Rabu

POKOK FENNEL YANG BERAROMA UNIK

Tags




Tanaman fennel atau florence fennel kini berjaya dituai petang tadi. Saiznya kecil ja tapi cukup untuk dapur tanomkinotuan, tanomkinotuan masak dicampur dalam sup tulang lembu. Saja tanomkinotuan tidak mengunakan 5 rempah seperti lazim dalam campuran sup hanya tambah halia yang dipecah-pecahkan, bawang putih dan bawang besar benggala serta hirisan bahagian fennel yang membengkak. Aromanya sungguh sedap pada sup daging tulang yang dimasak bersama.

Namun fennel harus dimasak dalam tempoh lama kerana ia keras sedikit. Sesuailah untuk campuran apa-apa sup di dapur anda. Pokok fennel tidak tahan dengan hujan lebat, tempoh hari hujan lebat berlaku di kawasan kampung tanomkinotuan menyebabkan 2 pokok layu dan mati. Bila dicabut dan diteliti nampaknya akar membusuk. Kini hanya tinggal sepokok fennel dibiarkan hidup. Tanomkinotuan hendak cuba untuk mematangkan benihnya jika ia berjaya menghasilkan bunga di kawasan iklim yang berbeza di tempat asalnya. 




Ini pula adalah variati terung sarawak yang diperolehi benihnya dari Bintulu tempoh hari, dibawa oleh seorang kawan yang bekerja di situ. Tanomkinotuan semai dan hasilnya kini sudah mengeluarkan hasil buah yang pertama.

Mengikut pendapat sahabat itu, terung sarawak mempunyai rasa masam sedikit dan bagi orang Sarawak terung ini penganti asam jawa atau asam gelugur dalam masakan. Tanomkinotuan ingin mencuba untuk memasak kari menggunakan terung Sarawak apabila buahnya sudah boleh dituai.




Lobak merah jenis miniture ini sudah hampir untuk dituai. Lobaknya sudah tertonjol keluar di permukaan tanah. Bila tanomkinotuan goyang-goyangkan sedikit nampak pokoknya tidak kukuh bermaksud lobaknya ketot dan terbantut. Ini kerana anak pokok lobak merah ini dialihkan ke batas dari cup plastik menyebabkan masalah akarnya masuk ke dalam tanah.

Tanomkinotuan letak mulsa agar batas tidak cepat kering. Dibubuh baja kompos kelapa sawit hanya sekali semasa penyediaan batas tempoh hari. Jika batas tersebut terlalu tinggi kandungan nitrogen menyebabkan pokok hanya merimbun tanpa menghasilkan lobak yang bersaiz besar.


Gambar di atas ialah pokok ceri barbados atau pokok ceri Acerola. Sungguh banyak buahnya yang ranum tetapi tidak ada sesiapa dirumah yang sanggup memakannya. Masamnya boleh tahan. Hanya tanomkinotuan yang rajin memakan buah tersebut dengan menambah sedikit madu asli bagi mengurangkan rasa masam.

Penghasilan buah yang banyak ini berlaku selepas pasunya ditukar kepada pasu saiz besar iaitu 24 cm ukur lilit, ditambah dengan baja kompos dan nutrient dari tinja ayam. Hasilnya cukup mengujakan. Pokok ceri ditanam menggunakan biji benih atau keratan batang, keratan batang cepat hasilkan buah berbanding ditanam melalui biji.


Pokok timun mini (five mini cucumber) ini hidup galak. Tanomkinotuan ambil benihnya dari buah yang dimatangkan tempih hari. 

Tidak sukar untuk menanam, buat batas dengan mengembur sehingga peroi dan tabur kompod. Kemudian tanam benihnya. Antara pokok sayuran berbuah yang mudah tumbuh dengan cuaca panas seperti di negara kita.




Teruja melihat buah tembikai kini sudah besar di KBR. Hanya 2 biji buahnya. Tunggu untuk matang sepenuhnya. Tanomkinotuan cuba mencari cara bagaimana untuk mengetahui buah tembikai matang dan boleh dituai. Harap maklumat tersebut boleh dicari dalam internet.


Akhir sekali ialah pokok kiwi buah kebanggaan negara New Zealand. Lebih kurang 18 anak pokok berjaya dialihkan ke polibag tetapi hanya sepokok yang bertahan hidup. Berkemungkinan pokok kiwi tidak tahan hujan berterusan sama seperti pokok fennel. 

Masalah timbul sebenarnya. Pokok ini jika pokok betina pun ia tidak mampu didebunga kerana bagi ciri pendebungaan pokok kiwi ia memerlukan pokok jantan. Terpaksalah tanomkinotuan mencari pokok jantan atau betina di internet untuk pasangan pendebungaan. 

Selamat bertani dan mebuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

6 komen

Wah..tembikai.sy blom berjaya tanam sendiri tembikai.

Hanya mencuba Norish.NN, tak pasti ia sempat dituai or tak. Benihnya diambil dari buah tembikai yang dibeli di kedai. Jika sempat dituai alhamdullilah jika sebaliknya bukan rezeki.

Florence fennel lagi sedap makan muda dari tua.
Tuai yang muda kecil lagi sedap.
Florence fennel biasanya tak keras, cepat masak.
Kalau keras ada possibility tak cukup air masa pembesarannya.

Terima kasih di atas infonya. Betul masa tempoh pembesaran musim kemarau melanda tu pasal keras saja bolt nya.

Daunnya juga boleh digunakan sekali simpan untuk masakan lain pun boleh. Dari membazir. Biasanya fennel herbs daun pakai untuk masakan seafood kalau orang Barat.

Minggu lepas saya guna dauannya dalam masakan sup daging tulang lembu. Cuma letak bawang besar (4 biji saiz besar), halia, bawang putih, bawang merah (shallot) dan hirisan daun fennel tanpa meletakkan kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan pelaga. Fuhhhh......mmg sedap betul2 rasa sup tulang. patutlah sup daging masakan korea walaupun tak letak rempah2 ini masih sedap dan menyelerakan. lepas ini sy belajar membuat sup tanpa banyak letak rempah seperti lazimnya.

Masalahnya pokok fennel saya di KBR hanya tinggal sepokok. Harap sihat membesar dan menghasilkan benih untuk bibit tanaman.


EmoticonEmoticon