Isnin

PANDUAN MENGALIHKAN ANAK POKOK TEMBIKAI PADA BATAS

Tags

Bulan lepas tanomkinotuan ada berkongsi cara mendebunga buah tembikai secara manual. Mungkin ada pembaca diluar sana mengalami masalah pokok tembikai yang tidak menjadi buahnya, wujud bunga jantan dan bunga betina tetapi tidak membesar dengan seperti biasa malah tertanggal dari tangkai dan memburuk. Ada beberapa sebab mengapa ianya berlaku antaranya pendebunga tidak wujud atau datang ke pokok tersebut untuk menghisap cecair manisan dari bunganya, oleh itu pendebunga secara manual dapat mengatasi masalah ini.

Kali ini tanomkinotuan kongsikan pula bagaimana untuk menyemai dan mengalihkan anak pokok tembikai dari polibag ke batas atau bagi mereka yang ingin menanam di dalam pasu juga boleh dilakukan.  

Dapatkan benih tembikai yang diinginkan. Anda boleh memilih variati tembikai berwarna merah, kuning, berbentuk bulat atau bujur dan sama ada heirloom mahupun hibrid. Bertanya kepada penjual tentang info benih yang anda inginkan.



Guna polibag saiz kecil atau sederhana, isikan tanah pasu/potting soil atau tanah kebun ke dalam polibag. Padat-padatkan secara perlahan-lahan agar ruang udara dalam tanah dapat dikurangkan. Ambil benih tembikai serta lubangkan media ditengah polibag sedalam 2 inci. Timbus semula dan siram. Apabila benih tembikai sudah mempunyai kira-kira 2 helai daun sebenar atau berusia 2 minggu maka anda sudah boleh alihkan anak pokok tembikai pada batas atau pasu bersaiz besar.




Pilih kawasan yang luas, tidak terlindung dan kawasan tidak menakung air. Korek sedalam 1 kaki dan gembur tanah menjadi serpihan-serpihan kecil. Tambah kulit padi 4 genggam dan tambah kompos atau tinja ayam 3 genggam. Gaul sebati.



Buat lubang ditengahnya kira-kira saiz polibag dan bubuh baja pelbagai fungsi (Baja NPK). Masukkan saja ke lubang dan tabur tanah senipis mungkin. 



Tanggalkan polibag tersebut dengan berhati-hati agar tanah tidak berderai. Tanomkinotuan tidak menyiram polibag terlebih dahulu sebab tanahnya sudah keras sedikit dan tidak ada masalah jika tidak disiram pun. Anak pokok bersama dengan anak pokok tembikai tersebut ialah limau mandarin, saja tanomkinotuan try cambahkan dalam polibag tidak dijangka pula ia bercambah. Tanomkinotuan tanam sekali dengan anak pokok tembikai.


Masukkan anak pokok tembikai bersama media ke dalam lubang yang dibuat tadi. Timbus semula tanah ditepinya dan letaklah sungkupan atau mulsa jenis rerumput kering lalu disiram menggunakan air yang banyak. Mulsa berperanan untuk memperlambatkan kekeringan pada tanah dan merencatkan pertumbuhan rumput rumpai di sekeliling anak pokok tembikai untuk masa-masa tertentu. Selepas 2 minggu dialihkan, bubuh baja NPK organik untuk pertumbuhan anak pokok ke tahap maksima. Jaga media agar tidak kering dan mampat, seboleh-bolehnya gembur berhati-hati agar akar mampu bergerak bebas ke dalam tanah. Jangan mencederakkan akar dengan teruk.

Pokok tembikai anda akan membesar dengan baik dan membekalkan buahnya di kemudian hari. Anda pasti dapat menikmati buah tembikai tanam sendiri secara organik yang lazat dan berjus sedap. Mulakan mencambahkan benih tenbikai hari ini.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

5 komen

Asalam..hebat infor pembenihan..sempurna. Jaf boleh cipta buku herbah tau..tahnia no kopio

Semoga mendapat manfaat cikgu. Pounsikou nogi kumaa dika igu'.

Terima kasih di atas info....banyak info banyak idea dan akan dapat banyak pengalaman...

Mudah penjelasan tuan,, ada fb x.. hamba nk add tuan, sy pn baru belajar nk tanam tembikai depan rumah.. kalu mnjadi nk tnam kat kebun insyaAllah


EmoticonEmoticon