Sabtu

LOBAK MERAH KURADO DALAM CUP

Tags



Selamat berhari minggu kepada semua pembaca. Hujung minggu yang boleh dijadikan sebagai hari cuti dan memberikan secukupnya perhatian kepada keluarga dan anak-anak. Masa inilah yang paling baik untuk berjalan-jalan bersama keluarga di mana-mana sama ada berkelah, bershoping, melawat zoo atau juga membersihkan dan menyemai benih di laman rumah. Dapatlah meningkatkan keakraban dan silaturahim sesama anak-anak dan suami atau isteri tersayang.

Ini adalah entry mengenai lobak merah. Pertengahan bulan November tahun lalu tanomkinotuan menyemai benih lobak merah variati korado F1, dibeli di kedai pertanian hari tu. 

Tanomkinotuan tidak semai seperti lazimnya tetapi semai dahulu dalam cup plastik. Caranya sediakan cup plastik saiz kecil atau kontena saiz besar jenis lutsinar. Ambil beberapa helai tisu kemudian hamparkan ke dalam bekas tu. Tabur benih lobak merah di atasnya dan spray dengan air untuk melembabkannya. Jangan terlalu basah pula cukup sekadar lembab. Jika tisu kering selepas dua tiga hari spray semula. Tutup cup plastik atau kontena tersebut dengan kejap dan simpan ke dalam peti sejuk selama 3 minggu atau sehingga benih lobak merah bercambah. 

Benih lobak merah kurado F1 yang disemai cara ini bercambah selepas 3 minggu. Dan tanomkinotuan alihkan ke cup plastik bekas minuman tu. Dalam hati tanomkinotuan jika anak pokok lobak merah tu dah mempunyai 2 atau 4 helai daun, tanomkinotuan akan pindahkan ke batas atau pasu di kemudian hari. Namun hingga kini anak pokok lobak merah korado masih dalam cup dan belum dialihkan lagi. Sekarang pokoknya sudah membesar dah mula menghasilkan lobak. Jadi tanomkinotuan biarkan sahaja dalam cup tersebut. Menjadi atau tidak tanomkinotuan sudah tidak kesah. 

Mungkin tanomkinotuan hanya jaga pembacaan dan kelembapan tanah untuk memudahkan pokok lobak membesar bagai juara walaupun bekas tanaman hanya cup plastik sahaja. Tanomkinotuan juga sebenarnya ingin melihat sejauhmana kebenaran lobak merah boleh membesar dan membentuk lobaknya.

Cara menggunakan cup plastik boleh dipraktikkan oleh mereka yang tidak mempunyai pasu atau kontena bersaiz besar. Tetapi pastikan menggunakan variati lobaknya pendek dan tidak panjang seperti korado, lobak merah bulat dan sebagainya.

Media yang digunakan bagi menanam lobak merah dalam cup plastik di atas ialah media campuran potting soil buatan sendiri iaitu campuran cocopeat, kompos dan pasir sungai dengan nisbah 2:1:1. Gaul media hingga sebati dan masukkan ke dalam cup plastik. 

Seterusnya dengan berhati-hati cabut atau ambil benih lobak merah yang sudah mula bercambah menggunakan sudu atau apa-apa alat yang sesuai dan buat setengah inci pada media dalam cup tersebut ditengahnya. Masukkan benih lobak merah yang telah bercambah ke dalam lubang kemudian timbus semula dengan tanah. Seterusnya siram atau spray dengan air. Cup plastik tersebut diletakkan di tempat teduh tetapi masih terkena cahaya matahari pada waktu pagi atau petang. Contohnya anda boleh diletakkan di tepi gendela dapur, balkoni atau ditepi dinding rumah anda. 

Setelah benih lobak mula tumbuh ke permukaan, bolehlah diletakkan di bawah sinaran matahari secara berperingkat-peringkat. Sejam untuk hari pertama, naikkan 2 jam pada hari ketiga dan seterusnya hingga anak benih lobak merah benar-benar kuat menerima cahaya matahari. Jangan lupa siram media jika media kurang.

Menanam lobak merah tidaklah sesusah mana, cuma masalah mungkin pada peringkat menyemai. Untuk pengetahuan semua, benih lobak merah selalunya diimport dari luar negara dan benih mungkin tidak serasi atau mengalami kejutan sekiranya disemai cara biasa. Oleh itu elok disemai dalam peti sejuk terlebih dahulu untuk membolehkan benih lobak merah bercambah dengan baik. Suhu yang sesuai bagi benih lobak merah bercambah dengan baik ialah 25 darjah celsius.

Bagi mereka yang ingin menyemai lobak atau ingin mencuba menyemai lobak merah boleh dapatkan benih lobak merah di blog tanomkinotuan. Terdapat 3 variati yang anda beli iaitu:

1. Lobak merah korado F1 (Tidak disertakan gambar)


2. Lobak merah bulat


3. Lobak merah kosmik (Carrot Cosmic purple)

Setiap 1 pek berharga RM2.90 dan anggaran 35 hingga 50 biji untuk 1 pek. Harga di atas tidak termasuk postage.

Sila email ke borosmomogun@gmail.com untuk info selanjutnya dan klik SINI untuk membeli senarai benih yang diingini.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon