Sabtu

PANDUAN MENGALIHKAN ANAK POKOK KACANG PEA UNGU KE BATAS.

Tags


Pertama sekali tanomkinotuan memohon maaf atas kelewatan pengeposan semua kiriman order yang dijanjikan sabtu (20 Februari 2016) yang ditunda kepada selasa minggu depan bersamaan pada 23 Februari 2016 disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Kepada mereka-mereka yang telah bank in wang untuk tempahan benih, jangan bimbang segalanya telah disiapkan, selasa ini tanomkinotuan poskan In Sha Allah.

Benih cambahan kacang bendi alabama
Timun epal bulat dan kacang pea ungu
Dalam satu bekas

Berbalik kepada entry, panduan mengalihkan anak pokok kacang pea ungu yang disemai dalam cup plastik tempih hari. Dalam masa 6 hari benih kacang pea ungu dah keluarkan akar putih menandakan ianya sudah boleh ditanam di polibag atau cup plastik jenis panjang. Teknik ini juga boleh diaplikasikan pemindahan ke dalam pasu saiz 10' ke atas. 



Setelah berusia 2 minggu maka anak pokok kacang pea ungu sudah boleh dialihkan. Cara pindahkan benih yang sudah mula bercambah ke cup plastik atau polibag ialah sediakan bekas semaian dan isi media ke dalamnya. Buat lubang kira-kira 2 inci dan masukkan sebiji benih kacang pea ungu ke dalamnya dan timbus semula dengan tanah. Siram dengan air dan letakkan ditempat selamat. Benih kacang pea mula bercambah setelah 7 hingga 14 hari. Benih kacang pea berwarna kecoklatan dan berbeza dengan kacang pea yang lazim berwarna hijau putih. Berikut ialah cara dan panduan mengalihkan anak pokok kacang pea ungu dengan cara yang mudah melalui gambar.



Buat pengemburan batas serta buat lubang sedalam 4 inci, tambah serbuk kayu hancur dan baja NPK organik gaul hingga sebati. Kemudian buat lubang di tengahnya. 



Tambah kompos kelapa sawit ke dalam lubang. 



Dengan berhati-hati keluarkan media kacang pea ungu dari bekas semaian dengan terbalikkan cup tersebut ke bawah sambil tangan kiri anda menahan tanah tersebut dari terjatuh ke bawah.



Masukkan media kacang pea ungu ke dalam lubang yang dibuat sambil membaca doa menanam pokok "Bismillah hirrohmanirrohim, subahanal wa'ishu alba'ishu" sebanyak 3 kali dan timbus semula dengan tanah. Kalau salah mohon perbetulkan ya. Bagi pembaca yang non-muslim bolehlah baca apa2 doa mengikut kepercayaannya. Hehe berustaz ke hulu berustaz ke hilir pula tanomkinotuan kali ini. Hoho....



Setelah ditimbus dengan tanah barulah disiram dengan air yang mencukupi. Jika hendakkan pokok tidak bermasalah, buat teduhan menggunakan jaring hitam selama seminggu untuk anak pokok kacang pea ungu tidak mati. Maka jagalah pokok tersebut hingga menghasilkan buahnya. Hendak mencuba menanam kacang pea ungu boleh mendapatkan bekalan benih kacang pea dengan harga RM2.90 sepaket. Email ke borosmomogun@gmail.com untuk info selanjutnya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

7 komen

assalamualaika.
tn carlz, mcm mana nak tau yang kacang pea ni dah sesuai di petik? ada saya beli benih kat pasaraya, belum disemai pun. alang2 dah bc kat cni.nak berguru terus.

Wa alaikum salam...

Kira2 buahnya dh saiz matang. Kira saiz besar lah. Jgn pula tunggu hingga terlalu tua. Hehe

salam adik Carlz Jafran,Paklong ni dah lama bersara tapi baru nak berlajar menanam sayur se diri,baru ada kesadaran never late to learn,sungguh seronok membaca semua rencana tulisan Carlz tapi baru kini jumpa blog ni.bolih paklong menimba ilmu dari Carlz? ala rasa nak jumpa bersua muka dgn Carlz la.

Boleh je Paklong tak de masalah.


EmoticonEmoticon