Selasa

TUAIAN HASIL DI KBR (MAC)

Tags


Bulan Mac tahun ini jarang tanomkinotuan mengemaskini blog disebabkan kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu tanomkinotuan ingin juga berkongsi kepada pembaca diluar sana sebagai perkongsian bersama berhubung hasil bertani. Alhamdullilah minggu lepas di tempat tanomkinotuan sudah 2 kali hujan dengan lebatnya. Syukur kepada Allah Ajawazzala dengan nikmat yang diberikan kepada kita. Terdapat juga sunat hajat meminta hujan yang dilakukan di masjid kampung selepas solat Jumaat tempoh hari. Alhamdullilah.

Cuaca yang tidak lagi terlalu panas membolehkan kita bergiat aktif dalam bertani di laman seperti biasa. Sudah dikatakan boleh menyemai benih sayuran yang ingin ditanam. Kepada mereka yang baru bergiat bidang bertani ini, apa kata mencuba menyemai benih cili padi/burung yang boleh dibeli di kedai atau pasar. Pilih buah yang masak ambil benih dan semai sahaja dalam polibag atau pasu. Sudah besar bolehlah alihkan ke tanah atau pasu bersaiz besar. Yang sudah lama bertapak dalam kegiatan bertani boleh mencuba menanam benih asparagus atau pokok tin. Ramai yang mengatakan menanam benih kedua tumbuhan ini sangat mencabar. Pokok tin harganya pun boleh tahan... tanomkinotuan juga menunggu benih pokok tin, dahulu ada tanam tapi mati disebabkan ilmu mengenai tin kurang.. huhu

Berikut perkongsian hasil tani yang dituai beberapa minggu yang lalu. Antaranya ialah:



Tuaian tombak asparagus marry washington kini dah berusia hampir 3 tahun. Boleh dikatakan tombaknya sudah bersaiz besar dan tunas tumbuh dengan banyak walaupun pokok hanya 9 pokok sahaja yang ditanam dalam polibag. Bolehlah fefeling western foods bagai.. hahahaha


Tuaian daun bawang yang sangat-sangat kesihan kerana cuaca yang melampau-lampau. Asyik daunnya layu apabila tengahari dan kembali segar semula pada sebelah petang. begitulah rutinnya hingga dituai tempoh hari. Tanomkinotuan tuai untuk masak. 




Sempat merasa buah tomato roma yang ditanam di hadapan laman rumah. Musim kemarau pokok tomato sihat belaka. Maksudnya pokok tomato hanya disiram bila perlu kerana jika tanah terlalu lembab dan pencahayaan kurang, fungi mudah membiak dalam media menyebabkan serangan akar berlaku. Akibatnya pokok layu beberapa hari dan mati. Buah tomato ini dicampurkan ke dalam sup ayam bagi sup tu berwarna yang menyelerakan.  




Dengan adanya belacan di dalam peti sejuk, pucuk kangkung muda jadi sasaran. Tanomkinotuan tuai pucuk kangkung yang tumbuh melata di tepi kolam. kangkung ni asalnya ditanam dari benih tempoh hari. Setelah pokoknya dibiarkan dan berbuah... berguguran bijinya ditepi kolam hingga membiak dengan banyaknya. Sudah selesai satu masalah untuk bekalan sayur dapur juga dapat memberikan perlindungan kepada ikan yang ingin bermain di gigi air. Oleh kerana kolam sudah surut dengan lama. Elok sahaja pokok kangkung hidup subur ditepinya. Apa lagi dituai untuk masak kangkung belacan huhu... sedap weiiii...




Akhir sekali ialah bunga tongkeng. Kenal tak bunga ini? antara bunga yang boleh dimakan yang ada ditanam di KBR. Dicampurkan dalam telur dadar atau dalam sup. Memang mengujakan dengan bunga tongkeng yang beraroma wangi bergabung dengan aroma telur yang sudah dimasak/goreng.. pehhhhhhh... I tell you.... Pokok tongkeng jenis pokok memanjat dan daun berbentuk hati. Bunganya berkembang mekar ke bawah bukan ke atas sebab itu digelar bunga tongkeng kot? hehe ada-ada saja kan?

Cukup ini sahaja hasil sayuran yang boleh dikongsi kali ini. Ada masa dan ketika tanomkinotuan kongsikan pula sayuran lain yang sedang membesar dan sedia untuk dituai. Timun epal kristal, lobak putih sakurijima, kacang panjang renek, edamame, jagung  dan sebaginya. Marilah bertani untuk penjimatan dan kesihatan tubuh badan sekeluarga. Makan makanan sihat, segar dan organik melahirkan keluarga yang sihat dan cergas. Ceewaahhhhhh...... tapi betul kan?

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

6 komen

Bunga tu, ada seorang untie cina bagi tahu namanya "night flower" mungkin direct translation dlm bahasa dia kot. Next time nak minta dia sikit utk buat sayur.
Bagus klau ada bekalan sayur seprti asparagus tu, sayur import sekarang harga sangat tinggi...brocolli dah rm20 sekilo.

Terima kasih nasa mulia. Ya kawan cina sy juga kata "bunga mlm" time beli tp rasa pelik jer. Tak teringat pula guna BI.. Hehe...

Terima kasih nasa mulia. Ya kawan cina sy juga kata "bunga mlm" time beli tp rasa pelik jer. Tak teringat pula guna BI.. Hehe...

Gambar no.2 tu daun sup ke daun bawang?konpius melanda..:-)

sepatutnya daun bawang. Ni silap ketiklah ni. Thanks ingatkan saya

Anak2 sy suka dgn broccoli, sayur lain agak susah nak makan. Mcmcana nak tanam broccoli? Saya bercadang untuk membuat agroponic dilaman rumah.


EmoticonEmoticon