Sabtu

PERKEMBANGAN POKOK FENNEL DI KBR

Tags

Bagi mereka yang minat menonton rancangan memasak di TLC di astro seperti rancangan jamie oliver dan lain-lain anda pasti terjumpa sayur fennel sebagai bahan yang digunakan dalam ramuan memasak. Pokok fennel adalah tumbuhan yang dimakan dan popular di negara-negara Barat. Dalam bahasa Melayu fennel diterjemahkan sebagai pokok adas. Tidak pasti apakah ia sama dengan maksud bagi perkataan kacang adas.

Tanomkinotuan hari ini ingin berkongsi perkembangan pokok fennel yang ditanam di KBR dan masih lagi tumbuh membesar dengan baik. Anda boleh mendapatkan info menyemai benih fennel dan menanam anak pokok fennel pada pos-pos lepas. Tanomkinotuan ada membuat entry mengenai pokok fennel tempoh hari. Bolehlah cari sendiri.

Melalui pemerhatian tanomkinotuan pokok fennel boleh tumbuh dengan baik di negara kita. Sekali benihnya bercambah ia hidup dengan baik di batas atau di pasu. Cuma mencambahkan benih fennel agak leceh sedikit. Ia kurang berkesan jika dicambah langsung pada batas pada cuaca panas. Apa yang perlu dilakukan ialah cambahkan benih fennel di dalam peti sejuk bersama cocopeat yang disembur sedikit serum EM1 atau air biasa. Cukup hanya cocopeat itu lembab dan bukan terlalu basah. Masukkan ke dalam plastik berzip bersaiz kecil dan simpan ke dalam peti sejuk.


Gambar di atas menunjukkan pokok fennel tanomkinotuan sudah memulakan pembesaran pangkal batangnya. Sudah boleh dilihat walaupun masih kecil. Usia pokok fennel tanomkinotuan ialah 1 bulan dan 17 hari.

Tanomkinotuan memang betul-betul menyediakan batas untuk menanam fennel ikut saranan lazim yang dibuat di negara Barat. Pertama tanomkinotuan gembur batas tersebut dengan mengorek sedalam 1 kaki. Seterusnya gembur dengan memecahkan ketulan-ketulan tanah yang besar mencari serpihan-serpihan kecil. 

Selepas itu, tanomkinotuan bubuh kompos dan tinja ayam dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana pokok fennel ialah tumbuhan yang sangat banyak menggunakan nitrogen. Tanomkinotuan tunggu atau rehatkan 2 minggu biar baja tersebut benar-benar sebati dengan tanah.

Selepas 2 minggu tanomkinotuan sekali lagi mengembur batas tersebut dan tambah cocopeat dan sedikit pasir sungai. Agar tanah lebih peroi dan pengudaraan baik dalam tanah. Dengan selesai kerja-kerja tersebut tanomkinotuan tanam benih fennel pada batas.

Tempoh menanamnya pada batas yang disediakan pun kena buat teduhan al maklumlah masa tu musim panas tidak ingat dunia. Nasiblah hingga kini pokok fennel semakin membesar.



Tahukah anda bahawa kita sebenarnya selalu menggunakan biji fennel dalam masakan. Hari-hari menghunakan biji rempah ini terutamanya memasak sup ayam atau daging malah kuih rempeyek juga menggunakannya. Sejak berkurun-kurun lamanya tubuh badan kita sudah sebati dengan bijinya. Rempah biji yang tanomkinotuan maksudkan ialah jintan manis. Jintan manis adalah biji yang dikeluarkan oleh pokok fennel ini. Ada yang mengatakan fennel ialah jintan hitam.

Menarik untuk diketahui sejak bila penduduk di Asia Tenggara menggunakan rempah biji fennel dalam masakan sedangkan pokok fennel adalah pokok herba asal dari mediterranian dan tersebar ke negara Eropah, USA dan sekitarnya. 


Ini adalah pokok fennel yang agak bersaiz besar berbanding dengan yang lain. Secara keseluruhannya, pokok fennel tanomkinotuan setakat ini tidak bermasalah sangat. Ada juga tempoh hari ulat pemakan daun bertengek seekor dua tetapi tidaklah menjejaskan keseluruhan pokok fennel. Seminggu dua sudah hasilkan pucuk muda baharu. 

Pokok fennel terdiri dari banyak variati, dari jenis hibrid hinggalah jenis fennel yang tumbuh meliar di kawasan semak. Variati paling baik untuk ditanam ialah florence fennel seperti dalam gambar di atas. Nama saintifiknya Foeniculum Vulgare. 

Pokok fennel mengambil masa kira-kira 4 hingga 5 bulan untuk dituai. Bolt pokok fennel boleh dituai sama ada sebesar bola ping pong atau sebesar penumbuk tangan orang dewasa.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

6 komen

Daunnya juga wangi sungguh kalau campur dengan masakan seafood.
Geram tengok fennel tu.

Ya aku perasan juga tu. Tp still hanya dapat tengok-tengok, jenguk-jenguk, pegang-pegang. Nak merasa belum lagi. Harap berjayalah sepokok dua boleh juga memasak fennel tumis mcm Jaime Oliver buat tu...

Menjadi sungguh semua benda kau tanam kan...jealous aku. Edamame aku masih failed!!

3 drpd pokoknya dah layu dan mati. Rupanya pokok fennel tak mampu bertahan pada musim hujan. 2 minggu lepas musim hujan lebat di tmpt sy.

Bersemangat nak tanam bila tahu pokok apa.Benih dah ada.

All the best puan moga berjaya.


EmoticonEmoticon