Ahad

BENDI MERAH DI KBR

Tags

Tahun lepas tanomkinotuan pernah menanam bendi kampung dan bendi tanduk kambing. Kedua-duanya berwarna hijau tetapi kedua saiz dan bentuk berbeza. Kali ini tanomkinotuan mencuba menanam bendi merah pula yang di tanam di KBR. Pokok bendi adalah mudah tumbuh di negara kita. Bendi merah atau bendi hijau dari segi rasa, struktur tidak jauh beza antara satu sama lain. Cumanya warna pokok bendi merah ialah berwarna merah terang termasuk batang, batang daun hingga buahnya.

Berusia 5 hari

Tanomkinotuan menanamnya di batas, batas bekas tanaman sawi kerinting sebelum ini. Tanomkinotuan gembur ala kadar saja dan tabur sedikit kompos. Batas tersebut masih gembur lagi. 18hb Mac 2015 benih bendi merah di semai. Pada 22hb Mac 2015 benih tersebut sudah bercambah di masa tempoh kemarau panjang masa itu. Gambar di atas gambar benih bendi merah kurang jelas.



Anak pokok bendi merah kini berusia 1 minggu 2 hari. Daun sebenar sudah muncul. Sesambil tanomkinotuan tanam anak pokok sawi kerinting yang nampak layu di batas. Anak sawi pokok kerinting baru ditanam pada waktu pagi dan tidak diletakkan teduhan. Pada masa ini tanomkinotuan bubuh baja NPK organik, tabur disekeliling pokok setelah digemburkan dan siramdengan air agar proses serapan baja lebih cepat. Gambar ini diambil pada 29 Mac 2015.




Pokok bendi merah semakin tumbuh galak. Selepas berminggu-minggu tidak hujan. Pada 04 April 2015 hujan mencurah turun, Alhamdullilah. Sawi kerinting pun nampak hidup dengan kelembapan tanah yang cukup. Tanomkinotuan juga tabur benih bayam hijau bulat kerana kekurangan tempat. Gambar di ambil pada 05 April 2015.







Bulan April ni sekali sekala hujan turun memberikan kesegaran kepada tanaman termasuklah pokok bendi aka okra merah. Minggu lepas sebelum gambar di atas diambil, tanomkinotuan bubuh kompos kelapa sawit (palm oil compost) dan menyiramnya dengan baja cecair ikan terutama pada tanahnya. Ini agar tanah lebih produktif dan subur dengan kandungan mikroorganisma berfaedah menguraikan bahan kompos serta membebaskan kimia yang diperlukan oleh akar pokok bendi. 

Pokok sawi kerinting pun sudah sesuai untuk dituai. Untuk makluman,sawi kerinting tidak sesuai ditanam bersama pokok bendi kerana rimbunan yang menyebabkan pokok sawi kerinting terbantut pertumbuhan tetapi sawi kerinting ditanam bersamanya tumbuh dan membesar dengan baik.




Pada 27 April 2015 pokok bendi tanomkinotuan di KBR mula berbunga dan menghasilkan buah. Pokoknya sangat besar dengan daunnya lebar tanpa gangguan makhluk perosak. Pada masa ini sawi kerinting sudah dituai,hanya tinggal pokok bayam hijau bulat.



Inilah buah bendi merah pertama yang terhasil.Warna merahnya sangat shinning menandakan ia masih muda dan sudah boleh dituai. Buah bendi merah cepat membesar. Dua hari sahaja sudah panjang kira-kira 4 hingga 5 inci. Jika lewat menuainya ia akan menjadi keras dan tidak sesuai untuk dimakan.




Beberapa buah bendi merah dituai di KBR. Bolehlah dicampurkan ke dalam resepi kepala ikan masak kari pada petang nanti. Ia sudah memadai kerana usaha menunggu selama ini membuahkan hasil. Pokok bendi merah tanomkinotuan masih lagi membekalkan buah-buah segar kepada dapur tanomkinotuan dan sebiji dua biji akan dimatangkan untuk dijadikan benih pada musim penanaman akan datang. Apakah tuaian sayuran anda pada hari ini?

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

4 komen

pagi ni dapat lah petik bendi sepinggan. buat lauk malam ni

daun bendi berkarat/terbakar apa punca ya?

hi Asan,

Dapat makan buah bendi percuma tanam sendiri. terbaiklah Asan.

Mengenai serangan daun berkarat/terbakar berkemungkinan serangan namatod dari akar atau kekurangan nutrien. buang daun terbakar tersebut dan jika anda rasa tanah kurang nutrien tambah kompos dan siram. Pastikan tanah tidak kekeringan. Ini hanya andaian dari saya. sebab belum pernah mengelami pengalaman daun bendi seperti itu jadi saya tidak dapat memberikan maklumat yang tepat.

Ok tq. Agak mushkil sebab semua dari mula tanam sampai ke batch sekarang. Banyak kena. Biasanya kat daun sebelah bawah. Apapun tq ok


EmoticonEmoticon