Ahad

PANDUAN MENUAI DAUN POKOK STEVIA

Tags



Pokok stevia adalah pokok herba renek yang mempunyai kandungan gula yang tinggi berbanding gula biasa. Daunnya boleh digunakan untuk mengantikan gula dan amat sesuai digunakan oleh mereka yang kencing manis dan darah tinggi.

Sekiranya anda mempunyai pokok stevia maka anda boleh biakkan menggunakan keratan batang dengan memotong dahan kira-kira 4 inci, pastikan batangnya agak tua untuk memudahkan pengeluaran akar. Lagi pula ia tahan panas di mana sebelum pokoknya kering akarnya sempat keluar atau tumbuh berbanding menanam batang yang lebih mudah.

Menuai daun-daun stevia tidaklah susah. Petik saja pucuk mudahnya kira-kira daun berjumlah 4 atau lima secara selari. Anda juga boleh potong mengunakan pisau sekali potong. Jangan risau, pokok stevia anda akan bertunas semula malah lagi rimbun daunnya. Jangan lupa bubuh baja atau kompos selepas pemotongan daun dan batang. Tetapi sebelum tu gembur tanah agar serapan zat makanan mudah dilakukan.



Seterusnya cuci daun stevia hingga bersih dan toskan di atas tisu. Kemudian letakkan daun stevia tersebut di atas dulang atau nyiru dan keringkan di bawah sinaran matahari selama 2 hari atau daun stevia benar-benar kering.



Setelah daun stevia kering masukkan daun-daun kering itu di tempat botol kedap udara atau kontena plastik bertutup dan simpan di tempat selamat. Guna bila perlu.

Cara menggunakannya ialah oleh kerana daun stevia agak manis berbanding gula biasa maka ambil 4 hingga 5 helai daun stevia masukkan ke dalam gelas dan tuang dengan air panas serta masukkan uncang teh atau kopi, tutup gelas dengan penutup bersesuaian dan tunggu sehingga 5 hingga 10 minit. Kacau seketika, tapis air dan daun stevia tersebut. Sedia untuk dinikmati air minuman panas dengan rasa stevia. 

Anda boleh tambah jumlah daun stevia dalam campuran minuman panas anda jika manisnya kurang atau mengurangkan daun stevia jika terlalu manis. Setiap individu berbeza kesukaan rasa manis dalam minuman. Anda boleh tentukan tahap kemanisan yang anda sukai.

Anda juga boleh menghancurkan daun stevia tersebut sebelum di simpan dalam bekas kedap udara. Hanya guna 1 setengah sudu kecil untuk campuran minuman panas anda. Gula stevia juga sesuai untuk minuman sejuk. 

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

25 komen

terbaik..mcm mana nak tau ia boleh tuai atau tidak?jika pokok tinggi 1kaki tapi batang masih ijau adakah boleh dituai..017-3535756 melaka

Asal dah rimbun dah boleh tuai dah. Hijau tak hijau ok ja.

Ni tanam guna keratan batang cik..

Asal dah rimbun dah boleh tuai dah. Hijau tak hijau ok ja.

saya ada tanam nie.. terbaik.. sayang nak makan sebab masih kecil

Assalam.. Nk tnya..Klu kita trus amek daun dia yg fresh then msukkn dlm air panas cthnya teh panas blh x? Ke mmg kna guna daun stevia yg dikeringkn?

Wa alaikum salam. Boleh saja guna daun segar tu. X de masalah.

Wa alaikum salam. Boleh saja guna daun segar tu. X de masalah.

Ok terima kasih ye :)

Macam mana nk dptkan Benih stevia???

Salam...besar mana Baru blh tuai ye.

Kalau duduk d area Lembah kelang...kat sg buluh ada.

Wa alaikum salam, jika dah pokok merimbun dan bnyk cabang boleh lah yuai dgn memetik pucuk2 mudah. Pokok akan bertunas semula.

Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pokok2 herba & ulaman...stok anak pokok rerama hijau & stevia pun ada..lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor.. harga berpatutan dan perkhidmatan pos juga disediakan..hubungi D'Kaduk Herbs & Floral : 0123106846 -Faizal@ 0122440099 -Azizi

***kami juga ada 4 jenis pokok sambung nyawa:
-hijau
-batik
-merah
-hitam

Salam,

Bagaimana nak dapatkan pokok stevia ni ye? Sy nak beli pokok nye. Tanak daun yg dah dikeringkan. Area Sungai Buloh kat mana ye? tq.

Try cak kat ekpo pertanian atau nusery berhampiran.

area sg buloh - lot 121-A2, KG MELAYU SG BULOH (EN.ADNAN)
last weekend baru je beli stevia dgn dia...orgnye x lokek ilmu...

Ada lg ka anak benih stevia?


EmoticonEmoticon