Ahad

PANDUAN MENCAMBAHKAN HALIA BARA

Tags


Halia bara atau halia merah adalah variati halia yang sukar untuk diperolehi kerana jenis halia ini tidak ditanam secara komersil. Hanya ditanam di kampung-kampung secara sara diri dan dijual di tamu-tamu atau open market secara kecil-kecilan. Halia bara mempunyai khasiat yang tinggi dan sering digunakan dalam perubatan tradisional.

Tahun lalu tanomkinotuan ada menanam halia bara ini dan berjaya dituai. Namun oleh kerana halia yang lazim dimakan itu sudah habis maka halia bara jadi sasaran hingga lupa menyimpan untuk benih. Tanomkinotuan terpaksa mencari semula benihnya yang dijual di tamu tetapi bulan Disember 2015 baru terjumpa. Apalagi tanomkinotuan tidak bertanya banyak bila diberitahu harga RM5.00 setompok.

Hari ini tanomkinotuan berkongsi cara mencambahkan rizom halia bara. Pembaca boleh ikuti cara ini jika dirasakan sesuai.


Pertama sekali dapatkan rizom halia bara. Anda boleh membelinya atau meminta dari rakan atau saudara mara.


Kemudian basahkan halia bara dengan air lalu dibalut dengan tisu. Masukkan ke dalam plastik dan ikat kejap kemudian simpan ditempat selamat atau dalam keadaan gelap selama 3 minggu atau hingga rizom halia bara anda bertunas.


Selepas 3 minggu, rizom halia bara sudah mengeluarkan tunas dan bolehlah ditanam di atas tanah mahupun pasu.

***Nota:

1.Teknik ini juga boleh diaplikasikan kepada jenis halia biasa.

2. Pastikan halia bara dalam keadaan lembab dan tidak terlalu basah. Jika dalam tempoh beberapa hari dilihat seperti agak kering. Spray semula dengan air untuk melembabkannya.

3. Harus disimpan ditempat gelap untuk percambahan.

4. Berhati-hati dengan serangan kulapuk hitam. Rizom halia anda boleh rosak teruk.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

1 komen so far

Saya ada tanam dalam pasu kecil, ia tumbuh, tapi rhizom nya kecil. Bagaimana cara untuk dapat rhizom yang besar dan bila waktu yang sesuai untuk dituai? Thanks


EmoticonEmoticon