Ahad

HASIL TUAIAN SAYURAN DAN BUAH HARI INI.

Tags

Hujung minggu ni tanomkinotuan tidak ke mana-mana, hanya duduk di rumah sambil menonton rancangan-rancangan yang bersiaran di astro dan menyiapkan sedikit kerja-kerja tugasan yang saban hari semakin menimbun. Ingatkan bolehlah tidur memanjang tapi siap tugasan yang lain datang pula kerja baharu, nak tak nak kena siapkan juga ikut date line. Periuk nasilah katakan.

Namun pagi tadi, tanomkinotuan ke KBR mencari sumber sayuran untuk dimasak tengahari ini. Sayuran seperti sawi komatsuna nanane, sawi komatsuna rafido dan sawi hirosimana sudah habis dituai minggu lepas masa tanomkinotuan tidak ada di rumah. Makanya gambar sayuran tersebut tidak dapat di pos disini untuk tatapan umum. Apa yang tinggal cuma sawi bunga jepun, sawi kerinting dan sawi bak choi. Tanomkinotuan juga selitkan beberapa sayuran dan buah yang dituai sebelum ini. Saja untuk tatapan pembaca sekalian.



Ini adalah ubi sengkuang yang dituai di KBR pagi ini. Selain di KBR tanomkinotuan juga ada menanam sengkuang di KG yang telah dituai sebelum ini. Bila tanomkinotuan bandingkan saiznya, ubi sengkuang di KG lagi besar berbanding di KBR sedangkan tempoh menanam pada hari yang sama. Mungkin tanah kebun lebih subur berbanding tanah laman.


Ini pula ialah buah zucchini, hasil tuaian pertama di KBR. Pokok zucchini hanya dua pokok saja yang tumbuh dan kedua-duanya sedang berbuah sekarang walaupun sepokok itu agak ketot pertumbuhannya berbandin pokoknya di sebelahnya.



Buah roselle ini pula dituai di KG, terdapat dua pokok roselle yang kini galak berbuah. Jadi bolehlah tanomkinotuan proses jus roselle untuk minum petang.


Dan terakhir sekali adalah sawi kerinting dan sawi bunga jepun. Maaf sekiranya alas sayuran tersebut menjijikkan anda tetapi ia adalah karung bersih.

Gembira rasa dengan hasil tuaian ini. Tanomkinotuan kena tunggu dahulu sayuran dituai baru menanam semula sebab sudah terlalu penuh dengan tanaman hingga pokok jagung pulut dekat pokok mulberi terbantut pertumbuhannya. Hendak dicantas pokok mulberi tersebut tetapi baru saja dicantas baru-baru ini, lagi pula ia masih berbuah. Harap pokok jagung pulut tanomkinotuan dapat hidup dengan baik.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

5 komen

Bila menanam memang tak ingat dunia. Samalah ngan saya. Tapi hasil tuaian tu banyak sungguh. Puas kan makan sayur sendiri.. Aku tengah tunggu benih water chestnut ni or nama lain sengkuang cina.

Begitulah kan falraisi, sanggup berpanas tuk siapkn kerja. Bolehlah buat bekalan dua tiga hari. Eh! Beli benih water chestnut di mana? jadikn kerepek mmg sedap cecah sos cili.

assalamualikum tn.
pokok roselle yg saya tanam ni kira dah pusingan yg ke3 tetapi lgsung x berbuah berbanding yg sblm ni. gemuk dan lebat daun tp lasung tk keluar bunga. apa nak dibuat ya? dah cuba buh kulit pisang, kulit telur n last week try buh baja buah. sblm ni sy x penah guna baja kimia.

Wa alaikum salam..

Pokok dah brpa usianya? Ada tak terhasil putik bunga dan gugur? Atau langsung belum ada tanda2 berputik. Try bubuh buah, guna yg organik jika avoid baja jenis kimia

Wa alaikum salam..

Pokok dah brpa usianya? Ada tak terhasil putik bunga dan gugur? Atau langsung belum ada tanda2 berputik. Try bubuh buah, guna yg organik jika avoid baja jenis kimia


EmoticonEmoticon