Selasa

PANDUAN MEMBUAT PENYIRAMAN SOLAR AIR TITIS

Tags


Botol plastik minyak masak saiz besar
Dan botol mineral 1.5 liter

Kadang-kadang aktiviti menyiram pada waktu pagi dan petang sangat-sangat menyeronokkan apatah lagi dilakukan bersama-sama dengan ahli keluarga. Aktiviti bertani khususnya menyiram ini dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Tetapi jika menyiram dengan mengangkat baldi atau alat menyiram satu batas ke satu batas yang lain sememangnya amat meletihkan. Lebih-lebih lagi jika anda menyiram sayuran yang amat luas. Boleh patah tulang tangan. Haha...

Namun begitu jika anda menggunakan siraman titis yang dikawal secara automatik sudah tentu dapat menjimatkan masa anda sekeluarga. Namun kos membuat siraman titis amat-amat tinggi. Anda perlukan batang paip, pump dan sebagainya dan sambung ke batas anda. Jika anda cukup modal mungkin boleh menggunakan kaedah ini.

Tetapi satu lagi cara yang boleh anda lakukan untuk aktiviti menyiram secara jimat masa ialah siraman solar titis atau Solar Water Distillation. Bahan yang diperlukan sangat mudah dan jimat serta kos tiada. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1. Botol minyak saiz besar

2. Botol mineral 1.5 liter

3. Air bersih

Caranya, dengan menggunakan pisau tajam potong bahagian botol minyak masak di atasnya iaitu dibahagian kepala penutupnya. Cuci botol minyak masak tersebut menggunakan serbuk pencuci agar minyak yang melekat di dalamnya dapat ditanggalkan. Kemudian keringkan botol minyak tersebut menggunakan tuala kering atau sinari dengan cahaya matahari terik. 

Bagi botol mineral 1.5 liter, potong dua dengan pisau tajam. Bersihkan dengan air dan keringkan.

Untuk membuat siraman solar titis ini sangat mudah. Anda boleh meletakkan siraman solar titis pada jenis tanaman sayuran seperti jagung, tomato, cili, terung dan sayuran berdaun yang ditanam dengan jarak secara jauh.


Korek batas diantara pokok jagung. Korek sedalam 4 inci dalam dan luas mengikut saiz botol mineral 1.5 liter. 


Tanam dua potongan botol mineral seperti gambar di atas.


Timbus semula tanah di bahagian bawah dan padatkan tanah supaya botol tersebut tidak rebah apabila diisi dengan air nanti. Isi air bersih kedua-dua potongan botol separuh penuh. Tanomkinotuan isi air awal untuk seimbangkannya semasa ditanam. Terpulanglah kepada pembaca yang mana dirasakan sesuai.


Kemudian dengan menggunakan bekas botol minyak yang telah dipotong bahagian atasnya. Tutup botol berisi air itu seperti dalam gambar di atas.

Mungkin kita tertanya-tanya bagaimanakah teknik ini boleh membekalkan air kepada tumbuhan. Tidak masuk akal?? 

Sebenarnya air jika humid disekelilingnya agak panas. Air akan meluap ke udara melalui proses pemeluapan. Molikul-molikul air tersebut akan hilang diudara begitu sahaja akibat daripada haba atau cuaca panas. Namun apabila air dalam botol tersebut ditutup menggunakan bekas lutsinar seperti botol plastik minyak masak. Air yang meluap ke udara tersekat pada dinding botol plastik minyak masak tersebut dan bertukar kepada air. Apabila jumlahnya semakin banyak maka ia akan menitis semula ke tanah secara berterusan selagi air di dalam botol mineral itu masih ada/kekal. Maka dengan itu, ia dapat membekalkan sumber air pada tanah seterusnya diserap oleh akar pokok jagung.

Diharap penerangan sains di atas bolehlah difahami oleh semua. Tanomkinotuan adalah aliran sastera tulin lagi asli. Hari-hari bermalankolik dan bermetafora bagai masa belajar dulu. Kalau salah penjelasannya harap dimaafkan.


Maka cara ini mampu untuk menjimatkan tenaga anda daripada menyiram secara menual. Anda boleh isi semula dengan air di dalamnya sekiranya air tersebut berkurang. Untuk melembabkan keseluruhan batas. Anda boleh meletakkan mulsa/sungkupan pada batas seperti daun kering, rumput kering, kertas carik dan sebagainya. Dalam contoh ini tanomkinotuan menggunakan rumput kering untuk tujuan tersebut.

Anda tidak perlu risau sekiranya anda pulang ke kampung semasa perayaan, cuti sekolah, melancong atau out-station di luar kawasan. Teknik siraman solar air titis akan mengambil alih peranan menyiram tanaman anda. 

Adakah anda teruja dengan cara dan teknik mudah membekalkan air pada tanaman tanpa memeras tenaga anda. Tunggu entry pada masa akan datang cara siraman dalam pasu yang tidak mengerah tenaga yang banyak.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

7 komen

wahhh... info yg berguna ni... modal pun tak banyak.. cuma guna semula botol terpakai sahaja... terima kasih..

Sama2. Mudah-mudahan bermanfaat.

Tkasih di atas info..
Bermenfaat utk musim panas skrang. Saya akan cuba.

Sy nak tya klu dr sudut pndangan encik klu tempt bkebun sy jauh dr sumber air paip cuma ada saliran air dari parit yg digali..sy ada tanam cili tp klu dlm kuantiti yg byk sy akn mngalami mslh penyiraman..blhkh encik mmberi sedikit idea @pndgn.. Liza

Hai,

Kalau nak tanam cili secara ladang elok menggunakan penyiraman yang lebih efektif untuk hasil yang memuaskan. Berapa jauh sumber air dari kebun Liza? klo boleh beli jer batang paip lagi mudah dan selesa.

Adapun cara lain seperti sistem siraman titis dengan menggunakan botol atau gelen besar tetapi agak leceh untuk mengisi semula dgn air.

selain itu boleh menggunakan tali kapas yang disambungkan ke dalam gelen dan diletakkan ke batas. Ini juga masalah nak isi air di kemudian hari apatah lagi jika ladang bersaiz besar.

Liza buatlah keputusan yang mana lebih sesuai. Masing2 ada kelemahannya.

kalau mau free pakai ja buluh atau modal sikit paip pvc,idea ini untuk kebun kecil batas rata panjang batas sekitar 10-20 kaki untuk buluh, kalau pvc rasanya panjang pun tiada masalah kalau dapat beli pvc yg panjang. belah dua buluh atau paip pvc, buluh kena buang setiap buku/ruas sehingga sama rata supaya pengaliran tidak tersekat. susun diatas batas bersebekahan pokok. di setiap anak pokok yg ditanam tebuk dengan saiz kecil, kalau buluh sesuai guna drill sahaja, sebab kalau tebuk guna paku takut buluh pecah. isi air dari hujung batas sahaja buluh atau paip pvc tersebut maka semua pokok dapat disiram. tidak perlu angkat air dari pokok ke pokok. dapat menjimatkan masa dan tenaga. mungkin cikgu jusery boleh buat dan tunjukkan gambar hehehe

lupa pula hujung buluh atau pvc tu kena tutup supaya air dalam buluh atau pvc dapat bertakung.


EmoticonEmoticon