Isnin

Cara Mencambahkan Benih Epal Royal

Pokok epal atau nama saintifiknya ialah Malus domestica adalah tumbuhan saka berbuah dalam kumpulan Rosaceae yang tumbuh di negara-negara yang mempunyai empat musim seperti di negara-negara Eropah, China, Jepun dan Timur Jauh. Negara kita lazimnya mengimport bertan-tan buah epal ini untuk pasaran ke seluruh negara. Pernahkah kita terniat dalam hati untuk menanam benih epal yang kita beli di pasaraya? terdapat pelbagai variati buah epal yang dijual antaranya epal royal, epal merah, epal hijau dan sebagainya. Tidak salah tanomkinotuan di Malaysia hanya ada dua ladang menanam epal secara komersil seperti di Kedah dan di Ba'kelalan, Lawas Sarawak di samping individu menanamnya secara persendirian kerana minat terhadap pokok epal yang ditanam di laman rumah. Banyak blog berkisar tentang menyemai benih epal, anda boleh baca sendiri.

Tanomkinotuan ada membeli epal di pasaraya berhampiran yang lepas dari variati epal royal. Seperti pembaca juga, tanomkinotuan meminati memakan buah epal yang ranggup dan masam-masam manis begitu. Tidak perlu diproses menjadi salad atau apa-apa resepi yang sering dibuat oleh orang lain, cuci buah epal bersih-bersih, gigit dan kunyah hingga selesai. Lagi nikmat dirasa.

Dengan semangat membeli dan melantak buah epal bersama adik tanomkinotuan, tanomkinotuan mencuba untuk menyemai 4 biji benih epal yang terdapat pada buah yang baharu sahaja selesai di makan. Hanya mencuba saja kalau-kalau ia boleh bercambah. Tanomkinotuan sediakan habuk kayu (jika tidak ada anda boleh mengantikan peat-moss, cocopeat atau kompos terproses) yang dimasukkan ke dalam cup palstik bersaiz kecil bertutup, Tanomkinotuan sembur habuk kayu tersebut dengan serum EM1 buatan sendiri agar ia sedikit lembab dan tidak terlalu basah. Langsung saja 4 benih epal tersebut dibenamkan ke dalam cup plastik tersebut dan simpan di dalam peti sejuk. 

Maaflah sebab gambar proses awal penyemaian benih epal ini tidak ada sebab tanomkinotuan tidak terfikirpun hendak mengambil gambar sebenarnya. 




Kira-kira 2 minggu kemudian, tanomkinotuan menjenguk semula pada cup plastik tersebut dan melihat kondisi benih epal royal di dalam peti sejuk sama ada bercambah atau tidak. Alangkah terperanjat di mana 2 benih dari 4 benih epal tersebut sudah mengeluarkan akar aka bercambah. Gambar di atas menunjukkan benih epal royal bercambah dengan akar berwarna putih sudah pun keluar beberapa inci dari benihnya, teruja tanomkinotuan. Dengan keadaan benih epal royal tersebut, tanomkinotuan menyediakan media untuk menyemainya secara normal. 





Tanomkinotuan menggunakan cup plastik saiz sederhana besar (cup plastik minuman) dengan menggunakan tanah di laman rumah yang digaul bersama kompos buatan sendiri. Selepas itu tanomkinotuan membuat lubang kira-kira setengah inci lebih kurang dapat membenamkan benih epal yang bercambah itu ke dalam tanah. Pada gambar di atas pula, tanomkinotuan sengaja meletakkan benih epal tersebut di atas permukaan media untuk tatapan para pembaca di luar sana. Jika tanomkinotuan mengambil gambar di mana benih epalnya sudah dibenamkan ke dalam, agak kurang feeling la katakan.

Selepas di benamkan ke dalam tanah, tanomkinotuan siram menggunakan air secukupnya dan cup plastik tersebut diletakkan di tempat selamat dengan area tersebut masih terkena bahang matahari bagi mempercepatkan proses percambahan dan pertumbuhan. 





Lebih kurang seminggu setengah, benih epal royal sudah tumbuh dengan baik dan mula mengeluarkan daun yang sebenar. Pada gambar di atas pula satu anak pokok sudah kelihatan membesar manakala sebiji lagi kulit biji tersebut belum tertanggal sepenuhnya. Cuma perhatikan dengan teliti di manakah kedudukan anak benih epal yang satu lagi dan masih bertungkus lumus untuk tumbuh dengan baik?

