Isnin

PANDUAN MENGALIHKAN ANAK POKOK JAGUNG POPCORN

Tags

Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi panduan mengalihkan anak pokok jagung popcorn atau strawberry corn yang jarang ditanam di negara kita. Kita selalunya makan bertih jagung ini yang telah siap diproses sambil menonton wayang atau TV. Manalah tahu masa akan datang pembaca tergerak hati menanam pokok jagung popcorn maka ilmu menanam itu sudah ada. 

Siapa tidak mengenali biji jagung popcorn. Ini dia, buahnya kecil saja. 

Buah jagung popcorn

Anak pokok jagung popcorn

Buahnya berwarna merah. Jagung popcorn sama dengan jenis pokok jagung yang lain di mana daun, batang, bunga jantan dan buahnya keluar dari celah pangkal daun. Cuma buahnya tidak dimakan muda tetapi dikeringkan dan dijadikan popcorn seperti mana yang anda pernah lihat dan makan.


Pertama sekali gembur tanah sedalam 7 inci. Agar akarnya mudah bergerak di dalam tanah.


Korek lubang sedalam 4 inci, lebih kurang boleh tanam media pada anak pokok jagung popcorn.


Untuk lubang yang dibuat tu cukup untuk media anak pokok popcorn terbenam, cuba masukkan cup plastik dalam lubang. Jika boleh media harus terbenam ke dalam lubang. 


Bubuh segenggam kompos atau baja tinja ayam ke dalam lubang. Tabur tanah senipis mungkin di atasnya untuk mengelak akar anak pokok jagung popcorn tidak rosak.



Kemudian keluarkan anak pokok popcorn dari cup plastik dengan berhati-hati. Masukkan ke dalam lubang dan timbus semula dengan tanah disekelilungnya.


Setelah ditimbus dengan tanah, padat-padatkan sedikit tanah tu dan siram menggunakan air yang banyak kemudian ambil rumput kering tutup disekeliling anak pokok. Rumput kering dijadikan sungkupan atau mulsa bertujuan untuk melembabkan tanah disekeliling pokok jagung popcorn agar tidak kering dengan cepat. 

Pokok popcorn mula membesar selepas 2 minggu. Setelah berusia dua minggu selepas dialihkan bubuh baja NPK organik setengah genggam disekeliling pokok selepas melakukan pengemburan tanah lalu siram agar penyerapan nutrient dapat dilakukan oleh akar pokok.

Berminat atau ingin mencuba menanam jagung popcorn. Email ke borosmomogun@gmail.com untuk info pembelian. Harga 1 pek hanya RM2.90 sahaja.

Selamat bertani dan menuai hasil.

TUAIAN TIMUN MINI DI KBR BULAN NOVEMBER

Tags

Bertani memang menyeronokkan apatah lagi dilakukan bersama anak-anak. Bukan sahaja anak-anak dapat bergerak dan mengeluarkan peluh tetapi juga mendapat ilmu baharu apabila melihat kita melakukan sesuatu kerja atau pertanyaan mereka dijawap oleh kita. Satu bentuk interaksi sosial yang sangat baik selanjutnya mengeratkan silaturahim keluarga anda.

Hujung bulan September lepas tanomkinotuan ada menyemai benih timun mini atau five mini cucumber. Bersaiz kecil dan pendek. Sebelum ini ada menyemai timun cina dan timun kampung di mana tanomkinotuan lebih menyukai menanam timun mini di mana saiz pokok memang kecil, hanya menggunakan ruang kecil.

Pertama sekali tanomkinotuan semai benih dalam cup plastik. Cup plastik tersebut adalah bekas minuman yang dibeli dan disimpan untuk kegunaan semaian akan datang, jimat sikit duit. Dengan menggunakan media 100% cocopeat, tanomkinotuan masukkan ke dalam cup plastik dan masukkan dua benih timun mini ke dalam media kira-kira 1 inci dalam, timbus semula dan tanomkinotuan siram dengan air banyak. Kemudian letak ditempat teduh tetapi masih terkena cahaya pada waktu pagi.


Selepas 2 minggu, tanomkinotuan alihkan pula ke batas. Berkongsi batas dengan fennel, zucchini hijau dan bunga telang ungu. 

Pertama tanomkinotuan gembur sedalam 1 kaki bagi memudahkan akar bebas bergerak di dalamnya. Tanomkinotuan tabur kompos 2 genggam dan 1 genggam tinja ayam. Lebihan tinja ayam dibeli tempoh hari untuk digunakan membaja pokok-pokok zucchini. Bercakap mengenai pokok zucchini, buah penanaman kali ini tidak begitu baik, habis diserang ulat pengorek buah. Membusuk dengan cepat. Tanomkinotuan redha dengan rezeki untuk pokok zucchini kali ini.

Tanomkinotuan sebatikan tanah dan kompos tadi. Buat lubang kira-kira 5 inci kemudian tanomkinotuan tanam anak pokok timun mini tersebut.

Setelah menunggu 1 bulan lebih hati tanonkinotuan gembira tidak terkata, hasilnya sudah boleh dituai. Dapatlah beberapa biji timun mini yang cantik dan bersaiz kecil. 


