Rabu

POKOK FIG/TIN POKOK PADANG PASIR YANG DIBERKATI

Tags


Kiriman anak pokok fig

Zaman kanak-kanak tanomkinotuan sangat menarik dan meriah. Walaupun hidup dalam suasana persekitaran kampung tetapi kehidupan kami seperti kanak-kanak yang lain. Permainan pun gaya kampung juga seperti bermain gasing, bermain sumpit daripada buluh, bermain ting ting, mencipta senapang dari buluh (nasib tidak menjadi penjenayah antarabangsa haha) dan sebagainya.

Masa kanak-kanak inilah sebelah petang tanomkinotuan mengikuti sekolah agama yang diadakan di kampung oleh seorang ustazah juga berasal dari kampung ini.  Selepas balik dari sekolah harian bergegas semula ke sekolah agama. Bergemalah kelas tersebut dengan alunan bacaan surah-surah lazim yang sememangnya tiap hari disuruh oleh ustazah kami. Salah satu surah yang berkesan di hati tanomkinotuan ialah surah At-Tin, Surah pokok Tin atau fig tree. Nama pokok ini tersurat dalam Al-Quran Al-Karim juga pada kitab-kitab sebelumnya.


Inilah pokok yang sangat diidam-idamkan oleh tanomkinotuan. Selain mengumpul pokok herba, menanam sayuran dan pokok bunga dari spesis keladi tanomkinotuan juga ingin mengumpulkan jenis-jenis pokok fig atau pokok tin. Sangat teruja dan menarik apabila membaca blog-blog sahabat di internet mengenai pokok fig ini. Mereka sangat berjaya menanam pokok fig secara individu atau secara ladang hingga berbuah, pelbagai jenis dan variati yang boleh dilihat dan dibaca dalam blog rakan-rakan lain.


Pokok fig mempunyai bermacam-macam warna buahnya seperti ungu, kuning, oren dan lain-lain. Nama panggilan mengikut variati juga pelbagai. Sampai naik pening kepala tanomkinotuan mengingatnya.

Dengan saranan seorang rakan, beliau memperkenalkan penanam pokok fig ini kepada tanomkinotuan di facebook. Dengan demikian, tanomkinotuan periksa satu persatu rakan penanam di FB secara teliti dengan tujuan pertama melihat jenis-jenis fig yang mahu dibeli dan kedua ialah melihat harga yang berpatutan. Secara kesimpulannya, harga pokok fig bukanlah murah di pasaran. Rata-ratanya mencecah RM80 ringgit ke atas malah ada harga yang mencecah RM120 sepokok. Harganya juga meningkat mengikut variati pokok fig.



Selesai ditanam di dalam pasu

Setelah mencongak ke kiri dan mencongak ke kanan maka tanomkinotuan berhubung dengan ahlinya. Hari isnin lepas barang tempahan sudah pun tiba di tangan tanomkinotuan. Pokok fig jenis Black Ishia Fig ini telah ditut untuk pengakaran dan bukannya dipangkas atau ditanam dalam media. Tanomkinotuan teruja melihat media yang digunakan untuk pentutan di mana media sangat hitam dan peroi jenisnya. Tiba di rumah tanomkinotuan sediakan pasu bersaiz besar dan masukkan potting soil ke dalamnya. 

Namun sebelum itu, ada tanomkinotuan membaca artikel-artikel mengenai panduan menanam pokok fig. Maklumlah ini pertama kali menanam pokok ini seumur hidup. PH media yang sesuai bagi penanaman pokok fig ialah 6.3 hingga 6.5. Pokok fig menyukai media yang peroi kaya nutrient dan tidak menakung air. Pokok fig akan layu dan mati jika media yang digunakan untuk pokok tersebut sekiranya media terlalu basah atau sangat-sangat menakung air. Tambah sekam padi bakar untuk media yang berkualiti dan tidak menakung air secara berlebihan. Selamatlah pokok fig tanomkinotuan untuk seketika. 

