Sabtu

CILI TAIWAN DALAM POLIBAG KINI BERBUAH LEBAT


Cili taiwan

Selain cili hijau, kapsikum, cili bom ceri, lada putih borneo, cili padi dan cili hijau india yang pernah ditanam di KBR, tanomkinotuan juga mencuba menanam cili taiwan yang ditanam dalam polibag. Tanomkinotuan sangat berminat menanam pelbagai jenis cili yang ada kerana menanam cili sangat mencabar kepada penanam untuk hasil yang baik. Kawan tanomkinotuan pernah berkata "mengetahui kamu seorang petani yang sebenar cuba menanam pokok cili dan tomato, jika anda berjaya melakukannya benarlah anda seorang petani berjaya".

Bagi tanomkinotuan kenyataan di atas sangat subjektif dan tidak boleh dijadikan panduan atau fakta jelas. Jika seseorang bermasalah menanam cili dan tomato di mana pokok mati atau benih disemai tidak bercambah tidak bermakna orang tersebut gagal tetapi orang tersebut harus membuat post mortem dan gali ilmu mengenai penanaman cili dan tomato dan cuba lagi.

Cili taiwan adalah variati cili yang berasal dari Taiwan. Cili jenis ini dikategorikan sebagai cili yang pedas dan sesuai dicampurkan di dalam sambal belacan, kari mahupun sup. Pokok cili taiwan mempunyai ciri daun dan pokoknya dengan pokok cili hijau manakala buahnya menegak ke atas sama seperti cili padi atau cili burung.

Sebenarnya sudah lama tanomkinotuan berniat menanam cili taiwan. Namun selalunya di sini buah cili taiwan dijual masih hijau dengan harga rm2.00 sebungkus. Jadi nak dapatkan benih matang agak sukar kerana tanomkinotuan kurang tahu untuk mendapatkan benihnya untuk ditanam. Tanomkinotuan selalu membeli cili taiwan ini untuk dipotong kecil dan dijeruk dengan garam dan air atau dicampurkan ke dalam jeruk sayur masin. Banyak kegunaan jeruk cili dalam masakan, ia sangat-sangat meningkatkan selera makan hingga berpingan-pingan. Pernah letak hirisan cili jeruk dalam burger memang sedap.

Mungkin nasib tanomkinotuan sangat baik hari itu bilamana ke pasar sayur sebelah petang. Walaupun cili taiwan masih banyak tersimpan di rumah tetapi oleh kerana ternampak sebiji cili taiwan dalam pembungkus tersebut telah masak/matang. Tanonkinotuan beli kerana niat tanomkinotuan ingin mendapatkan benih untuk ditanam. Mungkin cili sebiji berwarna merah boleh dijadikan benih dan mungkin boleh menghiasi sepokok dua di KBR. Siapa tahu kan?

Sampai di rumah tanomkinotuan ambil sebiji cili taiwan yang sudah masak/matang dan belah dua. Tanomkinotuan asingkan bijinya dan cuci dengan air lalu dikeringkan menggunakan tisu. Esok pagi tanomkinotuan jemur pada cahaya matahari hingga kering dan disimpan dalam plastik zip lock. 

Kira-kira 2 minggu kemudian di mana kerja-kerja personal telah disiapkan tanomkinotuan menyemai benih cili taiwan dalam cup plastik dengan menggunakan potting soil buatan sendiri. Tanomkinotuan isi media dalam cup plastik dan tabur benih lalu siram dengan air hingga basah. Dua minggu kemudian benih mula bercambah dengan jayanya. 

Oleh kerana batas belum dapat disediakan pada masa itu, tanomkinotuan telah menggunakan polibag bekas tanaman lobak putih. Tanomkinotuan cabut sepokok dan tanam dengan mengorek kira-kira 2 inci dalam. Timbus semula dengan tanah dan padatkan media disekelilingnya. Siraman adalah wajib apabila pokok dialihkan ke tempat baharu.

Dua minggu selepas dialihkan ke polibag, anak pokok cili taiwan mula belajar membesar, pucuknya mula hasilkan daun baru dan saiz semakin besar. Inilah masa paling sesuai untuk menabur baja subur. Tanomkinotuan bubuh 2 sudu baja npk organik dan diselang selikan dengan booster roti dan EM1 agar pertumbuhannya cukup baik dan memuaskan. Setiap 2 minggu sekali tanomkinotuan bubuh baja. 



Kebaikan menanam sayuran dalam polibag dengan media potting soil ialah tanah tersebut tidak berlaku mampatan, media juga peroi dan mudah terlerai. Selain itu media tidak menakung air dengan tempoh yang lama menyebabkan akar senantiasa sihat. Kelemahannya pula ialah media cepat kering sekiranya pokok sudah bersaiz besar dan akar memenuhi ruang media, oleh itu harus disiram sekerap mungkin. Jika menanam mengikut sistem fertigasi memang sesuai menggunakan potting soil. 



Cili taiwan dialihkan ke polibag pada 23 November 2015. Pertengahan bulan Januari pokok cili taiwan mula berputik dan berbuah dengan lebatnya. Awal bulan Februari buahnya sudah ada yang bertukar ke warna merah menandakan buahnya sudah matang. Tanomkinotuan ada menuai buah cili taiwan untuk masakan dapur. Selebihnya akan dimatangkan untuk benih tanaman musim akan datang. Jika di dapur tidak ada simpanan cili padi, tanomkinotuan menggunakan cili taiwan sebagai bahan penganti. Tiada beza dengan rasa cili padi malah sedap pula sambal belacan yang dibubuh cili taiwan ini. Cili taiwan juga sesuai dijadikan cili serbuk yang diblender. 

Kepada mereka yang ingin menanam cili taiwan, tanomkinotuan ada bekalkan benihnya. Sepaket hanya RM2.90 sahaja, anggaran benih 80 - 100 biji. Emailkan ke borosmomogun@gmail.com untuk info selanjutnya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

6 komen

Menarik..Ade jual benih cili bomb ceri?

kiki.... x der dear? hari tu pokok jenis hibrid. MMg kempunan nak dptkn benih.. huhu

Ada jual lada taiwan?.kuantiti yang banyak,.cili besar pun sy mau juga..jika ada whtspp sy..0109536350 tq

lada taiwan ada stok tapi x dapat bekalkan jumlah yg banyak.. sy cek dulu ya tuan.

Saya ada membekalkan lada taiwan dan lada putih dgn kuantiti yg banyak. Sesiapa yg berminat boleh hubungi sya call/whatsapp 013-8773787


EmoticonEmoticon