Jumaat

TOMATO CERI ANGGUR DALAM PASU

Tags



Selamat Tahun Baru 2016. Kita sudah melangkah ke tahun hari pertama 01hb Januari 2016. Apakah azam baru anda? Adakah azam tahun 2015 dapat direalisasikan atau ditunaikan? Apapun semoga ditahun ini kita mendapat kejayaan yang cemerlang, rezeki yang berkat dan kehidupan yang bahagia dan sempurna. Jangan sedih jangan gunda, serahkan semuanya kepada Allah taala agar hilang segala kegusaran dan keperitan. Hidup harus diteruskan seperti biasa.

Kini kebun KBR tanomkinotuan dah berusia 1 tahun 6 bulan. Dalam tempoh ini banyak liku-liku dan pengalaman yang ditempuhi semasa bergiat dalam aktiviti bertani di laman. Kadang-kadang teruja, kadang-kadang gusar, kadang-kadang juga kecewa. Ini semua asam garam berkebun. Tidak semua yang kita tanam akan mendapat hasil yang memuaskan. Tetapi jangan menyerah kalah. Tanam dan tanam lagi dengan mengkaji serta menambah ilmu bertani.

Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi pula pokok tomato ceri anggur yang ditanam dalam pasu. Lazimnya tanomkinotuan tanam di atas batas tetapi untuk tetapan dan perkongsian kepada pembaca di luar sana, tanomkinotuan membeli beberapa pasu 18' untuk tujuan ini. Benih tomato yang menjadi sasaran ialah tomato ceri anggur. 

Untuk mendapatkan media yang berkualiti, tanomkunotuan juga membeli cocopeat atau coconut coir, ia mudah dibeli di kedai nusery atau di tamu yang menjual pokok bunga. Harga juga berpatutan hanya RM5.00 1 bungkus. Mungkin anda boleh dapatkan harga lebih murah dari itu. Selain itu, tanomkinotuan membeli 2 bungkus kompos kelapa sawit atau istilah penjual ialah tanah sawit ori. Pasir sudah ada di rumah, lebihan tempoh hari membuat bangunan dapur. 

Sampai di rumah tanomkinotuan membuat potting soil sendiri dengan mencampurkan cocopeat, kompos dan pasir sungai dan digaul sebati dengan nisbah 2:1:1. Untuk menjadikan potting soil lebih baik dan subur. Tanomkinotuan menambah 3 sudu makan serbuk kulit telur, 3 sudu makan potongan kulit pisang atau serbuk kulit pisang dan 150 gram vermicast atau humus cacing. Gaul hingga sebati.

Kemudian tanomkinotuan memasukkan potting soil buatan sendiri ke dalam pasu hingga penuh. Dan siram media dengan air yang banyak. Rehatkan media disinari cahaya matahari selama seminggu. 

3 minggu sebelum penyediaan potting soil, tanomkinotuan sudah menyemai benih tomato ceri anggur dalam bekas semaian lain. Menyemai benih tomato ceri anggur amat mudah. Guna cocopeat atau potting soil pun boleh dengan masukkan media ke dalam bekas semaian. Tabur benih di atasnya dan spray atau siram dengan air. Letak ditempat sesuai seperti tepi jendela yang terkena cahaya matahari di waktu pagi. Benih memerlukan haba untuk percambahan yang baik.


Selepas 3 minggu semaian benih dan seminggu media dalam pasu direhatkan. Proses mengalihkannya kini bermula. Tanomkinotuan hanya semai benih tomato ceri anggur 10 biji dan hanya 6 benih berjaya bercambah. 4 biji lagi disemai lebih dulu oleh semut. Diangkut dan disemai dalam sarang kot?

Oleh kerana hanya tinggal 1 pasu lagi setelah pasu-pasu yang lain sudah digunakan. Tanomkinotuan menyelongkar stor di belakang rumah kalau-kalau terdapat botol minyak saiz besar dan sesuai untuk dijadikan bekas tanaman. Sah berjaya mendapatkan 4 botol. Langsung dipotong bahagian kepala dan dicuci bersih agar lebihan minyak masak dapat ditanggalkan. Semua ini direhatkan selama 1 minggu.

Cabut anak pokok tomato ceri anggur dan tanam dalam pasu. Buat lubang sedalam 2 inci dan tanam anak pokok tomato ceri anggur. Siram dengan air banyak dan letakkan di tepi banggunan di mana terkena cahaya matahari pada waktu pagi hingga tengahari. Pokok tomato ceri anggur tanomkinotuan diletakkan pada dinding bangunan di bahagian dapur. Hanya waktu pagi hingga jam 11.00 pagi sahaja mendapat cahaya.

Penghujung bulan November 2015, pokok tomato sudah mula berputik dan berbuah. Tanomkinotuan ada membubuh baja npk organik ketika pokok tomato berusia 3 minggu selepas dialihkan ke pasu. Pertengahan bulan Disember 2015 buah tomato sudah mula bertukar warna ke kuning dan merah terang menandakan buah sudah boleh dituai. 


Tomato ceri anggur dan brandywine

Tanomkinotuan teruja dan gembira dengan tuaian hasilnya. Semasa entry ini ditulis. Tuaian buah tomato ceri anggur baru sekali. Ini bermakna pokok tomato ceri anggur masih boleh hasilkan buah untuk dapur beberapa bulan lagi. 

Apa yang perlu pembaca lakukan ialah menjaga kelembapan media dan juga baja agar pokok tomato hidup subur dan berbuah banyak. Hasil tuaian pertama tanomkinotuan masak tomato sardin. Sedap dan menyelerakan. Tomato bagus untuk jantung anda memakan buah tomato dapat menguatkan jantung dan mengelak dari masalah yang dihadapi. Tanamlah pokok tomato untuk jantung anda sekeluarga.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

6 komen

pokok tomato ceri saya baru belajar berbuah.. baru ada 3 biji buahnya...huhuhu.. belum sempat merah macam gambar kat atas tu.. saya dah petik sebiji.. tak sabar nak rasa.. huhuhu... bukan apa.. takut kempunan lagi.. kalau dibiar sampai merah.. alamat..monyet punya rezeki la.. huhuhu...

Tutup dgn BRC jenis lubang kecil farah yg selalu digunakan buat kandang atau reban ayam. Tutup sekeliling agar monyet tak smpt nak petik buah.

Atau bubuh belacan kat sekeliling pokok. Minyet alah dgn belacan

Wah..meriah tomato En.Carlz. :-) Dah lama tk merasa tomato ceri tnm sendiri.Sy teringin nk tnm tonato menjalar & brandywine.

Wah..meriah tomato En.Carlz. :-) Dah lama tk merasa tomato ceri tnm sendiri.Sy teringin nk tnm tonato menjalar & brandywine.

Nasib tnm tomato kali ini tk de masalah langsung. Dptlah merasa sebiji dua. Pokok ni dah 2 kali tuai. Try tnm Norish.NN, boleh petik sendiri. Benih brandywine ada Norish.NN email je klo nak.. Borosmomogun@gmail.com

Nasib tnm tomato kali ini tk de masalah langsung. Dptlah merasa sebiji dua. Pokok ni dah 2 kali tuai. Try tnm Norish.NN, boleh petik sendiri. Benih brandywine ada Norish.NN email je klo nak.. Borosmomogun@gmail.com


EmoticonEmoticon