Tidak sempat pun dijadikan sayur makan tengahari. Sudahpun di makan hanya dicecah garam dengan cili api.


Timun mini merupakan timun cepat membesar dan berbuah banyak. Pokok hanya saiz kecil dan sesuai juga ditanam dalam pasu bersaiz besar.  Pokok timun mini sesuai ditanam pada media potting soil atau tanah gembur yang tidak menakung air. Elakkan menanam pokok timun mini pada tanah jenis tanah liat.

Selepas ini tanomkinotuan ingin pula menanam timun cina dan timun kampung. Sudah lama KBR tidak ditanami kedua jenis timun ini kerana timun mini cukup membekalkan sayur timun untuk salad mahupun campuran dalam sup ikan atau ayam.

Jom menanam timun mini dilaman rumah sebagai dekorasi menarik dan juga pembekal sayuran dapur kita.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Ahad

PANDUAN MEMBUAT KIMCHI VERSI TANOMKINOTUAN

Tags

Bertemu kembali dalam ruangan kali ini, cerita mengenai sayuran di KBR direhatkan buat masa ini. Tidak ada yang diceritakan kerana agak sukar sayuran tumbuh disebabkan musim hujan melanda. Banyak sayur rosak teruk diserang makhluk perosak.

Namun tanomkinotuan ingin berkongsi cara membuat kimchi sayuran jeruk berasal dari negara Korea. Kimchi merupakan makanan kebangsaan negara tersebut. Ini kali keempat tanomkinotuan membuat kimchi dan pernah membuat kimchi dengan menggunakan buah pisang berangan dan mangga harum manis. Hasilnya tidak ada beza dengan resepi asal.

Berikut adalah bahan-bahan untuk kimchi:

1. Kobis cina bulat lebih kurang 1 kilo.

2. Satu batang lobak merah.

3. Satu batang lobak putih.

4. 2 batang daun sup saiz besar.

5. 10 batang kucai (tidak dimasukkan)

6. Satu biji epal merah dibuang kulit dan biji saiz sederhana.

7. Satu biji buah pir dibuang kulit dan biji saiz sederhana.

8. Satu biji bawang holland.

9. Satu labu bawang putih

10. 2 inci halia.

11. 2 hingga 3 sudu sos ikan.

12. 100 hingga 200 gram serbuk cili.

13. Lima sudu besar tepung beras pulut.

14. 50 gram sotong dipotong kecil.

15. Garam kasar

16. Air secukupnya.


Cara penyediannya:

1. Kobis cina di belah empat dan dipotong kira-kira 2 inci. 





2. Tabur kobis cina dengan garam kasar kira-kira 6 genggam 15 sudu makan. Tambah dengan segelas air dan gaul hingga garam tersebut sebati dengan kobis cina. Rehatkan hingga 6 jam atau lebih elok semalaman.

3. Setelah kobis cina telah layu, cuci kobis cina sebanyak 5 kali. Ini bertujuan untuk menghilangkan lebihan garam pada sayur tersebut dan juga agar sayur tersebut bersih seadanya dan toskan, ketepikan.










4. Ambil lobak merah dan lobak putih, buang kulit luarnya dan potong kira-kira 2 inci dan hiris nipis seperti batang mancis. Ketepikan.

5. Hiris daun bawang secara menyerong secara nipis dan ketepikan.

6. Buang kulit buah epal dan buah pir dan potong kasar.

7. Kemudian bawang holland, bawang putih, halia dikupas kulitnya dan potong kasar. 

8. Buah epal, buah pir, bawang holland, bawang putih dan halia dimasukkan ke dalam alat pengisar. Kemudian masukkan 2 sudu sos ikan berserta sedikit air. Kisar hingga hancur dan ketepikan.

9. Isikan bekas memasak dengan segelas air bersih dan masukkan tepung beras pulut ke dalamnya. Guna api perlahan sambil dikacau hingga tepung pulut tersebut masak. Memadai dengan tepung beras pulut mula mengelegak kemudian tutup api dan sejukkan. Apabila sudah sejuk bolehlah ke proses seterusnya.



10. Sediakan besen atau bekas bersaiz besar. Ini penting untuk keselesaan ketika mengaul untuk menyebatikan semua bahan. 



11. Tuang tepung beras pulut ke dalam besen. 



12. Kemudian tambah bahan yang diblender tadi (epal, pir, bawang holland, bawang putih, halia, dan sos ikan)



13. Seterusnya masukkan serbuk cili.



14. Tambah dengan hirisan lobak putih.



15. Masukkan hirisan lobak merah.





17. Kemudian masukkan pula hirisan daun bawang dan kucai jika menggunakannya dan sotong yang dipotong kecil-kecil. Sotong berfungsi mempercepatkan proses penjerukan dan memberikan rasa yang lebih enak.



18. Gaul sebati bahan-bahan tadi dengan menggunakan sudu. 





19. Akhir sekali masukkan kobis cina bulat dan gaul hingga sebati.



20. Pindahkan ke kontena plastik yang sesuai. Siap.

Kimchi anda perlu diletakkan di dapur atau tempat suhu bilik sehari semalam untuk mengaktifkan proses penjerukan. Keesokan harinya kimchi anda mula meninggi secara perlahan-lahan akibat gas yang terhasil.

