Rabu

CARA DAN PANDUAN MEMBUAT SERUM EM1 (EM1 INOCULANT MICROBIAL)

Tags

Entry lepas tanomkinotuan ada berkongsi maklumat mengenai apa itu EM1 dan manfaat kepada alam. Hari ini tanomkinotuan fokuskan kepada cara pembuatannya berdasarkan panduan bergambar di bawah. 

Walaupun tanomkinotuan menggunakan 3 jenis baja cecair seperti teh kompos, baja cecair ikan dan yang terbaru adalah serum EM1, tanomkinotuan lebih menyukai serum EM1 kerana kelebihannya lebih baik berbanding dengan 2 jenis baja cecair di atas. Tidaklah tanomkinotuan menidakkan kebaikan teh kompos dan baja cecair ikan. EM1 inoculant microbial sangat mahal di pasaran lebih-lebih lagi EM1 import, jadi apa kata anda berekperimentasi membuat EM1 di rumah. Berikut adalah cara dan panduan membuat serum EM1 di rumah.






Sediakan setengah mangkuk beras, air tanpa klorin, botol nescafe dan penapis. Susu segar tanomkinotuan tak sertakan dalam gambar kerana seminggu kemudian barulah bahan tersebut diperlukan.


Masukkan beras ke dalam satu bekas bertutup, tuang air tanpa klorin kira-kira 100 ml. Tutup botol tersebut hingga ketat dan goncang botol tersebut hingga air bertukar menjadi putih cair. Asingkan cecair dan biji beras dengan menggunakan penapis. Cecair beras tersebut dimasukkan ke dalam botol nescafe dan tutup dengan kejap. Simpan botol tersebut di tempat gelap seperti dalam almari atau seumpamanya selama 1 minggu.



cecair beras yang ditapis

Apabila genap 7 hari, tapis cecair tersebut dan masukkannya ke dalam besen atau bekas seumpamanya. Tambah susu segar dengan nisbah 1:10 di mana 1 bahagian untuk cecair beras dan 10 bahagian untuk susu segar. Jika susu segar sukar diperolehi, anda boleh guna susu dalam kotak atau boleh juga menggunakan susu tepung tetapi kualitinya tidak sama dengan kualiti yang menggunakan susu segar. Nisbah jika menggunakan susu dalam kotak atau susu tepung ialah 1:15. Simpan balang tersebut di tempat selamat dan biarkan selama 1 minggu lagi.



Susu segar dicampurkan bersama
dengan cecair beras.

Genap 1 minggu kemudian didapati botol yang mengandungi campuran cecair beras dan susu segar mempunyai ketulan putih di atasnya menandakan ia sudah bersedia untuk proses seterusnya. Tapis cecair anda untuk mengasingkan ketulan putih tersebut pada bekas yang lain.  
genap ditapai selama 7 hari

Ketulan protein di permukaan
atau curd.


Cecair serum EM1, gula perang dan
Ketulan protein (curd)

Sukat serum EM1 anda dan begitulah kuantiti jumlah gula perang yang anda gunakan. Contohnya, jika cecair serum EM1 anda berjumlah 400 ml maka gula perang juga ialah 400 gram. Bubuh lebih sedikit gula perang pun tak apa. tuangkan cecair EM anda ke dalam satu bekas dan campurkan gula perang ke dalamnya. Gaul hingga gula perang sebati pada cecair EM1. Sekirannya ada silap menyukat jumlah gula perang ke dalam cecair serum EM1, akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.


Serum EM1 sudah siap
dan sedia untuk digunakan.

Tuangkan campuran tadi ke dalam botol mineral 1.5 liter dan serum EM1 anda selesai. Simpan di tempat selamat. Pada gambar di atas terdapat 2 botol serum EM1 diproses secara berasingan. Botol kurang gelap tak cukup gula perang menyebabkan baunya kurang sedap (aromanya memualkan) manakala botol sebelah kiri pula (warna gelap) baunya sedap seperti bau gula perang bercampur dengan aroma keju. Macam tulah. Haha

Cara gunanya pula ialah tambah 2 sudu serum EM1 ke dalam 1 liter air tanpa klorin dan sembur atau siram pada tanaman anda.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

26 komen

Whoaa...bagus ni. Berapa kerap kena sembur Carlz n sukatan tu untuk satu pokok ke?

Sembur 2 minggu sekali pada tanaman. Sukatan tu umum dan tidak dikhususkan utk satu pokok.

gula perang tu boleh diganti dgn gula merah ke?

Hai Koolman! Terima kasih kerana singgah.

Untuk hasil yang baik guna gula perang atau molussa saja tp jika sukar memperolehinya boleh guna juga gula merah.

