Ahad

SAYURAN LAMAN RUMAH YANG HIDUP JUARA

Tags


Sudah lama tidak mengupdate sayuran bergambar dalam blog ini. Kesibukan melanda menyebabkan tidak cukup ruang untuk berkongsi sayuran yang ditanam di KBR. Minggu ini hujan mencurah-curah di kampung. Mungkin keadaan cuaca sudah kembali pulih sedia kala. Setiap petang hujan turun dengan lebatnya.

Sempena cuti sekolah selama dua minggu. Tanomkinotuan tidak kemana-mana. Sahabat lain sudah merancang bercuti ditempat lain malah ada yang bercuti ke luar negara. Iyalah kerja penat dan letih dengan melancong sedikit sebanyak dapat merehatkan minda dan fikiran. Bagi tanonkinotuan bercuti di laman rumah sahaja dengan bermain dengan tanah, cangkul, rumput dan benih.. Hehe

Berikut adalah gambar sayuran yang ditanam di kebun KBR. Terdapat sayuran yang sudah habis dimakan dan ada juga sayuran yang kukuh berkembang di batas. 



Ini ialah kobis cina bulat. Ditanam di laman rumah. Pokok ini memerlukan nitrogen tinggi dalam tanah. Oleh itu digalakkan bubuh baja banyak-banyak sebelum tanam. Tanomkinotuan menggunakan tinja ayam yang ditabur pada batas dan direhatkan selama 2 minggu.

Sudah ada beberapa pokok yang dituai untuk dijadikan sayur. Tidak perlu tunggu pokok membulat (heading) jika pokok sudah kembang setaman tuailah kalau tidak. Ulat pemakan daun senyum sakan nanti. 


Ini pula pokok tomato tanomkinotian. Tanomkinotuan ingin mencuba pula menanam pokok tomato dalam pasu secara terbuka. Musim lepas tanomkinotuan menanam pokok tomato dalam pasu di kawasan teduh. Di tepi dinding rumah sebenarnya. Ia tidak terkena hujan dan cuaca melampau. 

Harapan tanomkinotuan agar pokok tomato ini tumbuh hingga dituai buahnya. 


Bendi alabama adalah bendi yang baharu di negara kita. Tanomkinotuan mencuba menyemai benih alabama ini dalam pasu. Tanaman bendi alabama musim pertama ditanam di atas batas pada musim kemarau. Jadinya pokok dan buah tidak memberansangkan sangat tetapi berkualiti tanpa serangan pentakit dan serangga.


Ini dia pokok brokoli ungu kalau tidak silap. Hari itu menyemai dua jenis brokoli ungu berbeza variati tetapi 4 pokok yang dialihkan ke cup plastik mati hanya tinggal 4 lagi yang hidup. Oleh itu ID pokok tidak diketahui sangat. Moga-moga berbunga diwaktu masa terdekat dapatlah diketahui brokoli jenis apa.



Pokok perilla hijau juga hidup subur di laman rumah. Disemai menggunakan benih dan dialihkan terus ke batas. Bolehlah feefiling memakan makanan korea yang menggunakan daun perilla. Pokok perilla juga dikenali sebagai shiso.


Pokok jagung waxy indian dwi-warna mengeluarkan buah yang cantik. Pokok ini sudah pun ditebang untuk diambil buahnya. Direbus dan dimakan begitu sahaja. Agak waxy atau berpulut sikit. Sedap mengunyah bagi mereka yang menyukai jagung pulut.

Inilah antara tanaman yang sempat dikongsi kepada para pembaca. Tabomkinotuan masih lagi menambah gambar-gambar berkaitan tetapi kompuer buat hal pula. Semoga mendapat inspirasi dan idea apa jenis sayuran yang ingin ditanam di laman rumah. 

Jom bertani sendiri. Tanamlah apa-apa yang dirasakan sesuai dengan pasu atau apa-apa bekas sekiranya ruang tanah terhad. Alami sendiri sayuran tanam sendiri. Organik dan bebas kimia.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

12 komen

Berbudi kepada tanah pasti mendapat pulangannya.

Assalam Tuan,
pokok tomato saya dan pokok cili berdaun kerinting, berbunga tp tidak berbuah, bagaimana cara mengatasi?
pokok bendi pula berdaun kuning..
apakah masalah sebenarnya...
adakah kurang baja, atau tanah x sesuai?
x sampai lg hajat nk makan cili tanam sendiri.. :-( sedihhh..
Terima akaih Tuan.

wa alaikum salam

Pokok tomato berdaun keriting disebabkan pelbagai faktor. antaranya overdose baja, suhu terlalu panas atau sejuk dan juga serangan penyakit. Faktor lebihan baja dan faktor suhu boleh diubati/diselesaikan dgn menyiram banyak air bagi mengalirkan baja-baja dalam pasu. Faktor suhu adalah faktor sementara. Pokok akan kembali pulih bila suhu menjadi normal.

Tetapi serangan penyakit agak sukar untuk mengubatinya tetapi saya beri cadangan dgn menyembur cecair ajinomoto kpd pokok. ambil satu sudu teh dan bancuh dgn 1.5 liter air. spraylah pokok dua minggu sekali.harap dapat membantu.

Tuan,pokok cincau ada tak?

Tuan anak pokok cincau hitam sold out. maaf

trimakasih gan buat infonya,,
sangat menarik,,
saya suka dengan artikelnya,,


EmoticonEmoticon