Isnin

POKOK HERBA KELADI TIKUS

Tags




Kawasan Asia khususnya Asia Tenggara merupakan wilayah yang mempunyai kepelbagaian tumbuhan berguna yang cukup bermanfaat terhadap kesihatan manusia secara tuntas. Buktinya sebelum kewujudan bidang perubatan modern yang lengkap hari ini. Masyarakat memahami fungsi-fungsi tumbuhan untuk merawat penyakit tertentu. Namun kaedah menggunakan herba semulajadi disekeliling kita semakin terpinggir kerana semua orang berpaling kepada perubatan modern yang sememangnya cukup dipercayai dan diyakini. 

Hari ini tanomkinotuan ingin mengetengahkan satu lagi pokok herba yang cukup tinggi nilai khasiat dalam perubatan. Pokok herba yang dimaksudkan ialah pokok herba keladi tikus. Nama saintifiknya ialah Typhonium Flagelliforme dalam keluarga Araceae. Nama lain bagi keladi tikus ialah talas kunting, bira kecil, ileusgotu sepa, trenggiling mentik dan rodent tuber dalam bahasa Englishnya. 

Pokok keladi tikus berasal dan tumbuh membiak di negara China (Guangdong, Guangxi, dan wilayah Yunan), kawasan Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Kamboja, Filipina, Myanmar, Thailand, Singapura dan Brunei), Sri Langka, Bangladesh,  New Guinea dan Wilayah Australia Selatan. Ia hidup dan sesuai tumbuh di kawasan tanah lembab dan kaya organan. Di Malaysia, keladi tikus ini tumbuh meliar di kawasan tepi lombong terbiar, kawasan lembah yang sejuk dan tepi denai.  

Ciri-ciri pokok keladi tikus ialah mempunyai daun berbentuk hati dan berwarna hijau. Tumbuh melalui rizomnya yang tertanam di dalam tanah. Mampu membiak melalui rizom dengan menghasilkan sulur atau anak pokok yang tumbuh membesar seolah-olah tumbuh serumpun. 

Menurut sejarah bahawa pokok keladi tikus sudah pun digunakan pada zaman Islam zaman lampau menerusi Ibn Sina melalui perubatan tibb-e-unani. Dan pokok herba ini juga sangat popular dikalangan tabib Cina zaman lampau sebagai ramuan mengubati pesakit mereka, Keladi tikus digelar Lioshu Yu dalam bahasa Mandarin. Namun pada tahun 1990 ia semakin popular apabila telah banyak kajian dan penyelidikan telah dibuat oleh sarjana-sarjana Barat kemudiannya. Seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Dr. Chris K.H. Teo telah membuat kajian terhadap pokok keladi tikus sejak tahun 1995 dan telah ramai penderita kanser dapat disembuhkan.

Cara menanam pokok keladi tikus sangat mudah. Ia boleh dibiakkan melalui anak pokok yang tumbuh di celah-celah induknya. Korek tanah untuk dapatkan anak pokok keladi tikus, pastikan anak pokok keladi tikus dicabut bersama akarnya. Anda boleh menanamnya menerusi tanah atau di dalam pasu. Sediakan media semaian yang berkualiti, masukkan ke dalam pasu dan tanamlah anak pokok keladi tikus anda, seterusnya siram menggunakan air yang banyak. letakkan pasu anda di tempat yang kurang cahaya selama 1 minggu kemudian barulah dialihkan ke tempat terkena cahaya matahari terik. 

Bagi anda yang ingin menanamnya pada batas. Korek tanah sedalam 1 kaki dan gembur sehingga tanah tersebut menjadi serpihan kecil. Tabur kompos dan pasir sungai, gaul sebati. Seterusnya tanamlah anak pokok keladi tikus tersebut dengan membuat lubang kira-kira 2 inci dengan jarak antara lubang pula ialah kira-kira 10 hingga 15 inci. Jangan lupa siram air yang banyak dan tutup dengan jaring hitam selama 1 minggu. Pokok keladi tikus cepat membesar dan membiak. Tanomkinotuan hanya membeli sepokok keladi tikus tempoh hari dan kini tanomkinotuan berjaya membiakkan 15 anak pokok keladi tikus di dalam polibag saiz sederhana. Setiap pokok keladi tikus yang dibiakkan tersebut kini sudahpun mengeluarkan anak pokok baharu yang tidak lama lagi akan dikorek/dicabut dan ditanam semula di tempat lain. Anda boleh meletakkan bekas menanam keladi tikus ditempat terkena matahari atau separa cahaya matahari kerana keladi tikus mampu hidup di tempat dua keadaan yang berbeza ini.

Setiap bahagian pokok keladi tikus seperti batang daun, batang daun dan rizomnya boleh diolah sebagi ubat. Bagi bahagian daun pokok keladi tikus mempunyai kandungan seperti asid hexa dekanoat, asid okta dekanoat, asid laurik, asid kapriat dan koniferin. Kandungan kimia dalam batang daunnya pula ialah Serebrosida, daukasterol dan inactivating ribosome protein (RIP) manakala rizomnya pula mengandungi alkaloid, triterpenoid, polyphenol, arginine, tritofan dan fitol.

