Jumaat

PANDUAN MENYEMAI BENIH TOMATO DALAM POLIBAG

Tags

Tomato adalah jenis sayuran buah berasal dari Amerika Selatan. Kaum Red Indian (kaum Maya dan Ingca) sudah menanam dan memakannya sebagai sayuran 1000 tahun silam. Penjajah Pertugis dan Spanyol telah membawa benih ke negara mereka dan menyebar ke seluruh Eropah dan dunia. Menanam tomato di halaman rumah sangat mengujakan. Berikut adalah cara menyemai benih tomato.

Pilih variati tomato yang sesuai tumbuh di kawasan tanah rendah seperti brandywine, tomato ceri (mini beafsteak tomato) atau tomato telur. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 10 hingga 15 biji tomato

2. Satu beg plastik polibag sederhana besar.

3. 2 gelas tanah topsoil/tanah atas.

4. 1 gelas pasir sungai.

5. 1 gelas kompos/tinja ayam reput.

6. 1 gelas peat-moss.

7. Air secukupnya.

Cara penyediaannya: 

1. Potong 2 polibag anda di tengahnya.

2. Campurkan tanah topsoil, pasir sungai, kompos dan peat-moss ke dalam 1 bekas dan gaul merata.

3. Masukkan media campuran ke dalam polibag yang dipotong tadi dan padat-padatkan sedikit.

4. Tabur benih tomato di atas permukaan tanah timbus dengan sedikit tanah. Jangan terlalu tebal.

5. Siram benih anda dengan air yang cukup. Letakkan polibag anda di tempat selamat. Tunggu hingga benih anda bercambah. 2 atau 3 minggu anak pokok anda sudah boleh dialihkan ke batas atau pasu besar.

Anda boleh gunakan apa-apa bekas yang sesuai seperti tupperware terbuang, cup aiskrim plastik, kotak susu sekolah dan sebagainya. Jika anda mempunyai bajet lebih anda boleh gunakan media semaian campuran perlite (abu volcano) untuk mengantikan pasir sungai. Kebaikan perlite adalah untuk menyerap lebih banyak oksigen ke dalam tanah untuk diserap oleh tumbuhan. Atau anda boleh menggunakan bahan media di bawah jika bahan-bahan ini mudah diperolehi di tempat anda:



1. 2 bahagian kompos asli (manure green atau manure dari tinja binatang terproses). Jangan guna kompos bakar yang banyak dijual di kedai.

2. 1 bahagian perlite (abu volcano).

3. 1 bahagian vermiculite.

4. Setengah bahagian peat-moss.

Campurkan kesemua bahan di atas dan masukkan ke dalam bekas semaian. Tabur benih tomato dan timbus senipis tanah. Siram dengan air secukupnya. Hati-hati dengan semut yang suka bersarang dalam media semaian anda. Ia boleh membunuh anak pokok tomato tersebut.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon