Sabtu

PANDUAN MENDEBUNGA POKOK TEMBIKAI SECARA MANUAL

Tags

Bertemu lagi pada entry kali ini di mana tanomkinotuan berkongsi cara manual mendebunga bunga betina bagi pokok tembikai di KBR. Jika anda mengalami masalah pokok tembikai tidak berbuah atau buah tembikai tidak menjadi. Ia disebabkan oleh kurangnya pendebunga serangga yang melawat pokok tembikai anda. Contoh serangga pendebunga yang aktif ialah kelulut, lebah, semut hitam dan sebagainya.

Bunga jantan

Bunga betina

Namun masalah ini dapat diatasi dengan membuat pendebungaan pokok tembikai anda secara manual, tetapi sebelum itu anda harus mengetahui bahawa pokok tembikai mempunyai dwi jentina dalam satu pokok tidak seperti pokok kiwi di mana ia terpisah antara pokok betina dan pokok jantan. Bunga jantan bagi pokok tembikai ialah tidak mempunyai bebola kecil dipangkal bunganya manakala bunga betina pula mempunyai bebola kecil dipangkal bunga.

Ikuti langkah-langkah di bawah seperti berikut:

1. Tentukan bunga betina yang ingin anda debungakan secara manual.

2. Pilih bunga jantan yang elok untuk pendebungaan.


3. Seterusnya petik bunga jantan tersebut dan tanggalkan bilah bunganya satu persatu secara berhati-hati. Tinggalkan filamen bunga ditengah yang mengandungi benih jantan.


4. Satukan bunga betina dan bunga jantan dengan mengerakkan bunga jantan menyentuh bunga betina secara keseluruhan.

Hasil pendebungaan
Secara manual.

Pendebungaan secara manual selesai. Jika anda ada rezeki dua tiga hari hasilnya dapat dilihat setelah bunga yang berkembang tersebut secara perlahan-lahan akan gugur dan bebola tersebut akan membesar menjadi buah tembikai.

Secara umumnya kaedah pendebungaan secara manual ini juga boleh dipraktikkan pada tanaman lain seperti pokok timun, petola dan pokok zucchini.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

9 komen

Asalam CJ..saya dah link kan kio..rajin tul menanam..tahnia

blog pun ringan ja ni..berapa view atau ki\lik blog ini dalam sehari semalam..

blog kita ni bukan kit nak mahu terkenal Jaf tetapi memang ada cara nak tengok klik halaman kan..so tinggi rasanya pengunjung laman ini..sebab depat paparan..

Apa maksud cikgu sudah di link kan? X betapa faham?

Kurang pasti cikgu tp klo ikut stats punya blog purata sehari 900 pelawat dan 30,000 pengunjung untuk setiap bulan.

Tp klo ikut statscounter yg sy install ni purata sehari 400 saja. Klo purata statscounter ko boleh cek di blog sy. Klik 'view my stats'. Try install cikgu, salah satu kaedah tarik traffik ke blog kita. Sy pun kurang pasti klo mcm ni tp statscaunter tidak dpt kesan klo pelawat masuk ke blog ini guna web yg lain.

Ya ada. Dlm stats di blog kita cikgu. Klo boleh cikgu cari template mesra SEO. Cepat google-search cari klo ada org taip tajuk yg sepadan dlm blog kita.

Nak tanya... kalu pokok tembikai tu xde bunga betina nk buat camne?

Bunga jantan dgn betina tu dari pokok yg sama ke lain² pokok eh?

bunga jantan dan bunga betina dari pkk yang sama. Jika bunga tu tak de bebola ianya jantan dan sebaliknya.


EmoticonEmoticon