Percubaan tanomkinotuan menyemai benih epal adalah tidak dirancang sebenarnya. Ia hanya terdetik dalam hati tanomkinotuan. Selalunya tanomkinotuan akan rancang terlebih dahulu entry-entry yang ingin dimasukkan ke dalam blog agar info dan maklumat jelas dan nampak tulin. Walau bagaimana pun, tanomkinotuan tidak menaruh harapan yang tinggi pada anak pokok epal ini, jika ia berjaya tumbuh menjadi pokok besar pada suatu hari nanti dan mengeluarkan buahnya, tanomkinotuan bersyukur apa yang diberikan kepada tanomkinotuan dan sebaliknya pula tanomkinotuan pasrah tentang keadaan.

Jika anda ingin menyemai benih epal, ikuti kaedah yang dijelaskan di atas dan pilih buah epal yang dijual di pasaraya di mana buah yang masih segar dan tidak disuntik dengan ubat pencegah benih bercambah. Untuk makluman, biasanya buah epal import ini akan disuntik dengan sejenis bahan kimia untuk benih epal tidak bercambah bagi kepentingan ladang syarikat berkenaan dalam jangka masa panjang. Anda mesti faham apa yang saya maksudkan dan kadang-kadang juga buah epal ini juga akan disuntik bahan kimia untuk ketahanan buah tersebut bila sampai ke pasaran di negara kita. Maka dengan itu untuk hasil yang memuaskan pilih buah epal yang dirasakan tidak ada suntikan apa-apa hormon atau bahan kimia padanya.

Apa kata ubah angin anda untuk mencuba mencambahkan benih epal yang baru selesai di makan. Tidak luak sebenarnya. Jika berjaya maka rezeki anda dan jika sebaliknya jangan gusar dan bersedih. Beli saja buah epal di pasaraya untuk menikmati rasa epal yang ranggup dan enak.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

44 komen

Perkongsian yang bagus Tuan Carlz Jafran. Banyak saya belajar daripada blog tuan ini.

Sedikit pembetulan, buah epal tidak disuntik apa-apa untuk kekal segar sehingga selamat sampai di Malaysia. Boleh google' post-harvest of apple'.

Biji benih yang tak bercambah mungkin perlukan rawatan sejuk untuk memecahkan dormansi biji benih tersebut.

Hai! Izham Alias, selamat datang

Terima kasih atas info tersebut.

Saya berjaya tanam sendiri juga..tapi tak pastilah besar mana pokok tu akan hidup. Kalau nak lihat gambarnya singgah di blog saya http://azpilus.blogspot.my

saya baru jumpa biji epal bercambah dalam buah yang baru dibeli
jadi saya terus tanam dalam jiffy
harap terus membesar
buah ini dari amarika

jamy

In Sha Allah pokok tersebut membesar dgn jayanya asalkn media sihat tak membawa penyakit. Setakat ini reput akar selalu menyerang pokok epal saya. Setakat belalang memakan daun tu masih boleh pejam2 mata.

Salam. Saya pun baru buat kickstart projek tanam epal. 1 mei tahun lepas. Mula try Fuji. Sekarang dah ada gala, matsu, jazz, pink lady, rosalynn and sikit yg lain. Dari pengalaman saya granny smith mmg n pink lady paling susah nak hidup. Kata grocer and tesco selalu jual variety yg berbeza ikut bulan, kalau nak cuba. Setakat yg saya tanam di Bangi n Pusing Perak idup sehat je pokoknya. Potted pun dalam 30 pokok lagi. Penjagaan selepas 1 thn dah x susah

cuba pula semai biji anggur
saya ada cuba, baru dapat satu pokok saja tumbuh
anggur ini dari amarika warna merah hitam
mencabar bila semai biji biji buah dari luar negara

jamy

Wah ni dah boleh buka nusery tnmn epal ni. Tahniah tuan.

Wah ni dah boleh buka nusery tnmn epal ni. Tahniah tuan.

Terlebih byk pasal artikel yg saya baca ckp dlm 80% biji epal yg dicambahkan akan mati. Jadi saya try byk2. Almost semua menjadi. Tu terlebih2

Anggur saya mmg dah tanam. Pokok pertama tanam cucuk dari batang, 10 tahun lebih dah umurnya. Di panas terik Ipoh pun berbuah x henti2. Cuma kecik la

Tak tau la cham. Tp sy semai mmg betul, sepuluh biji semai 4 jer bercambah purata tu blm tolak anak pokok layu dn mati. Masalah media kot?

salam

ada sesiapa yang tahu umur berapa tahun pokok epal yang ditanam dari biji mula belajar berbuah
TK

jamy

Pokok epal yg di tnm dari benih ambil masa berbuah antara 8-10 tahun ikut variati. Tp itu pun buahnya x sama dgn buah pokok induk.

oh alangkah malangnya nasib hamba
tidak ada kaedah lain kah nak bagi pokok ni cepat
berbuah selain dari kaedah grafting

mcm tulah kiranya tuan, nak cepat berbuah buat grafting dgn menggunakan pokok grafting juga bukan dari pokok yg disemai dari benih.

pada pendapat saya, pokok dari benih berkemungkinan boleh mengadaptasi dengan keadaan sekeliling lebih baik dari pokok grafting. jadi jika nak cuba nasib dgn pokok yg mampu berbuah lebih baik dari biji benih.cuma kena ikut nasib la. dan bertahun baru boleh tahu.

Ya betul, lagi pula tidak ada rujukan yang terbaik digunakan untuk pertumbuhan epal di negara kita so kena tunggu jerlah pokok tu berbuah... kebanyakan info dtg dari persekitaran negara-2 belah sana.

terima kasih atas maklum balas tuan puan itu
semoga kita termasuk dalam golongan orang yang banyak sabar

jamy

ada kemungkinan kah buah dari luar negara yang dijual dipasaraya berasal dari pokok yang di tut (air layering)

salam
yang mana lebih elok ditanam pokok grafting atau tut
adakah biji dari pokok tut bila ditanam akan mengambil masa singkat untuk berbuah

jamy

wa alaikum salam..

Paling baik adalah grafting. Pokok tut yang ditanam menggunakan keratan batang induk asal lebih baik dan cepat berbuah berbanding tut dari tanaman melalui biji benih.

Assalamu'alaikum,
antara pokok cantuman mata tunas,cantuman pucuk
dan cantuman sisi
manakah yang lebih cepat berbuah

jamy

setahu saya cantuman pucuk 8 bulan dah mula berbuah.... cantuman mata tunas dan cantuman sisi kurang pasti ttp ketiga kaedah ini mempunyai jarak berbuah yang pendek..

Assalam Tn, bila terbaca ruangan semai epal dari biji ni... tetiba saya teringat selepas makan epal hijau royal gala, terdapat bijinya yg dah mengeluarkan tunas.. errr..nk tanya, bole diambil tanam ker biji eppal tuh?
Terima kasih.


Oh ya, percubaan pertama sy menanam benih bak choy x berjaya, skarang sy cuba utk kali kedua dgn menanam bakchoy, cabbage, bendi dan tomato dgn masing2 kuantiti yg sedikit dahulu. Nak test 2nd time. Alhamdulillah sudah 3 hari, benih dah mengeluarkan tunas..
Soalan sy, Nak kena letak sebarang baja apa2 ker di fasa ini ?

Terima kasih Tanomkinotuan :)

Jika terlihat benih epal dah bertunas, bolehlah semai dlm pasu. Tnm 1/2 dlm tanah dan siram jika tanah kering. Tunggu benih tersebut bercambah.

Fasa benih baru bercambah dlm tempoh 2 atau 3 minggu ke bawah bagi sy tidak perlu diletak apa2 baja. Yg terpenting ialah media dan bekas utk dialihkn anak pokok tu. Guna media campuran yg dijual kat kedai utk memudahkn kerja anda. Dan selepas anak pokok berusia 2 minggu selepas dialihkan bolehlah diletakkan baja.

Namun jika anda mempunyai folior utk kesuburan boleh jer sembur sekali seminggu pd anak pokok tersebut. Oh ya alihkn anak pokok setelah mempunyai 2 hingga 4 daun yg utama.

Jika terlihat benih epal dah bertunas, bolehlah semai dlm pasu. Tnm 1/2 dlm tanah dan siram jika tanah kering. Tunggu benih tersebut bercambah.

Fasa benih baru bercambah dlm tempoh 2 atau 3 minggu ke bawah bagi sy tidak perlu diletak apa2 baja. Yg terpenting ialah media dan bekas utk dialihkn anak pokok tu. Guna media campuran yg dijual kat kedai utk memudahkn kerja anda. Dan selepas anak pokok berusia 2 minggu selepas dialihkan bolehlah diletakkan baja.

Namun jika anda mempunyai folior utk kesuburan boleh jer sembur sekali seminggu pd anak pokok tersebut. Oh ya alihkn anak pokok setelah mempunyai 2 hingga 4 daun yg utama.

Terima kasih tn, segera nak p tanam nie... Doakan saya berjaya !!!! :)

Assalam Tanomkinotuan...
Bersua kembali..
harap Tanomkinotuan tidak jemu dgn segala pertanyaan saya...
pertanyaan saya kali ini, sekiranya saya menggunakan Epsom Salt utk semua jenis tanaman saya, perlukah saya guna atau selikan penggunaan baja dengan baja NPK/foliar juga? atau bagaimana?