Khasiat pokok keladi tikus ini dikatakan mampu merencatkan pertumbuhan sel barah yang baharu. Kandungan kimia yang terdapat di dalam keladi tikus ini sangat mustajab dalam tujuan di atas. Contohnya Inactivating ribosome protein mampu membunuh atau merenjatkan sel-sel barah tanpa menjejaskan jaringan sekitarnya manakala arginine pula adalah sejenis asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan normal mikrob, tanaman dan haiwan. Ia juga dapat mengekalkan metabolisma ke tahap normal dan sel proliferasi sel di dalam tubuh badan. 

Antara manfaat pokok herba keladi tikus ialah:

1. Meningkatkan imunisasi tubuh badan ke tahap maksimum seterusnya meningkatkan kecerdasan tubuh badan.

2. Sebagai antioksidan yang berfungsi melindungi tubuh badan dari radikal-radikal bebas.

3. Sebagi anti-kanser yang berfungsi untuk merencatkan dan mencegah pertumbuhan semula sel kanser yang baru.

4. Mambantu mengurangkan kesan sampingan terhadap rawatan kimoterapi bagi pengidap kanser.

5. Anti-inflamasi dan anti keradangan.

6. Dapat mengurangkan masalah batuk.

7. Berkesan menyahtoksin toksin dalam badan.

8. Meningkatkan selera makan.

9. Berkesan mengubati bisul.

10. Melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.

11. Membersihkan racun dalam sistem pencernaan.

12. Membantutkan pertumbuhan sel tumor.

13. anti-asma yakni dapat mengurangkan gangguan asma.

14. Dapat mengurangkan kembung perut. 


Berikut adalah cara penggunaan pokok herba keladi tikus untuk beberapa jenis penyakit iaitu:

1. Penyakit kanser

Ambil 50 gram atau 3 batang pokok keladi tikus yang sudah matang (bersaiz besar). Cuci dengan air bersih bagi menanggalkan kotoran yang terlekat pada pokok herba tersebut. Tumbuk dengan lesung batu hingga hancur dan tambah 2 hingga 3 sudu makan air masak. Dengan menggunakn penapis, ekstrak pati keladi tikus tersebut menggunakan penapis plastik. Minum ekstrak pati tersebut 3 kali sehari 30 minit sebelum serapan atau makan. Namun jika mengalami masalah kembung perut (angin) minum pati keladi tikus selepas makan.

Anda boleh menambah setengah sudu makan madu untuk mengurangkan kesan gatal pada korongkong.

2. Penyakit bisul

Ambil 5 helai daun keladi tikus, tumbuk hingga lumat dan tampal disekeliling pada bisul tersebut. Tidak lama kemudian nanah bisul akan boleh keluar.

3. Kembung perut disebabkan angin

Ambil 2 hingga 3 helai daun pokok keladi tikus, masukkan ke dalam cawan dan tuang dengan air panas. Tunggu air tersebut menjadi sejuk dan kacau terlebih dahulu sebelum diminum.

4. Menyehtoksin dalam tubuh badan

Ambil 3 helai daun pokok keladi tikus. Cuci bersih dan tumbuk lumat. Tambah 2 sudu makan air masak dan ekstrak pati tersebut dan tambah sedikit madu untuk kurangkan rasa gatal. Minum ekstrak pati tersebut 30 minit sebelum makan pagi dan petang. 

5. Mengurangkan batuk

Ambil 3 helai daun pokok keladi tikus, cuci bersih dan tumbuk lumat. Tambah 2 sudu madu dan ekstrak pati dan minum pada pagi sebelum serapan.


Peringatan kepada para pembaca:

1. Dilarang kepada ibu mengandung untuk mengambil ubat dari pokok keladi tikus.

2. Jangan guna alat logam bilamana memproses pokok herba keladi tikus. Guna alat yang diperbuat dari plastik.

3. Semasa tempoh rawatan menggunakan keladi tikus hindari dari rokok, alkohol, tapai manis, tempe, nangka, daging, makanan pedas, dan makanan mengandungi MSG.

4. Elakkan merebus pokok keladi tikus agar kandungan zat dan bahan kimianya tidak hilang.

5. Buat pati pokok keladi tikus ini untuk sekali minum sahaja dan esoknya anda perlu pemprosesnya semula untuk diminum pada hari itu. 

6. Pokok keladi tikus boleh dilihat kesannya setelah 3 hingga 6 bulan mengambilnya secara konsisten.

Semoga artikel ini dapat memberi sedikit input kepada pembaca akan kegunaan dan manfaat pokok herba keladi tikus. Tanomkinotuan bukanlah doktor atau pakar perubatan tetapi penulisan ini hanya sebagai ilmu tambahan kepada tanomkinotuan untuk dikongsikan kepada pembaca semua. Apa pun tindakan kita menggunakan herba ini harus mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengelak masalah yang timbul dikemudian hari. PENAFIAN

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

3 komen

Bg info ni..biasa sy kutip keladi campur nasi bt mkn itik..hehe

tentu itik2 ko sihat2 belaka. hehe

...salam ..sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4. insya allah. memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah.. .. .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser..
.saya akan membantu merawat hingga sembuh Penawar kanser dan herba: Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup...pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN


EmoticonEmoticon