Hanya saja menunggu perkembangan tumbuhbesarannya. Untuk ketika ini tanomkinotuan tidak mahu bercakap banyak. Apa-apa pun boleh berlaku terhadap pokok fig ini. Semoga pokok fig tanomkinotuan hidup dengan baik. Sementara itu, ia di simpan dalam rumah konon-kononnya untuk keselamatan. Baru saja ditanam dalam pasu dan belum mampu untuk bertahan dari sepak terajang cuaca ekstrim dan kelakuan liar dari ternakan ayam dan kucing. Hehe... Bombastik punya bahasalah pula.

Selain pokok fig, ada bersama tempahan tempoh hari ialah pokok mulberri putih panjang. Juga ditempah dari orang yang sama. Variati mulberri merah sudah ada malah dah muntah-muntah makan, gugur sendiri buahnya yang ranum sudah tidak larat untuk memetik dan mengunyah. Tanomkinotuan mahu makan pokok mulberri dari variati yang lain pula. Barulah boleh cakap hidup ini memang ceria. Hahaha

Pokok mulberi putih masih dalam polibag tidak dialihkan ke mana-mana tempat. Biarkan dulu pokoknya. Bila sudah sesuai dialihkan barulah dipindahkan ke tanah saja lebih sesuai. 

Kini tanomkinotuan sudah mempunyai sepokok pokok fig dari Black Ishia Fig sebagai permulaan. Pada masa akan datang tanomkinotuan tambah lagi jumlahnya dengan membeli variati yang lain pula. Bolehlah berangan-angan berada di padang pasir nan panas walaupun sekitarnya nan menghijau oleh rumput kerbau.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

12 komen

Yeay!! Dah ada sepokok. Tapi jaga jaga sebab pokok ni sangat la manja n rumit juga penjagaannya. Saya sudah ada beberapa pokok dan sudah mula menyemai batang pula.

Haha. Hanya mereka saja tahu akan reaksi keterujaan itu. Huhu. Tp ada terbaca peatmoss yg digunakn utk media tut harus dibuka dulu. Tp sy tak. Aduiiiii sbb peatmos klo dh reput bersifat masam n boleh mematikan pokok tin. Sedihhhh tul

Oh ya variati pokok tin yg ada apa dia?

Carlz ada pameran Pokok fig etc di Sabah weekend ini. Pergilah..mesti jadi gila lagi n jangan lupa bawak wang banyak banyak.
#
Kami menanti anda di sini pada 23hb-25hb Oktober 2015 ini )Jumaat-Ahad di Tapak Pameran dan Jualan Sempena Hari Peladang Peringkat Negeri Sabah.Sila kunjungi lot B38 &B39 milik Otai Fig Sabah Sdra Jontih Enggihon.

Black Mission, NDC, Lemon conadria, Black Genoa, Black Jack, MD n MDA, Jumbo, Red Saudi, Alma, Purple n Green Jordan..cuttings sedang semai VDS dan RDB. Memang berjangkit demam pokok tin nI Carlz...hati hati yea 😁

Aku ada aktiviti kokum tarikh tu kat sekolah aku... waaaaaa....

Sy berminat utk mendapatkan bibit pokok tin.di mana sy blh mendapatkannya?

Setakat ini saya tak jual anak pokok tin tuan. Try roger kat nusery berhampiran.

Setakat ini saya tak jual anak pokok tin tuan. Try roger kat nusery berhampiran.

Pokok tin yg terdapat di nusery berharga RM280 hingga RM480..variati yg paling mahal ialah red saudi mencecah RM800 sepokok.. harga pokok tin di nusery sekitar papar n beaudort sabah...

baru baca articles mengenai kelebihan Fig & Dragon trees ni. Mana nak carik kat KL ni?? Kat Malaysia ni boleh hidup ke??

salam tuan, bnyk penjual pkk fig atau tin kat KL tu... try dtg pameran2 atau ekspo pertanian berhampiran.


EmoticonEmoticon