Saya budak baru belajar..
Kalau x betul harap boleh berkongsi dgn ilmu Tuan...

Terima kasih,
Ws

Wa alaikum salam.

Disini perlu diingatkn bahawa epsom salt mengandungi magnesium dan sulfur ygdiperlukan oleh tumbuhan dan tanaman anda akan hasilkan bunga dn buah yg sihat. Juga epsom salt membantu akar menyerap nitrogen dgn lebih baik.

Tetapi magnesium dan sulfur adalah nutrient dlm kumpulan micronutrient di mn zat yg hanya diambil sedikit oleh tumbuhan dan epsom salt tidak mempunyai kandungan nitrogen, fosferus dan potasium (makronutrient). Oleh itu puan harus juga menggunakan npk atau foliar lain utk pokok cukup mdpt mknn secukupnya.

Guna epsom salt kpd tnmn buah seperti tomato, cili, terung dll dan elak membubuh pd tanaman atau sayuran jenis berdaun spt sawi, salad dll. Ini kerana sayuran perlukn nitrogen tinggi berbanding magnesium dan sulfur yg terdapat dlm epsom salt.

Moga bermanfaat dan bertanyalah saya dgn senang hati akan beri pendapat jika soalan itu saya pernah lalui. Tq

Wa alaikum salam.

Disini perlu diingatkn bahawa epsom salt mengandungi magnesium dan sulfur ygdiperlukan oleh tumbuhan dan tanaman anda akan hasilkan bunga dn buah yg sihat. Juga epsom salt membantu akar menyerap nitrogen dgn lebih baik.

Tetapi magnesium dan sulfur adalah nutrient dlm kumpulan micronutrient di mn zat yg hanya diambil sedikit oleh tumbuhan dan epsom salt tidak mempunyai kandungan nitrogen, fosferus dan potasium (makronutrient). Oleh itu puan harus juga menggunakan npk atau foliar lain utk pokok cukup mdpt mknn secukupnya.

Guna epsom salt kpd tnmn buah seperti tomato, cili, terung dll dan elak membubuh pd tanaman atau sayuran jenis berdaun spt sawi, salad dll. Ini kerana sayuran perlukn nitrogen tinggi berbanding magnesium dan sulfur yg terdapat dlm epsom salt.

Moga bermanfaat dan bertanyalah saya dgn senang hati akan beri pendapat jika soalan itu saya pernah lalui. Tq

Terima kasih banyak2 Tanomkinotuan..
info dr tuan byk membantu saya yg very2 amatur dlm soal penanaman ini..
Moga peroleh pahala dan kebaikan dgn berkongsi ilmu ini...
Terima Kasih... : )

Assalam Tanomkinotuan,
bertemu kembali..
harap x jemu melayan soalan2 saya ya..

soalan sy kali ini :
bolehkah sy membuat baja organik MOL dgn campuran di bwh bsama2 gula merah?
1) sisa makanan
2) air dan sisa darah ikan
3) kulit2 buah spt kulit oren, kulit buah delima, kulit pisang+buahnya, dll kulit buah2 an..
4) air basuhan beras bsama kilit bwg..
5) kulit telur
6) kulit udang

sy xpasti, tapi inginkan kepastian krn fobia takut pokok mati.. :(
harap dpt membantu.

terima kasih

Umie iman - boleh jer campurkan semuanya dan diperam dijadikan baja pengalak tanaman...

Saya telah berjinak2 tanaman ala2 Barat. Saya tanam epal,pear China,AvocadorDan anggur . Semua hidup dgn baik d kuching Sarawak. 3 the lebih dh usianya. Cuma tunggu Bila nak berbuat jer. Skrg nie baru lepas pruning Dan pembajaan(main break jer)

Saya telah berjinak2 tanaman ala2 Barat. Saya tanam epal,pear China,AvocadorDan anggur . Semua hidup dgn baik d kuching Sarawak. 3 the lebih dh usianya. Cuma tunggu Bila nak berbuat jer. Skrg nie baru lepas pruning Dan pembajaan(main break jer)

Wah sangat menarik pengalaman tuan. Moga berhasil...

halo.. sa cuma mo kasi petua utk cambah benih.. sdh try test kinam.. suma jenis pokok sdh sa try.. caranya.. letak benih dalam tisu dan basah kan.. lepas tu letak la dalam kontena ka zip lock bag ka.. dan tggu hasilnya..


EmoticonEmoticon