Hi. Lepas yang proses kedua, susu di tapis asing curd tu then campur gula merah terus boleh guna? Atau mau perap lagi?

Seeloknya biarkan semalaman barulah diguna utk hasil maksima.

Assalamualaikum, sy nak tumpang tanya. Sekiranya sy ingin buat EMAS, 1 liter EM1, 1 liter gula merah/perang, 18 liter air tanpa klorin dan sy campurkan sekali dgn minuman yakult 5 botol, apa akan jadi dgn EMAS sy? Soalan sy yg ke2, selepas selesai proses penapaian antara susu segar dan air beras (tapai) terhasil sekali protien curd, adakah curd itu akan dicampurkan sekali sewaktu ingin menghasilkan EM1? Terima kasih...

Kepada Anonymous (16 June 2015 at 19:10)

Jawapan pertama:

X masalah, Emas anda dalam keadaan baik cuma kandungan bakteria Lakto tu banyak sangat sbb ditambah lagi dgn yakult. Dicadangkan emas anda perlu diperam terlebih dahulu sekurang-kurangnya 1 hingga 2 minggu agar penguraian berlaku ke atas yakult untuk kesan yang baik barulah boleh digunakan. Cuma pandangan saja ni.

Jawapan kedua:

Curd tu harus dibuang je, tak perlu campurkan ke dalam cecair EM1 tu. Curd tu bolehlah tambah dalam timbunan kompos anda jika ada atau letak je pada pokok buah-buahan di laman rumah atau pokok bunga. Ia akan menjadi baja di kemudian hari.

baja ni ada tarikh luput tak @ jangka hayat tertentu...tq

Kepada Anonymous 25 June 2015 at 13:23

Serum EM1 anda boleh bertahan sehingga 6 bulan hingga 3 tahun mengikut cara anda memprosesnya. Simpan dlm peti ais utk tahan lebih lama.

salam ..bekas ditutup rapat atau kene ada aliran udara?

wa alaikum salam, penutup boleh ditutup rapat. Setelah dua hari atau tiga hari buka penutupnya dengan hati-hati bagi membebaskan gas yang terkumpul di dalamnya.

Terdapat juga mereka yang biasa membuat EM1 ini tidak pun menutup secara ketat penutup botol itu alasan mereka ialah takut botol atau bekas pecah atau seumpamanya. Tapi keburukannya benda asing akan masuk atau pun lalat mudah bertelur di tepinya menyebabkan EM1 anda rosak.

Saya cadangkan anda untuk menutup penutupnya dgn ketat dan bebaskan gas di dlm botol setelah 3 hari kemudian,

Harap membantu.

Salam.. Kalau em masam.. Maknenye bagus.. Tp kalau baunya kurang menyenangkan.. Bole pakai atau kene buang..

Klo aromanya bau tengik. Buang saja sbb mikrob jahat ada di dlmnya. Takut rosakkan tanaman.

Klo aromanya bau tengik. Buang saja sbb mikrob jahat ada di dlmnya. Takut rosakkan tanaman.

Sy punya setelah ltk gula merah.. Dibiarkan semalam.. Dia punya bau mcm bau jeruk.. Warna gelap cantik.. Ok ke atau tak..

Wow.. Terima kasih tuan.. dengan panduan yang mudah difahami..

Salam tuan..
Projek ke2.. Setelah susu dicampurkan dengan air beras kelihatan banyak ulat disekeliling botol hingga ke dalam botol tuan..
Penyelesaian.. Harus dibuang atau masih boleh dipakai..

Terima kasih

Aromanya masih ok? Klo ok tapis saja airnya dan peram smpi seminggu. Ni kes lalat berjaya bertelur kat peraman EM tuan. Simpan ditempat selamat sehingga lalat2 x berjaya bertelur pd botol. Semoga berjaya.

apabila air beras dicampur dengan susu segar didapati ketulan susu brkumpul di bawah dan tidak di atas seperti yang ditunjukkan dlam gambar. Adakah proses saya itu berjaya atau sebaliknya?

Jika cecair tersebut baunya masih elok. tapis dan proses seperti biasa dgn menggunakan kuantiti gula perang yg banyak. moga berhasil.

Salam..sy nak tanya kalau em1 tu ade kulat2 putih diatasnya bau still masih elok boleh guna x?

Boleh yg ptg bau tak berubah. Jika bau dah berubah itu tandanya EM dh rosak atau dicemari.

Hai carlz.... Ada jual yg readykah? Sy nak guna dengan kadar segera. Kalau tunggu sy buat.. Terpaksa tunggu dua minggu baru dapat...


EmoticonEmoticon