Sabtu

Cara Membuat Baja Serbuk Organik


Pelbagai cara kita mendapatkan baja organik sama ada dibeli atau buat sendiri. Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi satu lagi baja jenis serbuk yang mudah dibuat di rumah dengan bahan-bahan murah. Baja serbuk ini mempunyai keupayaan untuk tumbuhbesaran pokok dengan baik, penghasilan bunga dan buah yang banyak dan mengelak dari serangan sesetengah penyakit dan serangga. 

Kulit.udang yang dikeringkan

Kulit udang selepas diblender

Alatan yang digunakan ialah:

1. Blender / pengisar

2. Besen

3. Nyiru / talam


Kulit pisang sedang dikeringkan


Kulit pisang yang diblender

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1. 300 gram kulit pisang dikeringkan

2. 200 gram kulit  udang dikeringkan

3. 100 gram kulit telur dileringkan

4. 100 gram rumpai lau diblender dan dikeringkan.

5. 100 gram tepung beras

5. 1 sudu teh garam non- iodin


Kulit telur dikeringkan


Kulit telur yang diblender

Cara penyediaannya:

1. Keringkan dengan meletakan di atas nyiru atau talam dan keringkan kulit pisang, kulit udang dan kulit telur hingga benar2 rapuh (sekurang-kurangnya 3 hari).

2. Blender rumput rumpai dengan menambah sedikit air dan keringkan.

3. Apabila kulit pisang, kulit udang dan kulit telur sudah kering. Blender secara berasingan hingga selesai.

4. Kemudian dengan satu besen yang sesuai campurkan kesemua bahan tadi hingga sebati.

5. Masukkan garam, tepung beras dan serbuk rumpai laut, kemudian gaul hingga sebati. Serbuk baja organik anda sudah selesai.

Cara penggunaannya:

Tabur 1 hingga 2 sudu makan disekeliling pokok tanaman dan siram dengan air secukupnya. Lakukan pembajaan 2 minggu sekali diselang selikan dengan baja npk organik. Gembur tanah sebelum dibubuh baja. Anda boleh membuatnya di rumah dan gunalah serbuk baja ini untuk hasil tanaman berkualiti dan sihat.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

7 komen

Sy br je blender kulit udang.cuma kulit pisang🍌&kulit telor aje yg sy cmpk dipgkal pkok (sb mls)nk blend.Kulit udang tu sy dpt tau bgus utk pkok Bunga Ros🌹.Info dr ibu sy.Apa2 pn bgus perkongsian ni.Boleh dicuba ni sb semua bhn tsebut ada dirumah.Tp garam non iodin tu cm ne?🏡

Klo ada garam gypsom tk perlu dah. Ni sy guna garam kasar sbb sy x der garam gypsom. Ni utk tambah kandungan magnesium jer utk pokok kuat. Garam jenis ni x ada iodin. Try cek dekat pasar atau open market kot2 ada jual.

Klo ada garam gypsom tk perlu dah. Ni sy guna garam kasar sbb sy x der garam gypsom. Ni utk tambah kandungan magnesium jer utk pokok kuat. Garam jenis ni x ada iodin. Try cek dekat pasar atau open market kot2 ada jual.

Owh..garam bukit/rock salt boleh?

Epsom salt serupa kah sama gypsom salt Carlz?

Tanpa rasa jemu dan dgn bersungguh-sungguh Carlz menyampaikan ilmu berkaitan pertanian yg bermenfaat utk kita semua..

Kami berterima kasih dan selalu mendoakan kesejahteraan hidup anda..

Syabas kpd Carlz..!!

Assalammualaikum slmt sejeterah.. Sekiranya sy selesai memperoses baja d atas.. Blh tak sy larutkn air dan menyiramnya? Apa kh cara ini lebih berkesan atau sebaliknya


EmoticonEmoticon