya pun dah tanam pokok pudina...suka tengok dia tumbuh tiap-tiap hari...baunya pun menyegarkan...

Slm perkenalan dn slmt dtg riza...

Tahniah. Oosem kan? Try buat teh pudina. Amalkn setiap pagi mmg baik utk kesihatan. Buat ulam/salad pun ok. Mcm mkn ubat gigi ja. Hahaha

Halo.. Buli sa tanya di mana buli dapat bibit pudina.. Lama suda sa cari mo cuba2.. Di keningau saja sia..

Klo mau boleh cod klo d kgau. Whatsapp sy 019-5320756 harga rm10.00 satu pokok/bayung

Klo mau boleh cod klo d kgau. Whatsapp sy 019-5320756 harga rm10.00 satu pokok/bayung

saya petik, blend with honey n minum. sedap segar dan benar saya banyak berpeluh setelah beberapa hari. rasa sihat segar. peluh pun tak berbau.

Assalamualaikum wmbt
Nak tanya
Kalau tanah kebun tanah merah dah potong tak ada topsoilnya lagi, maksud saya tinggal tanah merah yg keras tapi masih ada sedikit berpasir, tanaman apakah yg sesuai ditanam disitu
Terima kasih admin dan semua

Tak ada masalah, anda boleh bercucuk tnm kt tanah tu dgn membaikpulih tanah tersebut. Buatlah batas gembur tanah. Tabur tinja ayam atau kompos bnyk2 biar tnh tu jd subur. Jgn lupa tabur kapur pertanian. Tanah tersebut kembali pulih sedia kala. Elok guna ph meter utk periksa ph tanah tersebut. Ph tanah normal ialah 6.8 - 7.0

Boleh tnm apa2 sayuran kat situ. Yg ptg penyiraman dan pembajaan. Cuma klo anda nk tnm secara ladang antara tnmn yg baik ialah jagung, bendi, timun dan sebagainya. Slmt mencuba

Biji benih pudina dijual kat mana?

Kami ada menjual pokok pudina di Seri Kembangan.
Wassap 012-3209815


EmoticonEmoticon