Ahad

PANDUAN MENYEMAI BENIH SAWI PUTIH TAIWAN (PAK CHOI)

Tags

Sawi Putih Taiwan atau Pak Choi adalah sayuran berdaun yang dikategorikan sebagai sayur Asian Green. Sawi ini cukup lazat dan bernutrisi kepada kita. Pelbagai cara memasaknya seperti tumis, panggang dengan minyak, rebus beberapa minit atau celur dan makan sebagai salad atau sayur ditumis mengikut kehendak resepi sendiri. Rasa dan struktur yang ringan memang mengamit selera. Boleh juga dimasak bersama mee goreng atau nasi goreng. Sawi putih taiwan seperti sayur dalam kumpulan Asian Green sangat mudah disemai dan tidak cerewet. Tahukah anda cara menyemai sawi putih taiwan?

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Benih sawi putih taiwan.

2. Cup plastik terbuang atau apa-apa bekas semaian yang sesuai.

3. 2 cup tanah topsoil/tanah atas.

4. 1 cup pasir sungai.

5. 1 cup kompos.

6. 1 cup cocopeat atau habuk kayu.

Cara penyediaan menyemai benih sawi putih taiwan:

1. Campurkan tanah topsoil, pasir sungai dan kompos serta cocopeat (serbuk kelapa) di dalam satu bekas. Gaul hingga sebati.

2. Masukkan media campuran tersebut ke dalam cup sehingga penuh dan padat-padatkan sedikit.

3. Tabur benih sawi putih taiwan di atas media dan timbus senipis tanah Lalu siram dengan air secukupnya.

4. Simpan cup anda di kawasan terdedah kepada matahari dan selamat untuk memudahkan percambahan. Sawi putih taiwan anda akan mula bercambah pada hari ke-3 hingga hari ke-7. Selepas 2 minggu atau lebih anda sudah boleh mengalihkannya pada batas atau dalam pasu yang sesuai.

Tips menyemai sawi putih taiwan:

1. Media harus senantiasa lembab dalam tempoh percambahan. Spray atau siram sedikit air jika tanah kelihatan kering.

2. Berhati-hati kepada serangan semut kerana semut menyukai benih sawi. Hapuskan semut atau alihkan cup anda ditempat selamat.

3. Sekiranya anak benih anda berbatang panjang (laggy), dedahkan kepada matahari selama 1 jam pagi dan petang selama seminggu atau sehingga benih sawi benar-benar kuat dan kukuh.

4. Anda masih boleh menggunakan tanah di halaman rumah anda dengan syarat menambah kompos atau tinja binatang terproses dan perlu didedahkan pada sinaran matahari untuk membunuh mikrob jahat.

5. Guna benih yang elok dan sihat dan bukan benih yang melebihi tarikh luput.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

2 komen

assalamualaikum

tuan, saya mencuba tanam sayur atas rised bed dari campuran top soil dan daun reput. pokok subur, cuma masalahnya belalang kecil sangat berselera memakan daun-daun sayur. saya tidak menggunakan racun serangga. saya pernah tanam selasih sekali di atas batas sgb companion plant, tetpi tak berhasil. yang selamat hanya bendi dan cili. buncis jd sasaran belalang kuning yng tersangat geuk.

Adakah raised bed tuan berhampiran dgn rumah atau dilaman rumah? jika ya tuan boleh datang ke raised bed pada jam 9 hingga 10 malam dengan meneliti belalang tersebut dan kutip/bunuh. Itu sahaja cara terbaik jika tuan mengamalkan penanaman organik. Cara ini saya amalkan kerana sayuran hanya ditanam di laman rumah. Tiap malam saya kutip belalang tersebut dan beri makan kepada ikan dalam kolam dan ia berhasil. Atau tuan beli racun serangga organik dan sembur pada sayuran anda mengikut aturan yang ditetapkan dalam pembungkus. Semoga maju jaya


EmoticonEmoticon