Khamis

CROWN ASPARAGUS MARRY WASHINGTON HARGA DIBUKA

Tags


Crown asparagus marry washington



Tanomkinotuan ingin mewar-warkan kepada pembaca di luar sana yang berminat mendapatkan crown asparagus untuk ditanam di laman rumah. Blog tanomkinotuan.blogspot.com menyediakan keperluan anda untuk mendapatkan crown asparagusbagi mengelak dari kesukaran menyemai daripada benih. Crown asparagus variati marry washington kini dibuka untuk pengemar-pengemar pokok asparagus yang sememangnya tuaian dapat dipendekkan. Tanomkinotuan mempunyai usia pokok asparagus 3 tahun lebih yang hanya mengambil masa hanya 6 bulan untuk dituai.


Apa itu crown asparagus/ mahkota akar asparagus?

Crown asparagus ialah akar yang dicabut dari tanah dan dibersihkan dan dijual kepada peminat-peminat pokok asparagus untuk ditanam di laman rumah. Menanam crown atau mahkota akar asparagus ini lebih cepat dituai dan boleh ditanam di dalam pasu. 

Menanam crown asparagus atau mahkota akar asparagus ini satu alternatif yang sangat versatile jika menyemai asparagus dari benih kurang menjadi.

Di negara Barat menanam pokok asparagus secara ladang lebih menyukai menanam mahkota akar asparagus berbanding dari benihnya kerana ia dapat memendekkan tempoh tuaian dan hasil keuntungan juga cepat diterima.


Bolehkah pokok asparagus ditanam melalui akar/mahkota akarnya?

Untuk pengetahuan botani pokok asparagus dapat kita jelaskan bahawa bukanlah akar tersebut yang akan mengeluarkan tunas tetapi bahagian pinggangnya atau dalam bahasa Englishnya disebut crown iaitu menyerupai mahkota.

Pada mahkota tersebut maka munculnya tunas baharu dan seterusnya mengeluarkan akarnya yang pertama. Pokok asparagus boleh sahaja ditanam menggunakan mahkota akar malah ia dapat memendekkan masa tuaian berbanding menanam dari benihnya. 


Manakah yang terbaik, menanam dari biji benih atau crown asparagus? 

Mengikut pengalaman tanomkinotuan, di negara kita menanam asparagus dari benihnya mengambil masa 2 tahun hingga 3 tahun barulah tombak/shoots asparagus boleh dituai setelah tombaknya bersaiz besar.

Manakala menanam crown asparagus pula mengikut usia crown tersebut. Sekiranya pembaca menanam crown asparagus berusia 2 tahun hingga 3 tahun hanya mengambil masa 6 bulan pokok asparagus sudah boleh dituai hasilnya. 


Bagaimanakah kita menentukan tempoh tuaian crown asparagus tersebut?

Pembaca harus mengetahui usia crown yang dibeli, bertanya kepada penjual usia sebenar crown tersebut agar kita dapat menjangkakan pada bila ianya boleh dituai. Berikut ialah cara kiraan atau cara mengetahui tempoh masa tuaian tombak asparagus yang ditanam menggunakan crown atau mahkota akar asparagus:

1. Mahkota akar berusia 6 bulan - tempoh tuaian ialah 2 tahun 4 bulan.

2. Mahkota akar berusia 1 tahun - tempoh tuaian ialah 2 tahun

3. Mahkota akar berusia 2 tahun - tempoh tuaian ialah 1 tahun

4. Mahkota akar berusia 3 tahun - tempoh tuaian ialah 3 hingga 6 bulan.

Namun begitu kiraan di atas juga masih dipengaruhi oleh faktor media, kelembapan, nutrien dan cahaya matahari. 






Berikut adalah testimoni yang membeli crown asparagus dari blog tanomkinotuan, dan 100% keputusan yang diterima adalah sangat positif mengenai pertumbuhannya. 


Cara menanam crown asparagus pada batas atau pasu bersaiz besar


  1. Pada batas.
  • Gembur batas terlebih dahulu agar tanah menjadi serpihan-serpihan kecil.
  • Tabur kompos dengan jumlah yang banyak, kemudian tabur kapur pertanian.
  • gaul sebati dan rehatkan tanah selama 1 minggu
  • Buat lubang sedalam 1 kaki
  • tanam crown asparagus tersebut dengan merayapkan akarnya ke dalam lubang. Crown tu wajib ada ditengah lubang dan akarnya dirayapkan disekelilingnya. 
  • Timbus tanah lalu siram dengan air yang banyak. Elok agar crown tu terkeluar sedikit dari permukaan tanah dan jangan tanam terlalu dalam sangat.
  • Senantiasa siram media agar menjadi lembab. Tunggulah tunas pertama keluar dari tanah.

      2. Pada bekas pasu/kontena saiz besar
  • Beli media potting soil di kedai atau buat sendiri media dengan campuran 50% cocopeat, 30% kompos dan 20% pasir sungai. Campurkan kesemuanya dan gaul merata.
  • Masukkan media ke dalam pasu/kontena
  • Buat lubang ditengahnya dan tanam crown asparagus seperti di atas.
  • Timbus dengan tanah dan siram dengan air secukupnya.

Pada masa akan datang tanomkinotuan akan menunjukkan cara menanam crown asparagus secara terperinci berserta dengan gambar sekali.

Kepada para pembaca yang ingin menanam pokok asparagus dari crown asparagus berusia 3 tahun lebih variati marry washington, blog tanomkinotuan.blogspot.com ada membekalkannya dengan harga RM75 satu crown termasuk postage. Berminat untuk mendapatkannya? emailkan ke borosmomogun@gmail.com atau whatsapp ke 019-5320756 (Jus) untuk maklumat lanjut dan cara pembayarannya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

5 komen

Assalamualaikum tuan, boleh tanya boleh pos ke semenanjung ke?

Assalamualaikum wbkth tuan.. sya ada menanam crown asparagus yg sya beli dgn tuan. Masalahnya sya telah menanam crown trsebut di batas dgn crownnya sedikit trkeluar. Akibatnya pokok yg tumbuh mulai tumbang apabila membesar. Bolehkah sya korek semula crown trsebut spy sya boleh menanamnya lebih dlm krn jika sya timbus sahaja dgn tanah, batas yg ada skrg sdh trlalu tinggi dan akan menjadi lebih tinggi pula jadinya nnt ��

-ummi-

Dua cara boleh guna timbus semula atau cabut tan tanam..


EmoticonEmoticon