Isnin

BENIH BIJI BAMBANGAN DIJUAL

Tags




Buah bambangan merupakan pokok nadir yang hidup subur di pulau Borneo merentasi kawasan 3 buah negara iaitu Sabah dan sarawak di Malaysia, Brunei dan sebahagian tempat di Kalimantan Indonesia. Buah bambangan adalah istilah panggilan di Sabah manakala di sarawak digelar buah embang. Sesuai untuk dijadikan jeruk, sambal, kulitnya dicampurkan ke dalam sup untuk menaikkan aroma sup.
Seorang saintis dari Universiti Tun Hussin Onn Malaysia (UTHM) Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar menemui ekstrak biji bambangan mampu melawan kanser payu dara di mana dalam masa 72 jam 90% sel kanser mati. Kajian ini melegakan kita satu hari nanti ekstrak biji buah bambangan mampu menarik nafas lega kepada setiap rakyat Malaysia. 
Kini tanomkinotuan buka harga untuk penjual biji benih buah bambangan bagi mereka yang ingin menanam pokok ini. Tanam seperti menanam pokok mangga. Ia tidak cerewet dan mudah dijaga.

Cara-cara penyemaian biji bambangan:

Pertama sekali dapatkan benih buah bambangan, pilih buah yang cantik dan beraroma wangi. Kupaslah isinya untuk dibuat jeruk atau sambal. Kulitnya kalau suka boleh disimpan dalam peti sejuk untuk dicampurkan ke dalam sup ikan, daging atau ayam. Sup sayur tak sesuai dengan mengupas kulit luarannya yang berwarna coklat.

Bersihkan biji bambangan dan lakukan proses 'sunat' pada kulit bijinya yang keras di mana menggunakan pisau tajam lukakan kulit keras pada biji. Berhati-hati agar tidak mencederakan bahagian dalam. 


Kemudian sediakan media dan polibag. Masukkan media ke polibag hingga penuh. Buat lubang ditengahnya kira-kira kedalaman lubang tersebut boleh memuatkan benih bambangan. Timbus semula dengan tanah dan sirim. letak ditempat selamat dan terkena cahaya matahari untuk proses percambahan. Gunakan polibag bersaiz besar kerana benih bambangan agak besar sedikit. Dalam tempoh 3 hingga sebulan setengah benih akan mula bercambah. Jagalah pokok tersebut seperti menjaga tanaman yang lain.

Sekiranya anda pandai proses mengawinkan anak pokok anda boleh aplikasikan kepada anak pokok bambangan agar pokok berbuah dengan pokok rendah. Untuk maklumat pembaca, pokok bambangan jenis pokok balak sama seperti pokok bacang atau pokok mangga yang lain. Kaedah tut pada pokok bambangan satu alternatif yang baik untuk mendapatkan pokok yang bersaiz kecil dan paling penting boleh ditanam di kawasan rumah seperti pokok mangga hibrid yang lain.
Harga kasih sayang sebiji rm5.50 manakala postage pula ialah rm10.00. Berminat untuk mendapatkan benih buah bambangan email ke borosmomogun@gmail.com atau whatsapp ke no 019-5320756 (jus) untuk maklumat lanjut. Benih terhad.

Tempah sekarang selagi stock masih ada.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon