Khamis

APAKAH PERLITE? KETAHUI PERLITE SEBAGAI BAHAN POTTING SOIL

Tags




Perlite selalunya dirujuk kepada batuan silika yang mengalami pengembangan pada suhu tinggi kira-kira 1600 F ke atas dan menjadi sangat ringan. Ia adalah batuan vulkano semasa berlakunya letusan gunung berapi yang mengalami pengembangan 13 kali ganda dari saiz asal. Perlite berwarna putih bersih. Negara US adalah pengeluar perlite terbesar dunia. Negara kita mengimport perlite dengan banyak kerana permintaan tinggi di pasaran sebagai campuran dalam media tanaman.

Sekiranya anda pernah membeli potting soil di nusery atau kedai pertanian dan mendapati media tersebut mempunyai benda berwarna putih, itulah perlite.

Tanomkinotuan menggunakan perlite sebagai pengganti pasir sungai dalam campuran media bagi membuat potting soil semaian atau pun media tanaman. Sebelum ini tanomkinotuan menggunakan pasir sungai sahaja tetapi agak berat sedikit. Menggunakan perlite dalam campuran mendapati media sangat ringan. Hanya angkat sebelah tangan saja siap dilambung-lambung lagi. Kikiki...

Penggunaan perlite dalam industry horticulural sangat meluas di mana perlite adalah bahan asas dalam pembuatan potting soil, soil starting mix dan sebagainya. Sebenarnya perlite digunakan dalam media campuran untuk mengantikan pasir sungai yang agak berat. Lagi pun perlite bersifat neutral dan tidak membawa penyakit. Ini bermaksud perlite sangat sesuai sebagai bahan media tanaman.

Kebaikan perlite dalam pertanian khususnya dalam campuran media:

1. Menyerap dan memegang air. Perlite adalah ringan di mana mempunyai rongga-rongga kecil di dalamnya. Apabila siraman dilakukan ia menyerap dan menyimpan air pada kadar yang sepatutnya kemudian akan mengalirkan lebihan air dalam pasu dengan kadar yang cepat. Oleh itu masalah lebihan air dalam pasu tidak berlaku dan pokol tanaman anda selamat dan membesar dengan baik.

2. Memberikan saliran yang baik dalam media. Perlite dapat memberikan saliran yang baik dalam media dengan menjadikan media tersebut mengalirkan air dengan cepat.

3. Memberikan ruang pengudaraan yang baik. Perlite juga berfungsi memberikan ruang-ruang udara dalam media. Dengan menambah perlite ini, media kurang mampat dan udara dapat bebas dalam media untuk kebaikkan akar dalam tanah.

4. Memperbaiki dan membaikpulih kualiti media. Perlite dapat membaiki kualiti media dengan menjadikan media ringan, pengudaraan yang baik dan saliran air yang baik.

Perlite sesuai untuk semaian keratan batang seperti pokok mulberri, bunga rose, dan pokok buah-buahan. Juga boleh digunakan untuk menanam umbisi saffron tanpa campuran media dan bahan lain, 100% perlite.


Pokok timun mini 

Gambar di atas ialah menggunakan campuran perlite dalam media. Pokok timun mini hidup baik dalam pasu dan kini pokoknya sudah mengeluarkan buah. 

Contoh pembuatan potting soil yang asas menggunakan perlite untuk media semaian atau media tanaman:

1. 200 gram cocopeat

2. 100 gram kompos

3. 50 gram atau 100 gram perlite

Campurkan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Masukkan media dalam pasu dan tanam pokok anda. Pokok anda membesar dengan baik bagai juara. Jangan lupa bubuh baja organik dua sudu setiap 2 minggu.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

9 komen

Salam En.Carlz.Boleh tk email kn senarai benih utk dijual ke alamat norish.norlin@gmail.com.
Terima kasih :-)

Wa alaikum salam Norish.NN

Sy sudah send dua kali senarai benih pada awk. Mungkin ada masalah kot. Maaf akan sy email semula puan.

Assalam tuan. Mohon emailkan ke padiodom@yahoo.com senarai benih

tuan email ke jangut84@gmail.com
harga perlite,vemocite dan senarai benih ,
terima kasih

Salam Tuan, boleh email sebut harga apa2 barang yg tuan jual seperti media, baja, benih dan apa yg patut lah. Hehehe. Nanti boleh pilih apa brg yg nak d beli :) Email saya ke dj_rizal1811@yahoo.com

Maaf bertanya Ada jual perlite saya ingin membeli , bagaimana cara jualan - & bayaran. Wssap 0124890879

Maaf bertanya Ada jual perlite saya ingin membeli , bagaimana cara jualan - & bayaran. Wssap 0124890879


EmoticonEmoticon