Ketika ini anda sudah boleh meletakkan atau menyimpan kimchi anda dalam peti sejuk untuk penjerukan secara perlahan-lahan. Proses penjerukan secara perlahan dalam keadaan sejuk akan memberikan rasa yang enak dan sedap.

Anda boleh menggunakan cili kering yang boleh dibeli di kedai. Caranya, buang biji dan sangai cili kering sehingga rapuh, jangan hangit atau terbakar pula. Sejukkan dan blender hingga hancur. Lebih elok cilinya seperti chilli flakes dan sedikit serbuk. Guna jenis cili kering yang tidak berapa pedas jika tidak mahu kimchi terlalu pedas. 

Sotong boleh digantikan dengan udang basah, ikan, sotong kurita, bilis hidup atau cencalok. Jika anda jenis vegetarian tidak perlu letak.

Daun bawang boleh digantikan dengan kucai atau bawang losun/lokio atau menggunakannya sekali juga boleh campur daun sup/seleri untuk menambah aroma pada kimchi anda. 

Selepas seminggu kimchi anda sudah mula masam akibat tindakan proses penjerukan dan selepas 8 hari ke atas kimchi anda sudah boleh dihidangkan. Namun paling baik hidang setelah 2 minggu dijeruk. Kimchi sesuai dimakan hanya bersama nasi putih panas, dimasak stew kimchi, nasi goreng kimchi, pankak kimchi, sup ayam kimchi, sup daging kimchi, sup seafood kimchi dan juga cucur kimchi.

Adakah kimchi merupakan kesukaan anda? Apa kata anda buat sendiri kimchi berpandukan cara di atas, ia memang berbaloi. 

Selamat bertani dan menuai hasil.

Jumaat

LANGKAH MEMBUAT TAPAI MANIS UBI KAYU

Tags



Ubi kayu tau nama saintifiknya ialah Manihot Esculenta Crantz ini merupakan tumbuhan berubi di dalam tanah dan merupakan makanan ruji di sekitar Asia Tenggara sebelum kehadiran tanaman padi. Ubi kaya kaya dengan kanji menyebabkan salah satu pilihan makanan pembekal kaborhidrat seterusnya memberi tenaga yang baik kepada pemakannya. 

Pelbagai menu dan resepi yang boleh dibuat dengan isi ubi kayu ini antaranya kerepek ubi kayu, direbus sebagai makanan serapan pagi bersama sambal ikan bilis atau sup ikan, pais ubi kayu, kuih-muih dan sebagainya. Pucuk mudanya boleh dimakan sebagai sayur yang enak. Bagi Kaum Dusun dan Kadazan, sebelum kedatangan budaya menanam padi bukit dan pasi sawah. Ubi kayu dan keledek adalah antara tanaman utama mereka di kebun. Ia menjadi makan ruji bagi pembekal tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Direbus dan dimakan begitu sahaja beserta dengan gorengan ikan bilis atau ikan basung (sejenis ikan kembung). Ia juga enak dimakan bersama sambal tuhau ikan masin. 

Bagi komuniti Suluk dan Bajau di Sabah pula mereka menanam mereka memproses ubi kayu sebagai hidangan bersama sup ikan dan beberapa hidangan yang lain. Mereka mengelarnya putu, ubi kayu yang diparut dan dibuang airnya seterusnya dicampurkan beberapa bahan lain dan dikukus dalam bentuk bebola leper. Jika anda ingin mencuba resepi putu ubi kayu ini klik di SINI, namun resepi ini sudah diubah suai dari resepi yang asal.

Beberapa hari yang lepas, makcik tanomkinotuan telah bertandang ke rumah dan membawa seplastik ubi kayu yang besar-besar. teruja melihat isinya yang bersaiz besar dan tidak semena-mena otak ligat memikirkan cara membuat tapai ubi kayu kerana ragi tapai pun masih ada dalam simpanan. Tersenyum lebar tanomkinotuan.

Selain itu ubi kayu juga sesuai dibuat tapai manis ubi kayu sama seperti membuat tapai manis nasi putih atau perang. Hari ini tanomkinotuan bersembang mengenai cara membuat tapai manis ubi kayu pula, manalah tahu pembaca di luar sana yang mempunyai kebun ubi kayu berekar-ekar atau ditanam di laman rumah bolehlah mencuba membuat tapai manis ubi kayu.



Buka kulitnya dengan dengan membuat belahan garis lurus ikut panjang ubi tersebut. Kemudian kopek kulit itu dengan hati-hati mengunakan pisau. Kulit ubi kayu mudah dikopek, tidaklah sudah mana. Seterusnya potong ubi kira-kira 3 inci dan belah 4 jika saiznya besar atau belah 2 jika saiz kecil. Lakukan hingga selesai.


Cuci bersih dan masukkan ke dalam periuk yang diisi air. Tanak hingga empuk. Air harus separas dengan timbunan ubi kayu. 


Setelah masak alihkan ke besen atau bekas jarang (mempunyai lubang) untuk menyejukkannya dan toskan lebihan air. 

Ragi tapai manis

Selepas dihancurkan

Pada masa proses penyejukan dan toskan lebihan air. Ambil sebiji ragi tapi dan hancurkan. Tumbuk menggunakan lesung batu atau seumpamanya.

Apabila ubi kayu sudah sejuk, maka proses menabur ragi harus dilakukan. Guna bekas bertutup seperti kontena saiz besar atau apa juga bekas yang sesuai. Pertama alaskan daun pisang dan tabur ragi sedikit di atas daun pisang tersebut, susun ubi kayu untut 1 lapisan dan memenuhi ruang. Tabur ragi secara keseluruhan di atas ubi tersebut. Susun semula lebihan ubi kayu di atasnya dan tabur lagi dengan ragi. Buat seperti ini hingga selesai. Tutup dengan sehelai lagi daun pisang dan tutup penutup bekas dengan kejap. Seterusnya simpan bekas tersebut di tempat selamat. Tapi tanomkinotuan tidak meletakkan daun pisang.


Tapai ubi kayu akan matang kira-kira 2 hingga 3 hari dan bolehlah dihidangkan. Makan bersama 1 scoop aiskrim perisa vanila atau perisa pudina memang menyeronokkan dan mengujakan. Sekali-sekala mengubah makanan yang enak ini mampu mengimbau nostalgia lama. Adakah anda menyukai tapai manis ubi kayu? Jom menapai...

Selasa

SENARAI NAMA BERSERTA TRACKING NOMBER UNTUK PEMBELIAN BENIH

Tags


Salam dan sejahtera kepada pembaca sekalian. Berikut adalah penama-penama yang membeli benih online di KBR sama ada beli benih kaedah biasa atau membeli pakej promosi benih untuk bulan November 2015.

Agak terlewat tanomkinotuan update senarai nama dan mungkin ada sudah yang menerima dan minta maaf kepada yang terlewat pos kirimannya:

1. SUNARTI  - EP117500771MY 

2. WIDIAYANNA - EP117500808MY 

3. HAMIDAH - EP117500992MY 

4. JISI  - EP117489775MY 

5. ZAINUN - EP117489740MY 

6. NORHANIZA - EP117489886MY 

7. ROFIZA  - EP117489767MY 

8. ROSTAM E - EP117489736MY

9. SITI KHADIJAH A. - EP117489855MY

10. WAN MAHYIDIN - EP117501366MY

Terima kasih kepada semua kerana bershopping online benih di tanomkinotuan.blogspot.com. Oleh kerana tidak ada kebenaran untuk memaparkan nama pembeli di sini maka jika terdapat penama di atas tidak selesa akan nama yang dipaparkan disini atau inginkan privisi maka minta email dengan klik option 'hubungi' di atas untuk memaklumkan kepada tanomkinotuan agar diremove namanya dari entry ini. 

Selamat bertani dan menuai hasil.

Isnin

BENIH KARI INDIA KINI AVAILABLE

Tags



Pokok kari tanomkinotuan yang ditanam di KBR tahun lalu kini sudah mula menghasilkan buah. Sama dengan daunnya buah kari juga aromanya terlalu kuat dan meleket. Disinilah biji kari boleh didapati. 

Bagi mereka yang mengemari resepi berasaskan kari atau dijadikan ubatan tradisional apa kata anda menanamnya di laman rumah. Pokok kari juga sesuai ditanam dalam pasu bersaiz besar. Anda hanya turun keluar ke laman atau balkoni dan petik setangkai dua daunnya untuk resepi memasak. Tidak perlulah keluar ke pasar atau supermarket semata-mata membeli daun kari.

Cara menanam pokok kari dari benih:

Untuk menyemai benih kari tidaklah susah. Anda hanya perlukan:

1. Benih kari

2. Media potting soil

3. Bekas semaian

4. Air untuk menyiram

Masukkan potting soil ke dalam bekas semaian. Anda boleh menggunakan apa-apa bekas seperti cup plastik, kontena atau pasu. Padat-padatkan sedikit media.

Buat lubang kira-kira 2 inci dan masukkan sebiji benih kari lalu timbus semula dengan tanah. Akhir sekali siram dengan air dan letak ditempat teduh tetapi masih terkena haba. 

Dalam masa 2 minggu hingga 1 bulan benih kari anda sudah mula bercambah.

Mahukan sepokok kari di laman rumah anda? Hantar email ke borosmomogun@gmail.com untuk tempahan benih kari ini dengan hanya RM2.90 sahaja untuk 1 pek.

Selamat bertani dan menuai hasil.

POKOK HERBA PECAH BELING: MEMBUNUH KANSER SECARA SEMULA JADI

Tags


Siapa tidak mengenali pokok herba ini yang dipanggil sebagai pecah beling atau nama saintifiknya ialah strobilanthes crispus berasal dari wilayah Madagascar hingga ke Indonesia dan dijumpai pertama kali oleh Thomas Anderson sebagai satu bahan kajian. Pokok herba ini sudah lama digunakan di belahan Asia sebagai bahan ubat tradisional untuk mengurangkan kesakitan pada tubuh badan. Pokok pecah beling hidup subur di tepi-tepi sungai yang lembab dan padang terbiar. Mempunyai pelbagai nama mengikut lokasi seperti pecah beling, pecah kaca, enyoh kilo, kecibeling, pokok batu karang, remek dan sebagainya. Dalam bahasa Cina pula dipanggil 'hei mian jiang jun'.

Mempunyai ketinggian lebih kurang 1 hingga 2 meter dan bercabang banyak. Daun berwarna hijau muda ke hijau tua dan agak keras, berbunyi nyaring jika digosok atau direnyuk. Mempunyai bunga seperti loceng saiz kecil berwarna kuning tetapi sangat jarang berbunga. 

Tanomkinotuan mengenali pokok ini setelah mengikuti pameran herba tradisi di Kota Kinabalu tempoh hari. Pelbagai jenis pokok herba boleh dilihat dengan pelbagai bentuk saiz, jenis dan sebagainya. Tanomkinotuan tertarik dengan pokok pecah beling kerana sangat unik dan menarik. Khasiatnya juga amat berkesan untuk kesihatan manusia. Oleh kerana, tanomkinotuan lewat bertandang ke pameran tersebut makanya pokok pecah beling yang dijual juga habis. Maka putih matalah tanomkinotuan pulang dengan tangan kosong. 

Walau bagaimanapun, tanomkinotuan search kat internet dan membelek blog ke blog mengenai pokok herba pecah beling hingga terjumpa satu website yang menjualnya lalu tanomkinotuan berurusan untuk proses jualbeli. 3 hari kemudian, tempahan pokok tiba di rumah dan langsung saja menanam di KBR (Kebun Belakang Rumah). Kini pokok pecah beling yang ditanam di KBR semakin merimbun dan banyak dibiakkan. Cara pembiakan pokok pecah beling ialah menggunakan keratan batangnya.

Pilih dan potong keratan batang yang elok dan tidak berpenyakit lebih kurang 6 hingga 8 inci panjang. Potong ranting muda, daun dan tinggalkan daun di pucuknya. Sebelum ditanam lakukan rendaman keratan batang dengan serum EM1 dengan ratio 1:30 iaitu 1 bahagian serum EM1 ditambah dengan 30 bahagian air bersih. Rendam keratan batang pokok pecah beling lebih kurang 2 hingga 3 jam atau lebih elok hingga semalaman. 

Sediakan media dengan menggunakan cocopeat yang dibasahkan dengan sedikit sebatian serum EM1 untuk melembabkannya. Masukkan cocopeat yang lembab itu ke dalam cup plastik, mampatkan sedikit media dan tanam keratan batang pokok pecah belang dengan membenamkan pangkalnya kira-kira 2 hingga 3 inci dalam. Selain itu anda juga boleh melakukan proses pengakaran dengan merendamkan ke dalam air yang dicampurkan dengan serum EM1 hingga berakar dan bertunas, pentingnya ia diletakkan di tepi jendela yang boleh terkena cahaya matahari pada waktu pagi atau pun petang. Seterusnya pindahkan keratan batang pokok pecah beling tersebut ke pasu atau polibag apabila sudah berakar dan bertunas. Simpan ditempat teduh selama seminggu dan alihkan ke tempat panas untuk pertumbuhan yang maksimum.

Manfaat Pokok Pecah Beling

1. Anti-diabetis

Daunnya diekstrak terlebih dahulu untuk mendapatkan cecair dari daun yang mempunyai bahan berguna dalam mengurangkan kadar penyakit darah tinggi pada seseorang. Peningkatan anti oksidan terhadap tubuh badan memungkinkan badan mampu menyeimbangkan kadar gula dalam darah tersebut.

2. Anti-kanser

Melalui kajian kes in vetro dan in vevo didapati bahawa pokok pecah beling melalui ekstraknya dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti sel kanser kolon, sel kanser hati dan sel kanser payu darah dimana mampu menghapuskan kanser secara semula jadi tanpa kesan sampingan yang dialami oleh pengidapnya.

3. Anti-mikrob

Dapat merencatkan pertumbuhan beberapa jenis mikroorganisma. Satu kajian telah dibuat terhadap 7 jenis mikroorganisma sebagai sampel. Dua daripadanya dapat merencatkan pertumbuhan mikroorganisma itu.

4. Anti batu karang

Bahan yang terkandung dalam pokok herba pecah beling mampu memecahkan batu karang dalam buah pinggang. 

5. Anti-oksidan

Mampu menyeimbangkan darah dalam tubuh badan dan dapat menyinkirkan radikal bebas, ia juga dapat berfungsi sebagai agen pencegahan penyakit.

6. Anti-diabitis

Dapat meneutralkan gula dalam darah dengan meminum ekstrak pokok pecah beling. 

Kajian menunjukkan bahawa pecah beling atau pecah kaca ini dikatakan mengandungi mineral yang tinggi di dalamnya. Antara mineral tersebut ialah kalsium, kalium, natrium, ferum dan fosforus. Daunnya pula sangat banyak kandunganvitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2. Juga bahan seperti katekin dan tannin juga tinggi jumlahnya. Bahan sedikit yang terdapat pada daunnya ialah kafein.

Cara menggunakan pokok herba pecah beling.

1. Ambil 5 hingga 7 helai daun.

2. Cuci bersih dan toskan.

3. Masukkan dalam bekas memasak dan tambah 500ml air bersih.

4. Masak hingga air menjadi 200ml. Tapis air dan daun pecah beling dan sejukkan.

5. Minum segelas pada waktu pagi dan setiap hari hingga penyakit beransur sembuh.

PERHATIAN:

Blog ini hanya sebagai maklumat peribadi penulis. Penulis dan blog http://www.tanomkinotuan.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab sekirannya berlaku masalah yang tidak diingini setelah menuruti info ini. Sila baca Penafian di atas untuk maklumat selanjutnya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Sabtu

TUAIAN HEIRLOOM BUAH JAGUNG PULUT

Tags
Jagung pulut merupakan jagung yang lazim ditanam oleh pekebun-pekebun kecil di kampung-kampung. Jagung ini dikategorikan sebagai jagung kampung dan jagung kampung mempunyai pelbagai jenis dari segi warna kelopak buah dan batang, saiz dan juga rasa. Umumnya jagung kampung mempunyai 3 jenis warna seperti perang, kuning dan putih. Jagung pulut kampung tergolong dalam warna putih dan rasa sedikit meleket dan aroma cukup memikat, selain itu jagung pulut juga ada yang berwarna kuning yang dikenali sebagai jagung pulut pandan kerana aromanya sama seperti pandan.

Jagung pulut kelopak hijau

Tanomkinotuan adalah peminat jagung khususnya jagung kampung. Jagung manis menjadi sentapan sekiranya jagung pulut ini sukar diperolehi. Oleh yang demikian, tanomkinotuan berusaha mendapatkan benih jagung pulut dengan apa cara sekalipun kerana variati jagung pulut sudah semakin pupus dan terpinggir disebabkan oleh kehadiran jagung-jagung hibrid dari Thailand, Taiwan, China dan USA yang kini memenuhi ruang pasaran tempatan.

Jagung pulut kelopak ungu

Pada ketika itu tanomkinotuan sempat ke tamu di Keningau yang beroperasi pada Khamis dan Ahad setiap minggu bermula jam 6.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk mencari benda yang berkenan di hati. Ternampak nenek tua di hujung dengan menjual pelbagai jenis sayuran serta benih jagung pulut. Gembira bukan kepalang di mana benih yang dicari-cari sudah ada dalam genggaman. Petang itu juga selepas kembali ke rumah langsung ke KBR untuk menyediakan batas.

Bagi tanomkinotuan, pembatasan haruslah dilakukan dengan sebaiknya. Gembur tanah dan tinggikan batas kira-kira 1 kaki tinggi dengan 2X8 kaki persegi. Tanomkinotuan tabur kompos sebanyak 10 kilo, ini kompos percuma sahaja kompos kelapa sawit yang diambil berhampiran kilang dan ditabur 5 genggam kapur pertanian. Gaul sebati dan bolehlah menyemai benih dengan membuat lubang sedalam 2 inci dengan jarak 2 kaki atau 3 kaki. Maka tumbuhlah pokok jagung tersebut dengan baik.

Selepas ditanam tanomkinotuan hanya siram pagi petang dan bubuh baja sekali sekala. Tidak susah untuk menjaganya, mudah dan sangat santai. Tanomkinotuan tanam pokok jagung dengan kacang tanah. Kacang tanah masih lagi di batas mungkin 2 atau 3 minggu lagi bolehlah dituai.

Terdapat dua jenis pokok jagung pulut yang ditanam iaitu jagung pulut kelopak hijau dan jagung pulut kelopak ungu. Kedua-duanya mempamerkan rasa yang cukup memikat. Ia tumbuh dengan baik tanpa serangan makhluk perosak. Pokok jagung jarang diserang penyakit jika media berada dalam keadaan lembab dan cukup baja.

Selepas 3 minggu jagung pulut sudah mula berbunga dan mengeluarkan bunga betinanya. Dua minggu kemudian buah jagung sudah kelihatan. Hampir 3 bulan menunggu sehingga buah jagung matang maka ia sudah boleh dituai. 

Sekembali tanomkinotuan ke rumah langsung ke KBR, pertama yang dilihat ialah buah jagung. Dengan mengopek sedikit kelopak jagung tersebut untuk melihat sama ada isinya sesuai dituai atau tidak. Cukup sifat buahnya cantik tersusun. Dengan tidak sabar tanomkinotuan tuai buah-buah jagung yang matang. Malam ini makan rebusan jagung sambil menonton TV.





Jagung pulut tanam sendiri sesuai dituai apabila isinya masih diselaputi 70% air. Ia masih lembut dan tidak keras. Sekiranya dituai buah jagung yang kurang air dari itu buah jagung sudah jadi keras sedikit dan anda tidak merasa kelazatan jagung yang sebenar kerana anda terpaksa tingkatkan kunyahan.

Dengan kutipan hasil jagung pulut ini cukup menampung sekeluarga untuk makan.


Bagi pembaca yang berminat untuk menanam jagung pulut ini bolehlah menghantar pesanan ke borosmomogun@gmail.com. 1 pek benih jagung pulut hanya RM2.90 sahaja dengan anggaran benih sebanyak 25 biji. Pokok jagung juga boleh ditanam dalam pasu saiz besar atau polibag.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Khamis

CAMBAHAN BENIH SALAD AMERIKA DALAM CUP PLASTIK

Tags

Percambahan Salad Amerika

Hujung tahun hingga awal tahun depan negara kita mengalami perubahan cuaca dari musim panas kepada musim hujan. Segala aktiviti sedikit terganggu termasuklah aktiviti bertani santai di halaman rumah. Musim hujan juga harga sayuran melambung tinggi sebab masa ini sayuran mengalami serangan teruk dari ulat pemakan daun dan juga bakteria perosak akar.

Menyemai benih ketika hujan dikatakan satu masalah besar jika menyemai langsung pada tanah. Curahan hujan yang lebat mengakibatkan benih beralih ke tempat lain. Oleh itu jika menyemai benih pada batas haruslah dibawah teduhan atau tapak semaian tersebut ditutupi dengan jaring hitam atau seumpamanya bagi mengelak daripada dirosakkan oleh hujan.

Pada entry hari ini tanonkinotuan ingin berkongsi kepada pembaca cara dan kaedah semaian yang sangat praktikal dilakukan oleh mereka yang ingin menyemai benih ketika ini. Anda boleh mengatasi masalah dan hujan bukan lagi penghalang untuk kita bertani.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Cup plastik bersaiz kecil

2. 2 helai tisu dilipat sesuai dengan saiz cup plastik tersebut

3. Serum EM1 atau booster roti. Boleh juga menggunakan air biasa.


Cara penyediaannya:


1. Sediakan cup plastik, pastikan cup plastik bersih. Cuci dengan bersih dan keringkan jika menggunakan cup plastik kitar semula.

2. Lipatkan tisu mengikut saiz cup plastik.

3. Letakkan tisu tersebut ke dalam cup plastik.

4. Sembur tisu tersebut dengan serum EM1 atau Booster roti yang dicairkan mengikut nisbah 1:20 (1 bahagian EM1 dengan 20 bahagian air non-klorin. Tisu setakat lembab sahaja.

5. Seterusnya tabur benih salad amerika di atasnya. Benih jangan bertindih.

6. Tutup cup plastik dengan kejap dan letakkan cup plastik tersebut di tepi jendela atau mana-mana tempat yang terlindung tetapi masih terkena haba. Suhu diperlukan oleh benih untuk bercambah dengan baik.

7. Selalulah menjenguk cup tersebut kalau-kalau kering, sembur untuk melembabkannya semula. 

Benih Salad Amerika percambahannya sangat cepat, hari ini disemai dalam cup plastik, esok sudah ada benih yang keluarkan akar. Alihkan ke pasu bagi benih-benih yang sudah bercambah dan letak ditempat teduh terlebih dahulu, selepas seminggu barulah diletakkan ditempat terkena sinaran matahari.

Tanomkinotuan ingin menyemai benih dengan semaian dalam cup plastik. Oleh kerana setiap petang hujan lebat di tempat tanomkinotuan. Semain dalam cup plastik adalah cara yang sangat praktikal dan mudah. 

Cup-cup plastik tersebut tanomkinotuan letak ditepi jendela yang terkena haba matahari pada waktu pagi. Suhu berperanan untuk percambahan benih salad. Lagi pula menggunakan tisu bersih selamat daripada semai melalui tanah yang memungkinkan benih mati diserang bakteria kecuali media yang disteril.

Keesokan harinya, sebiji benih telah mula bercambah dan sempat dipindahkan pada cup plastik yang agak besar sedikit dan hari berikutnya benih-benih salad amerika mula bercambah semuanya dan sebahagian benih itu telah dipindahkan ke cup yang besar sedikit.




Agak terkejut dan teruja tanomkinotuan bahawa menyemai benih salad dalam cup plastik lebih cepat percambahannya berbanding disemai dalam tanah. Tanomkinotuan sering gagal menyemai benih salad menerusi semaian media tanah, oleh yang demikian pembaca boleh mengaplikasikan cara ini untuk menyemai benih salad anda. Teruja menanam pokok salad? Jom semai benih salad Amerika dengan dapatkan benih salad Amerika hanya RM2.90 sahaja. Email ke borosmomogun@gmail.com untuk info selanjutnya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Rabu

Pokok Epal Hidup Subur di Sabah, Malaysia



Pokok epal merupakan tumbuhan yang banyak ditanam di negara 4 musim. Antara ribuan jenis pokok yang tumbuh dengan baik di negara-negara Eropah, Amerika dan tempat-tempat lain. Diusahakan oleh pemilik-pemilik tanah secara besar-besaran bagi menampung buah epal eksport ke negara-negara luar termasuk di negara kita.


Epal atau nama saintifiknya ialah Malus Domestica ini sangat digemari ramai. Dimakan begitu sahaja atau campuran dalam salad atau pun dibuat sebagai pai epal. Pokok epal mempunyai pelbagai jenis, warna dan saiz yang mempunyai rasa yang enak dan ranggup. Rasa masam manis menyerlahkan keunikannya dengan aroma yang cukup memikat. Memakan sebiji buah epal yang ranggup sudah cukup untuk serapan pagi sambil segelas coklet panas. Ia juga cukup berkhasiat dan kandungan vitamin C juga tinggi.

Tanomkinotuan sangat-sangat teruja dan tumpang gembira apabila membaca mengenai kejayaan orang lain menyemai dan menanam pokok epal di blog-blog Malaysia. Terfikir tanomkinotuan bahawa bolehkah pokok epal tumbuh di negara kita? Bolehkah pokok epal bertahan dengan musim hujan melanda negara kita setiap tahun? Adakah pokok epal mudah berbuah di negara kita? Persoalan demi persoalan bermain di benak tanomkinotuan hingga terdetik dan terniat dalam hati untuk menyemai buah epal tapi masalahnya dimanakah perlu mendapatkan biji benih? Adakah boleh menyemai benih epal yang dijual di kedai atau supermarket?


Dengan tekad dan azam tanonkinotuan singgah salah satu supermarket yang ada menjual epal dengan pelbagai jenis. Jadi tanonkinotuan telah mengambil buah epal dengan nama tertera Royal New Zealand Apple, saiz sederhana besar, warna merah pudar dan isinya sangat ranggup. Sampai di rumah tanomkinotuan proses dengan mengeluarkan benih-benihnya dan kumpulkan dalam mangkuk yang sudah diisi dengan air yang dicampurkan serum EM1. 

Tapi sebelum itu, tanomkinotuan sudah berguru dengan google, youtube dan beberapa forum dalam dan luar negara mengenai panduan menyemai benih epal. Dengan sedikit ilmu ini tanomkinotuan sediakan peatmos yang dilembabkan serta dimasukkan ke dalam plastik berzip. Seterusnya masukkan benih epal tersebut ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk hinggalah benih epal tersebut bercambah.


Tanomkinotuan hanya menunggu 1 minggu untuk benih epal bercambah dan kemudian dialihkan ke dalam polibag hinggalah kini. Secara umumnya pokok epal tanomkinotuan yang ada sekarang ialah rata-ratanya sudah berusia 5 hingga 9 bulan. Tinggi lebih satu kaki lebih. Dan semakin tinggi malah pertumbuhannya galak di KBR.

Pada awalnya tanomkinotuan mengalami masalah pengalihan anak pokok ke dalam polibag. 10 anak pokok yang dialihkan hanya 2 yang berjaya dan semaian benih epal pada gambar-gambar tertera adalah sebanyak 3 kali dan keempat pula masih dalam peti sejuk, baru berusia 4 hari semasa entry ini ditulis iaitu dari jenis Washington Red Apple. Oleh itu saiz dan tumbuhbesaran berbeza. Tetapi menghairankan di mana pokok pertama disemai pertumbuhannya terbantut untuk beberapa bulan hingga luluh daunnya, ingatkan sudah mati nasib tanomkinotuan tak cabut. Tidak lama kemudian, pokok tersebut mula berdaun dengan baik.


Manakala bagi semaian kedua pula pokoknya sudah tinggi berbanding dengan pokok epal semaian pertama malah daun dan batang cantik. Pada usia pokok ini masih kecil, daunnya telah diserang apid hingga mengerekot dan keriting daunnya. Pertumbuhan sedikit terjejas, selepas dispray dengan racun serangga bawang putih barulah pokok epal ini tumbuh seperti biasa.

Cara penjagaan pokok epal tidaklah cerewet sangat. Asal akarnya sudah kuat ia susah hendak mati kecuali serangan dari fungi, bakteria mahupun virus. Tanomkinotuan belum ada pengalaman lagi mengenai pokok epal yang diserang oleh mikroorganisma di atas jadi tanomkinotuan tidak dapat memberikan sebarang pendapat. 

Hanya saja 2 minggu sekali bubuh baja NPK organik dan tidak pernah dibubuh menggunakan baja kimia. Khuatir juga jika baja kimia menjejaskan batang dan akar menyebabkan pokok mati. Siram apabila tanah sudah mula kering jangan pula media terlalu basah. Ia boleh mengundang fungi dan bakteria yang boleh menjangkiti akar pokok. 

Pada masa akan datang pokok-pokok ini akan dialihkan ke tanah. Tetapi hendak mengumpulkan seberapa banyak ilmu mengenau pemindahan ke tanah. Tanomkinotuan juga biasa menanam anak pokok seperti mangga, asam jawa, pokok jambu air dan limau manis tetapi mungkin ada bezanya cara menanam dengan pokok epal ini. 

Tanomkinotuan akan update dari semasa mengenai pokok epal ini untuk perkongsian para pembaca. Adakah anda berminat menanam pokok epal? Mulakan dengan biji-biji epal yang dibeli dari kedai dan semai untuk reward di masa akan datang, ia berbaloi untuk anda. 

Selamat bertani dan menuai hasil.