Isnin

BENIH PATAU SELAMAT MENDARAT DI PERAK

Tags


Bagi di Semenanjung sana, pokok petai sinonim dengan orang Melayu. Buah petai banyak dijual di pasar terbuka malah restoran-restoran milik Melayu banyak menghidangkan masakan berasaskan buah petai muda dengan cara dicicah dengan sambal belacan atau ditumis dengan udang kering. Malah dengan permintaan yang cukup tinggi ini maka dikeluarkan pokok petai hibrid yang boleh ditanam di laman rumah dan tidak memerlukan ruang yang besar dan hanya ditanam dalam pasu. 

Di Sabah pula lain suasananya, Jika Melayu sinonim dengan petai, Dusun & Kadazan pula sinonim dengan patau. Petai vs patau.... hehe. Pokok patau merupakan santapan harian rakyat sabah khususnya Kaum Dusun dan Kadazan. Buah patau yang telah matang (warna hitam) perlu dikopek kulitnya dan keluarkan bijinya yang juga berwarna hitam berkilat. Namun uniknya, seorang kawan kita gadis jelita menawan kalbu menempah patau dari tanomkinotuan.blogspot.com untuk mencuba rasa patau dan menanamnya sendiri. Hebat gadis jelita dari Parit Buntar, Perak ini. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil dan dikongsikan kepada tanomkinotuan. Tanomkinotuan sudah meminta izin untuk terbitkan gambar-gambar ini, pada mulanya dia segan aka tidak mahu tetapi akhirnya bersetuju dengan syarat nama disembunyikan. hehe... Terima kasih Linda.. hahahahahahahahaha.... bukan nama sebenar.



Beginilah rupa biji patau, bagi petai dimakan masa separa matang atau bijinya dah besar manakala patau perlu dimatangkan terlebih dahulu. biji petai seakan-akan bulat lonjong dan biji petai bujur. Kopek sarungnya dan ambil biji patau dalam sarung tersebut. Pokok petai dan pokok patau dalam kelompok pokok yang sama atau keluarga yang sama. Dari pokok, daun dan ranting memang serupa tetapi buah sahaja yang berbeza. Petai kurus panjang sarungnya manakala patau pendek dan lebar pula sarungnya. Jom lihat gambar-gambar patau kawan tanomkinotuan yang dikirimkan tempoh hari. Dari mula menyemai hinggalah masuk ke dalam periuk...




Oh ya makluman kepada pembaca diluar sana, selepas biji patau dikopek dari sarungnya, ia perlu disemai semula untuk dapatkan patau sprout semai macam taugehlah kiranya. Dan untuk mempercepatkan biji patau bercambah, ketip dihujung bijinya untuk memudahkan kelembapan memenuhi ruang biji. Jangan salah ketip kat bontot ya. Biji patau hanya mengambil 6 hari untuk bercambah dan sudah boleh dituai. Jika nak kaki/akarnya panjang tuai pada hari ke-7. Kawan tanomkinotuan semai dalam polibag menggunakan tanah hitam. Siram hari-hari untuk proses percambahan yang memuaskan.

 


Selepas 5 hari, biji patau sudah pecah dari kulitnya yang hitam menandakan proses percambahan biji patau beliau berjaya. Bagi tanomkinotuan sudah boleh dituai sebenarnya tapi akarnya masih pendek.




Tadaaaa...... tuaian anak biji patau yang sudah mengeluarkan akar kira-kira 2 inci setengah. Kira sangat sesuailah dituai. Perhatian juga patau sprout tidak digalakkan dituai apabila semaian benih sudah mengeluarkan daun pertama. Tidak sedap malah rasa pahit sedikit.




Selepas beliau bersihkan tanah-tanah yang terlekat pada anak patau berakar ini. Nampak bersih dan hijau. Dari pemerhatian tanomkinotuan. Kejadian patau sprout ini sangat molek dan cantik. Maksudnya dia ketip tidak terkena pada benih yang berwarna hijau itu, kalau tidak terdapat hitam disekeliling pangkal akar. Makluman juga bahawa patau baunya lebih kuat berbanding petai.



   
Patau yang ditunggu-tunggu selama 1 minggu kini sudah boleh dihidangkan dengan resepi yang sangat menarik. Mengiurkan anak tekak melihatnya. Makan hanya dengan nasi putih panas memang nyaman dan menyelerakan.

Berikut adalah resepi yang diperturunkan kepada tanomkinotuan, kepada pembaca sekalian yang berminat hendak mencuba resepi ini bolehlah cuba-cuba memasaknya mana tahu mentua lalu tak nampak. hehehe

Bahan-bahan patau cencalok:

1. Setengah mangkuk patau berakar di cuci bersih dan toskan. Boleh beli patau yang telah siap ditanam di tamu-tamu sekitar Sabah.

2. Setengah genggam ikan bilis.

3. 2 sudu makan cencaluk atau  2 sudu makan bosou/jeruk ikan.

4. 4 biji bawang putih dihiris nipis.

5. 1 labu bawang holland dihiris nipis.

6. 2 inci halia dihiris nipis.

7. 1 biji telur

8. Sedikit gula


Cara Penyediaanya:

1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.

2. Kemudian goreng bawang holland dan ketepikan.

3. Patau direbus selama 5 minit dan ketepikan.

4. Panaskan minyak masak, masukkan bawang putih kacau hingga sedikit garing. 

5. Masukkan cencaluk tadi dan kacau seketika, kemudian masukkan patau. Kacau hingga patau benar-benar masak. Jika periuk kering boleh ditambah dengan sedikit air.

5. Seterusnya masukkan telur kacau biar sebati dengan bahan-bahan lain.

6. Akhir sekali masukkan bawang holland dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Tabur gula dan kacau seketika dan hidangkan.

Anda boleh memakan resepi patau cencaluk ini dengan nasi panas dan kari ayam atau kambing. Memang sedap kata kawan tanomkinotuan. Bagi tanomkinotuan dan mereka-mereka yang menyukai memakan patau ini pelbagai resepi boleh dibuat antaranya patau masak rendang ayam (resepi beza dengan rendang yang biasa), patau masak lada putih borneo, patau tumbuk dengan udang dan sebagainya. Patau jeruk pun boleh. Makanan tradisi dilupa jangan. Berminat hendak merasa masakan patau ini? Jom mencuba resepi kawan kita di atas.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon