Jumaat

SENARAI TANAMAN AWAL 2016

Tags


Senarai tanaman yang masih membesar di KBR atau sedang dituai hasilnya. Majoriti sayuran adalah sayuran buah. Sayuran berdaun belum dapat ditanam buat masa ini mungkin akan datang.


Pertama, kobis cina bulat atau napa cabbage. Disemai pada pertengahan bulan November dan telah dialihkan ke batas. Kobis cina ini baru berusia 3 minggu. Tunggu ia membulat untuk dituai.



Jagung black waxy ini dibeli dari sahabat atau kenalan dari facebook. Oleh kerana jagung antara tanaman yang digemari tanomkinotuan maka dibeli benihnya. Kini anak pokok jagung kian membesar.



Pokok bunga telang ungu semakin galak berbunga. Bunganya tidak mampu bertahan kerana empunya kebun petik hari-hari untuk dibuat pewarna sirap ungu untuk minum pagi dan petang. Sirap ungu dibubuh ais dan air peraman cendawan mekah sangat sedap dan mengujakan apatah lagi ditambah sehiris dua halia segar. Memang enak I tell you.....



Variati baru bunga telang dapat hidup subur di KBR, bunga telang putih. Pertama kali ditanam dan berbunga. Belum pernah dibuat sirap lagi. Dibuat sirap putih???


Bendi combo gergasi sudah berbuah dan semakin panjang saiznya. Ini adalah vatiati bendi yang panjang. Enak dicicah sambal belacan.



Cili hijau juga mekar dengan buahnya yang lebat. Tanomkinotuan sudah sekali tuai buahnya dimasak dengan kodop aka cendawan sisir. Pedasnya boleh tahan.



Anak pokok roselle hitam baru berusia 3 minggu. Ditanam menggunakan benih yang diberikan oleh makcik tempoh hari. Tanomkinotuan membalasnya dengan memberi batang pokok sambung nyawa ungu.



Labu bujur pemberian sahabat di facebook. Semakin besar dan menjalar tetapi buahnya tidak lekat pula. Habis disengat oleh serangga perosak buah. Harap ada sebiji atau dua biji boleh membesar, bolehlah merasa buahnya untuk dijadikan sayur dan sebiji lagi dimatangkan.



Akhir sekali kacang panjang renek. Sudahpun hasilkan bunga dan buah pertama. Ini tanomkinotuan biarkan dulu untuk pematangan. Tanomkinotuan tanam 8 biji hanya sebiji saja yang berjaya tumbuh. Kacang panjang yang tidak perlu dipasang junjung atau pancang kayu. Hanya jaga air dan baja saja.

Inilah yang dapat tanomkinotuan kongsikan pada pembaca semua. Awal tahun ini tersangat sibuk. Mengurus kebun sekangkang kera juga mengurus kerja-kerja rasmi lagi. Penat tetapi puas dan berbaloi. Azam baru tahun ini hendak tanam asparagus dalam tanah pula. Biar pokoknya membesar bagai juara. 

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

4 komen

belum pernah jumpa bunga telang warna putih... bendi tu panjang2.. wahhh.. tu kalau macam saya yang makan berdua je... masak 2/3 biji pun dah cukup...kobis cina tu kobisnya yang jenis panjang tu ke..

Kobis cina ni kobis cina jenis bujur. Dia ada dua jenis panjang dan bulat (bujur). Kadang2 utk membezakannya kita sebut kobis cina bulat dan kobis cina panjang. Kat sini selalu sebut pichai bulat dan pichai panjang. Dipinjam dari bhs Cina.

Kacang panjang renek tu saya dah tanam dan membuahkan hasil. Buah tak berhenti-henti alhamdulillah. Nanti ada masa saya update di blog.

Wah terbaik sahabat. Klo boleh link kan saja blog tu kat sini boleh saya baca tambah ilmu.


EmoticonEmoticon